Khatam Quran

Alhamdulillah 26 Feb lepas kami sekeluarga akhirnya khatam alQuran bersama2 buat pertama kali. MasyaAllah

few more pages to go

Kami mula baca masa mco 2020 antara maghrib isya’. Kadang ada masa lepas sahur sementara tunggu nak subuh time bulan puasa. ‘Aaqil, husband & I would take turn to read one page each. Lepas habis, baca terjemahan. Ada je hari kami tak baca #notgood.

Fun facts just for our safekeeping and memories;

  • Ada beberapa masa hiatus lama sangat masa tempoh pindah rumah, pantang ‘Atiyyah & husband already moved to Cairo
  • Our first khatam after almost 13yrs of marriage
  • I know this sound wrong but if not bcoz of covid (hence lockdown) we might not do this. Allah knows best
  • We learnt a lot by just reading Holy Quran translations. MasyaAllah the love for qur’an grows day by day
  • We target to improve our kpi for next cycle insyaAllah at least khatam in a year perhaps?
  • In a way it became an activity with them kids. ‘Arfaan & ‘Atiyyah pun tau qur’an mana sape punya he he
  • Mak sempat join juga baca masa di P14 & Afdhal masa dia dtg Cairo last year
  • Made pulut kuning and rendang ayam the next day to celebrate but had to throw all rendang because the pot’s glass lid cracked into pieces #tefaliscancelled

Jika ada pahala dari amalan ini, kami hadiahkan buat guru2 qur’an kami baik secara langsung mahupun tak langsung (socmed etc). Rasa macam nak berguru this year alang2 dah ada di bumi anbiya’ ramai syeikh syeikhah…moga dipermudahkan

Little Brother is Here

Alhamdulillah Af selamat sampai di bumi Mesir hari Selasa lepas. Plan asal nak datang awal bulan 8 tapi freeze kejap sebab bila Mesir dah masuk under red list nak kena complete la 2 dos vaksin. Towards end aug baru diskas balik nak mai sini ke tak.

Beberapa hari je lps decide terus Af fly. Settlekan visa, vaksin polio dan beli tiket. Hehe sempatla pesan rtk covid test kit, Lemsip and few other brg yg takde kat Mesir.

almost 11pm sampai. made daging kicap pedas waghih for him hehe

Sian last jumpa family tahun 2019. Alhamdulillah kami ada kat sini so dekat sikit nak jumpa family tho bukan mak abah or rumah kelubi. Flight 4jam je LHR-CAI. Tak jetlag la sbb beza masa timezone pun sejam je Bristol Cairo.

sejak lahir selalu vidcall and insta je.akhirnya bertentang mata
boys are beyond happy having their pakcu around. this was from last nite

Af will be in his final year starting next month. May Allah ease and who knows we’ll be visiting him at 🇬🇧 pulak to attend his graduation 2022 ehem. Biiznillahhhh

1927 – 2021

Our last grandparent just left us yesterday night at Taman Selayang.

Atok sewaktu ke rumah kami Sept lepas

Atok yg kami kenal tersangat lah kuat dan sihat. Jarang sekali jatuh sakit. Kuat berjalan dan melancong. Orang kuat surau. Cuma sejak tahun lepas atok masuk hospital beberapa kali atas komplikasi kaki yg menyebabkan beliau bedridden dan perlukan penjagaan rapi. Kemudian minggu ni admit lagi sebab pneumonia.

Walaupun kami tak sempat berjumpa atok sebelum fly tempoh hari tapi sempat atok dtg ke rumah kami beberapa kali tahun lepas alhamdulillah

Allah sayangkan atok, 8.10pm 31/3/2021 atok kembali menemuiNya. Kami redha atas pemergian ini..moga Allah ampunkan dosa atok dimasukkan syurga dan dijauhkan dari azab neraka, amiin

Keep Me Warm

My sister Sulafa’ made the prettiest neatest comfiest cardigans. Best of all, it is made with love awwww

She managed to knit 3 pairs of cardigans in less than a month i think. 2 for ‘Atiyyah and one for ‘Arfaan – well supposed to be for ‘Aaqil but apparently ‘Aaqil has grown exponentially for the past months hence it was handsmedown to ‘Arfaan right away LOL

