Masih ingat lagi dulu masa nak pilih sekolah utk ‘Aaqil darjah satu. Kriteria penting kami letak mesti ada subjek diniyyah, ada selit aktiviti solat jemaah dan sebagainya. Persekitaran dan rakan2 yg baik. Alhamdulillah rezeki kami bertemu sekolah SRIAAKL ketika itu. Dan rezeki berpindah ke Kuching pun ada cawangan sekolah yg sama. MasyaAllah aturan Allah hebat betul kan.
Bila berpindah ke Mesir, saya cuba juga cari international school yg ada selitkan ilmu alquran, dan sebagainya. Memang sejak plan nak pindah tu terus actively searching for good islamic international school but unfortunately tak bertemu jawapan. Mungkin ada tapi jauh dari tempat kami tinggal dan ofis suami. Saya pasti ada tapi serius, mmg dalam goggle results tak ada. Kalau ada pun, mesti berbahasa lokal ie arab.
No doubt some of the teachers and students at the boys’ school now are Muslim. But their curriculum are purely academic. Takde islamic learning even as option. But the boys took MFL, Arabic as second language as one of their subject.
Cabaran utk kami sebagai parents utk kesinambungan ilmu agama utk anak2. Kat sekolah memang takde apape pengisian. Kalau di Malaysia ada juga kelas Kafa ke hantar ngaji ke, pendidikan islam ke kan. Sini memang zero.
Antara yg boleh diusahakan utk anak2 yg membesar ni adalah apabila di rumah,
- Baca qur’an. Macam ‘Arfaan sudah habis Iqra’ sekarang dah masuk alQuran dan baca suku page selang beberapa hari. Alhamdulillah dah 2 juz and ongoing. Slowly but surely. ‘Aaqil pula sambung dari kelas Syeikhah last yr summer break dan kalau tak silap tinggal lagi 5juz nak khatam. ‘Aaqil punya KPI adalah 5page/week
- Saba’ ulang. Yang ni utk ‘Aaqil. Masa di SRIAAKL ‘Aaqil ambil tahfiz sebelah pagi. So byk sebenarnya surah yg dia dah hafal. Sayang betul dia byk dah terlupa. So yang ni pun buat daily insyaAllah
- Hafal doa. Doa2 yg saya kira lazim utk dihafal dan diamalkan esp utk ‘Aaqil yg semakin remaja dan banyak aktiviti di luar. Ayat 1000dinar, sayyidul istighfar, alkahfi 1-10 etc. Moga boleh menjaga dia
- Amalan membaca doa. Terutama sebelum keluar rumah. Dan sebelum tidur. Ritual utk ‘Arfaan sebelum tidur dia akan bac alfatihah, 3x alikhlas dan doa “bagilah ‘Arfaan tidur lena dan jangan bagi ‘Arfaan mimpi yg tak best. Dan jgn bg ‘Arfaan kencing sampai subuh 😅 dan bg ummi walid abg arfaan atiyyah masuk syurga firdaus terus tq Allah jaga semuorg” Senafas je dia baca sambil mata dah tutup memang anak syurga niii 🥹 Nota : what i learned from Ustzh Asma Harun, amalan biasakan anak baca doa ni boleh tingkatkan kebergantungan kpd Allah dan aqidah anak, without them knowing. So they know Allah is watching Allah is protecting them always and not us parents.
- ‘Aaqil bacakan doa selepas solat jemaah bersama
- Baca Quran bersama2 selepas maghrib, beserta terjemahan. Alhamdulillah dah masuk round ke2 juz 8 tak silap. Moga istiqamah 🤲🏼
Untuk ‘Aaqil , we only allow him 2hrs a week utk main game. Weekend sahaja. So weekdays he must complete 5pages of quran & 5mix of saba’ ulang & doa tasmi’ to ‘unlock’ his 2hrs . Sebenarnya in a way kita as parents pun kena istiqamah sebab apa yg kita nak anak kita buat/jadi, kita kena buat dulu. Huhu. Moga kami menjadi contoh yg baik buat anak2 dan bukan sekadar menyuruh dan mengatur masyaAllah. May Allah guide us all ❤️