‘Arfaan dah sebulan Jumaat lepas, 3 Mac alhamdulillah…
Berat dah 4.4kg! Ummi timbang pakai penimbang kat rumah ni je hihi. Ummi timbang pastu dukung ‘Arfaan pulak, pastu tolak2 dpt la berat ‘Arfaan ;p faham ke ?
- Dah tak pakai bedung dah. Rimas. Kalau bedung tu meneran2 mintak keluar hehe
- Muka masih merah baby. Terutama kalau tgh nangis atau menggeliat. Merah padam muka tu adeh
- Susu tiap 1-2jam. Tukar diapers pun
- Efi (confinement lady) kami ajar diaper change cuci kat sink je pakai air suam. Takyah berkapas bagai nnt asik nak beli kapas je hihi
- Tidur nak berdodoi. Tak berani lagi nak kasi tidur meniarap
- Tak tidur pun nak berdodoi/berdukung ?
- Kuning ada lg sikit huhu. Ummi skrg mkn kurma nk kasi kuning cpt reda. Tadi pun dah mula mandi pakai air kucai. Try je la apape tips
As advised by his paed Dr Anthony, we’ll go straight to 2months checkup and jabs. Tak perlu checkup sebulan. So okayy.
Will be hosting his aqiqah this coming weekend at my parents house. Moga lancar semuanya. Amiiin