One in blue the other in black-yellow

Bawah ni pulak ‘Atiyyah wearing a paddlepop color cardigan. Sweet kan?

our first outing in Cairo (lunch at Maharaja CFC)

Mujur Cairo masih sejuk sepanjang kami di sini (18c to 10c) jadi sempatlah melaram berwinter cardigan bagai bila keluar. Next winter confirm ‘Atiyyah dah tak muat nak pakai 😝

Thanks Makchik if youre reading this!🥰 Tak sabar nak tgk cardigan ummi pulak next winter. Eh 😝😝

Our Little Princess

…. has safely arrived alhamdulillah

few minutes after birth 💓

Born at 12.26noon on 14th Sept 2020 (at 38wks) . Baby wawasan 2020 katanya hehe. Berat baby 3.18kg. Paling berat antara semua bayi2ku. Awalnya agak runsing sebab masa 36mggu berat baby dah 3kg. So kalau 38wks boleh jd 3.6kg kalau ikut trend oertambahan berat sebelum tu. Alhamdulillah just nice je berat melahirkan. Membesar kat luar je k sayang hehhee

Birth story kita cerita kat next entri ya. Today baby dah 12days. Ada lagi kuning. Bacaan tadi 216. But improving compared to few days back. Prolong macam abang2nya. Takpe ummi sedar ummi darah O mmg kena lalui wuuwuw. Asalkan kuat minum n berak ummi tak risau…

Alhamdulillah. Haza min fadhli rabbi. Now we are party-of-five! New adventure begins 💪

Aqiqah ‘Arfaan

Settling down at our rented house in Kota Kinabalu alhamdulillah…will blog about it later.

Anyway been wanting to post about aqiqah ceremony we did for ‘Arfaan few weeks back but din get the time to write.

Plan nak buat aqiqah tapi venue tu tricky sikit sebab rumah kami apartment tak dapat nak bg tetamu ramai dtg dan selesa. Parking pun lagi satu hal. Masa ‘Aaqil dulu aqiqah buat masa dia 2bln kat kg suami di Baling, Kedah. So utk ‘Arfaan plan buat kat area sini je. Jadi venue terbaik adalah rumah my parents la hihi. Tarikh yg dipilih pula adalah pada 11 Mac 2017, hari Sabtu 🙂

Dalam 2minggu tu cari katerer, kanopi, katerer kambing aqiqah. Sebab jemputan tak la macam kenduri kahwin, jadi buat hi-tea sahaja. Dan menu pun ringan2. 

Jemputan dalam 150pax. Dari kalangan family, jiran2 mak abah, kawan2 kitorang. Jemput makan2 je takde cukur jambul buaian atau doorgift. Sekadar melahirkan tanda syukur atas kelahiran anak kedua kami dan kata abah utk memperkenalkan ‘Arfaan kepada semua.

Alkisah baju ‘Arfaan ni lagi 3 hari nak kenduri baru order kat ig. Hehe. Nasib baik semoat sampai dan muat!

All 4 of us ❤

Alhamdulillah majlis berjalam lancar walaupun ambil gambar ikut dan je. Mana sempat. Takde gambar makanan dan kambing golek huwaaa. Apapun makanan semua sedang elok tak byk berlebih dan tepat jam 6pm tu air dan kambing habis. Maksudnya semua tetamu inshaallah dapat merasa kambing aqiqah…

Menu hari tu;

  • Kambing golek + mashed potatoes + coleslaw
  • Soto nasi impit
  • Bihun goreng
  • Kuih yg macam2 ie talam ubi, karipap, tako, koci, roti sarang lebah
  • Buah tembikai, nangka madu, honeydew
  • Air sirap pandan
  • Teh tarik

Memang marvellous alhamdulillah. Katering pun amik restoran belakang rumah mak abah hehe. Senang apape hal. 

Rezeki ‘Arfaan ramai tetamu yg bagu hadiah dan duit. Nnt kita simpan tabung haji ok sayang…

Terima kasih tak terhingga utk family yg banyak membantu semasa dan selepas kenduri. Yg sposor kuih2 dan juadah. Terutama mak abah yg ‘sponsor’ venue. Hehe. Hanya Allah dapat membalas…❤

Memori Umrah (21-31 Dis 2015) part 2

Bagi saya dan suami ini merupakan umrah pertama dan dipanggil umrah wajib. Maksudnya umrah ni takboleh dibuat dihadiahkan/diniatkan utk orang lain. Dah setel yang ini baru boleh umrah utk orang. Kalau ikut kursus yg saya pergi tu,1. Hadiahkan untuk mereka yang telah meninggal dunia ataupun mereka yg sakit tenat yakni memang tak dapat la buat sendiri. Paling afdhal hadiah untuk parents.

2. Untuk satu umrah tu boleh hadiah untuk sekali ramai. Lepas tahallul tu, lafazkan dengan ini saya hadiahkan umrah ini untuk xxxxxx kerana Allah taala.

Ok so anywayyyy. Dah siap breakfast semua kami pun turun ke lobi dengan group kami. Mutawif kami namanya Ustaz Abd Rahman, asal Indonesia dah berpuluh tahun tinggal di sana. Dari hotel ke Masjidil Haram boleh berjalan kaki sahaja tak sampai 50meter. So niat kan dah setel masa kat miqat kan. Berjalan lah kami ke Kaabah untuk mulakan rukun ke-2, TAWAF tujuh pusingan keliling Kaabah.

Pertama kali nampak Kaabah, rasa naik bulu roma. Sampai masa menaip ni pun rasa bergenang airmata. Perasaan yang tak sama macam nampak Eiffel, Big Ben, Disneyland. Rasa yang lebih hebat dari itu. Kami baca doa yang ada dlm buku panduan Umrah – – – doa melihat Kaabah. Kami dibawa mutawif untuk melakukan tawaf. Bermula dari penjuru Hajarul Aswad, keliling 7 pusingan. jemaah sangat ramai jadi kami kena pegang each other. Walid pulak dukung ‘Aaqil. Plan asal nak pimpin ‘Aaqil kat tengah tapi subhanallah ramainya manusia, suami kena dukung juga ‘Aaqil. Kena pastikan bahu kiri menghadap Kaabah. Kalau terpaling, kena repeat pusingan tersebut. Sebabtu susah sikit kalau pimpin tangan anak sebab katalah terlepas, kita takleh toleh ke belakang dsbg. Bacaan pula terpulang masing2. Tapi untuk pertama kali ni kami ikut mutawif. Mutawif ikut doa dalam buku panduan umrah. Sepanjang tawaf kena dalam keadaan berwudhu’. So kalau terlepas angin tu kena la keluar, berwudhu’ dan repeat pusingan tersebut. Purata nak complete tawaf dalam pace yang normal adalah satu jam. Kami mula tawaf kalau tak silap jam. Oh ya, di penjuru ke 3, dinamakan penjuru Yamani yakni penjuru sebelum Hajarul Aswad, menurut riwayat ada beribu-ribu malaikat yang mengaminkan doa. Maka bila lalu kat sini, doalah apa2 yang dihajatkan paling utama mohon diampunkan dosa diajuhkan dari Neraka dan diberi kebahagiaan hidup dunia akhirat. Bila sampai ke pusingan baru, lambaikan tangan ke Hajarul Aswad dan beristilam (kucup tangan dan lafaz bismillahiallahuakbarwalillahilhamd).

Alhamdulillah habiiiis je 7 pusingan kami minum air zamzam sambil memandang Kaabah. Kemudian tunaikan solat sunat tawaf. ‘Aaqil alhamdulillah suka sangat dengan ‘aktiviti’ ni. Enjoy sesangat esp bab istilam dan minum air zamzam hehehe.

Next rukun — SAI’E! Dari kawasan Kaabah nak ke bukit Safa dalam beberapa minit sahaja berjalan kaki. Tak terasa pun sebab lalu kawasan masjid je. Haaa ni pun ‘Aaqil berdukung. Mula2 tu nak la berjalan. Paling fav dia masa kena lari anak kat lampu hijau hehe. Last2 suami kena juga dukung dia. Cian jetlag pun tak habis lagi ye nak 😉 Permulaan Sai’e adalah berdiri atas bukit mengadap Kaabah dan baca doa. Kemudian mulalah berjalan dari Safa ke Marwah. 7x jadi mula di Safa, berakhir di Marwah. Sai’e ni tak perlu berwudhu’ pun. Dan tiada syarat spesifik so just jalan seperti biasa ke arah hadapan. Jangan mengundur pulak hiks.
Selesai Sai’e, baca doa lagi dan di bukit Marwah tu, lakukan Tahallul, rukun yang terakhir. Tahallul tu apa? Gunting rambut 3 helai sambil pegang rambut tu, baca doa dan gunting. Biasanya mutawif buatkan yang Jemaah lelaki dan kemudian yg family/spouse lelaki guntingkan rambut yang perempuan. Maka selesailah UMRAH WAJIB kami yang pertama!! Moga Allah terima ibadah dan doa kami. So basically nak completekan satu umrah dalam 2 jam sahaja minus niat di miqat. Sebab kami mula tawaf dalam jam 11pg. Selesai Tahallul jam 1pm camtu. Kejap je. Yang terasa lama tu sebab dari niat kat miqat sampai nak ke tawaf tu makan masa hamper 12jam atas urusan imigresen, perjalanan ke hotel, makan2 dsbg. Umrah yang seterusnya kami bermiqat di tempat yang lebih dekat dgn Masjidilharam jadi kalau keluar jam 9pg, mungkin 3-4 jam lepastu dah boleh settle Umrah 🙂

Apapun, tersangat rasa bersyukur atas rezeki yg Allah berikan sepanjang kami beribadah di sana. Rezeki kesihatan kerana alhamdulillah paling teruk pun batuk je takde yg demam dsbg , rezeki kelapangan masa kerana kami pergi tu kerja di ofis slow down sebab baru habis appraisal hihi, Allah beri rezeki lebih sikit untuk stay di hotel yang dekat dgn Masjidilharam. Jadi segalanya mudah ie nak ke toilet yg selesa, nak ulang alik solat Jemaah tiap waktu, nak balik makan, mall pun kat bawah je kalau nak beli apa2, dan paling utama rezeki dapat bawa my parents sekali at least sekali seumur hidup mereka dan ketika mereka masih sihat dan kuat. All praise is due to Allah. ALHAMDULILLAH.
Meh kongsi beberapa gambar kami ketika di sana 🙂
  
Dataran Masjidilharam

 
 
Solat berjemaah pertama kali di MasjidilHaram bersama mak tercinta <3

 
Atok, wan & ‘Aaqil berlatarbelakangkan ZamZam tower

  
  
View from our room. ‘Aaqil suka makan n lukis2 sambil tgk orang tawaf hehe

  
   
Esoknya pagi2 kami ada ziarah luar Mekah ie Jabal Rahmah, Jabal Thur, Jabal Nur, Mina, Arafah dan sekaligus bermiqat di Masjid Ja’ronah (jarak 20mins naik bas) untuk umrah yang ke-2. Umrah yang ketiga pula miqat di Masjid Hudaibiyah (jarak 30mins naik bas).

Ok2… nanti saya sambung lagi ya hehe

Memori Umrah (21-31 Dis 2015) part 1

Tahukah anda perasaan rindu kepada Haramain tu sukar digambarkan. Alangkan belum sampai pun boleh rasa rindu, inikan pula bila dah jejak kaki ke sana. Saya ambil masa berbulan untuk hilangkan rasa rindu yg kuat tu. Perasaan tu macam jadi sebak bila teringat, tiap kali solat nak bayangkan kaabah depan mata, that kind of feeling. Yang buat bertambah sebak sebab mungkin saya ke sana dgn mak abah, orang yg paling saya sayang dan betapa bahagia bila mereka dapat ikut ke sana sekali 🙂  
Plan asal nak pergi bulan Nov. Tapi memandangkan suami tak dapat bercuti, so postpone la sebulan. Alhamdulillah tarikh utk Disember tu still ada cuma masuk Mekah dahulu. Tak ramai kenalan dan family saya yang berpakaian ihram dari Malaysia jadi saspen juga. TIPS, jika kita rasa mudah maka akan mudahlah ia. Allah menurut sangkaan hambaNya kan. Jadi think positive je jangan fikir susah etc.  

Siapa sangka kami para Jemaah diuji seawal kami di KLIA! Flite sepatutnya jam 10pagi. Lepastu masa taklimat kat KLIA, diberitakan yang flite tunda ke 12tghari. Ok la takpe lagi. Lagi sejam nak fly tu, kami pun pergi ke boarding gate. Masuk dalam kapalterbang. Tapi tak fly2. Kami diminta turun dari flite dan rupanya kapalterbang tu ada masalah teknikal. Fuh menguji kesabaran jugak. Cuma mujur masih di Malaysia. Sebab kami ada dengar ujian kat imigresen Jeddah lagi seksa. Ni macam intro la kira huhu. 

Tak lama kemudian pegawai TH kata flight bakal berlepas jam 8 malam. Ya, 8 MALAM. Masa tu baru pukul 2ptg mcmtu. MAS sebagai ganti akan beri kupon lunch, hotel untuk mandi2 rehat2 dan dinner. So para Jemaah ni pun berpusu la ke restoran utk pakai kupon lunch tu. Tak silap kat Burger King dgn satu kedai noodle ni je boleh redeem lunch. Punyalah ramai beratur. Sebab kiranya satu flight tu kan.

Lepas lunch, naik bas ke hotel (area Sepang), amik kunci bilik, mandi2 dan dinner. Kesian tgk muka masing2 macam letih berpusing2 dlm negara sendiri. Hihi. Yang lawak tu kami hantar la gambar dah sampai bilik hotel kat whatsapp group family. Mereka ingat kami dah sampai Mekah dah. Ha ha. ‘Aaqil pun bila sampai hotel tu dia kata ummi kita dah sampai Dubai ke. Pulokkk T_T

  
Alhamdulillah akhirnya kami berlepas juga jam 8malam ke Jeddah. Penantian yang sangat menguji. Permulaan ibadah umrah kami yang sangat menarik dan sukar dilupakan.

Sepanjang atas flight saya tgk tak ramai Jemaah yang bukak inflight entertainment hihi. Mungkin sebab penat sgt menunggu dari Subuh, nak isya’ baru boleh naik plane masing2 dah terlelap. Ada yang ulangkaji rukun umrah dan doa2. Termasuklah saya. ‘Aaqil Alhamdulillah happy je. Dia sorang je yang tgk movie gamaknya. Dalam gelap lak tu haha. Makan pun elok. Lepas tu tidur. 2 jam sebelum mendarat, ketua agama TH (ustaz) buat taklimat sikit. Ingatkan Jemaah terutama muslimin (sebab tak boleh pakai pakaian berjahit/tutup kepala etc) untuk berpakaian ihram dan baca bersama niat ihram. Jika anda masuk Mekah dahulu, miqat adalah di Qarnul Manazil yakni 1-2jam sebelum mendarat di Jeddah. TIPS, kalau Jemaah lelaki tu takpe je nak pakai ihram belah bawah sahaja kemudian jubah diluar. Sebelum niat ihram, kena cabut la apa yg patut kemudian pakai ihram belah atas.
Tak dapat dinafikan lepas niat ihram tu debaran dia lain macam. Bermulalah pantang larang ihram hingga lah lengkap rukun umrah. Niat – Tawaf – Sai’e – Tahallul – Tertib. Kalau perempuan debar dia lebih kepada rambut yg gugur/tercabut. Saya ni pulak ada habit pelik suka cabut rambut dan Tarik rambut gugur. So memang kena bertahan la rambut gatal ke apa. TIPS adalah jangan cari rambut gugur kat baju ke inner ke serkup ke. Atau garu/sikat rambut beriya.

Touch down dalam kul 12tghmalam waktu Jeddah. Macam zombie masing2. Beza tau touchdown pergi cuti2 dgn touchdown Umrah. Rasa rendah diri sangat dpt jejak kaki ke Jeddah. Baru airport ni wei. Lagi bertambah sayu ni sebab masing2 berpakaian putih bersih nak menjadi tetamu Allah.
  
Dekat 5 jam jugak tunggu nak clear imigresen. Jeddah airport ni takde sistem yang teratur. Line q pun takde. Jadi ikut dan je lah. Masa flight kitorang sampai tu ada lagi 2-3 flight lagi serentak. ‘Aaqil alhamdulillah tak meragam sebab dah puas tidur agaknya.
Ambil beg semua dan naik bas untuk ke Tanah Haram, Makkatul Mukarramah. Perjalanan mengambil masa sejam lebih kurang. Sempat singgah Subuh di masjid tepi jalan. Oh bila mutawwif tu announce je “Kita dah masuk Tanah Haram…” perasaan sebak tu sukar digambarkan.
 Rasa macam mimpi jadi kenyataan dapat jejak tempat di mana Rasulullah pernah suatu ketika dahulu terima wahyu dan berdakwah, tempat dimana Islam bermula, perit jerih perjuangan Rasul dan sahabat membangunkan Islam. Masa sampai tu fajar baru menyinsing. Kami terus ke Hotel Movenpick, check in bilik, makan breakfast dan kemudian turun ke lobi untuk Umrah yang pertama :):)

Bersambung…

Kenduri Kahwin Contoh

Hihi gitu tajuk.

Alhamdulillah hujung minggu yg lepas, my BIL, Khairul Asraf selamat bergelar suami. Majlis berlangsung di Kulim, Kedah hometown biras baru saya, Wanee:) Nikah Sabtu dan kenduri keesokan harinya.

Satu yang sangat menarik perhatian saya adalah kedua-dua majlis diadakan dengan sangat sederhana. Selepas majlis nikah di masjid, ada jamuan di rumah pengantin perempuan untuk keluarga kami. Very small scale. Kawan-kawan pengantin pun takde. Lauk pun homemade.

FullSizeRender60

Selepas nikah. Incik suami dan baby Awliya tiada dalam gambar…

Esoknya pulak kenduri berlangsung di Dewan Bandaran Kulim. Ketibaan kami diraikan dengan kompang kemudian selawat oleh sekumpulan pelajar tahfiz(kalau tak silap la sebab berjubah putih dan berserban/kopiah). Sepanjang majlis ada nasyid dari kumpulan yang sama. Tiada majlis tepung tawar dan merenjis kerana tiada pelamin. Atas pentas tu tempat makan beradab dan satu lg sudut ada kek pengantin.

Lepas makan, pengantin potong kek sendiri2. Oh ya dj atau pengacara majlis juga tiada. Jadi aturcara just go with the flow. Simple sangat. Best pulak tgk.

Mesti wonder kan kat mana amik gambar dengan pengantin sebab takde pelamin. Hehe. Ambil gambar bawah pentas je. Kadang bila nak pengantin duduk, tarik kerusi dari meja makan tu dan amik gambar. Haha comel je.

Overall majlis ni sangat simple. Takde protokol. Tapi kami dari pihak pengantin lelaki tetap rasa diraikan. Zaman sekarang ni susah nak jumpa yang simple gini hehe.

FullSizeRender62

‘Aaqil dan Ummi makan kenduri paklang Asraf

FullSizeRender63

Kami berdua dengan Raja Sehari

FullSizeRender64

Family Iboi + Family BokBak

FullSizeRender61

Rombongan berarak nak masuk dewan, ‘Aaqil tetiba nak jalan ke arah vespa. So janji dgn dia lepas kenduri kita pergi kat vespa. Hihi

It might not be applicable to all, but modesty is still the best kan? May Allah bless their marriage till jannah. Amiin

p/s : balik Taiping/Baling kali ni berdua dengan ‘Aaqil tumpang adik ipar dari Shah Alam. Alhamdulillah ‘Aaqil behave je walaupun ada tantrum selang 6jam haha boleh gitu

Work-Play Hard at the Lost World of Tambun

Ice breaking. War cry. Project Logo. Telematch. Fun at themepark. Networking dinner. Adventure Race. Budget & Roadmap. Photosession. Performance. Kampung Glamour. Sunburnt. Night Hotspring. BBQ. Family. Friends. Bosses. Work Hard Play Hard. HahahaIMG_7142

 

FullSizeRender3

FullSizeRender4

FullSizeRender5

 

IMG_7144IMG_7143

FullSizeRender6And most importantly, alhamdulillah selamat pergi dan pulang. Punyalah berdebar tak ingat. Weeks before hari kejadian dah terbayang2 nak drive sejauh tu (IPOH je ponnn) pertama kali dalam hidup. Dengan ‘Aaqil sebagai co-pilot some more. Fuh fuh

Thanks a lot to my parents and brothers, Im and Af sebab teman drive dan tolong layan ‘Aaqil sepanjang Ummi work. Love love… <3