Oishii Halal Japan!

Disebabkan Jepun ni ada banyak pilihan makanan yg authentic, jadi jalan2 kali ni antara misi kami adalah mencari halal Japanese cuisine. Sushi, ramen, takoyaki, udon, tempura, teppanyaki, bento haha. Alahai rindunya. Kat malaysia ni pun susah nak jumpa restoran Jepun yg 100% halal. Kat Jepun uols boleh google je atau carik kat ig dan sekarang siap ada apps lagi untuk cari makanan halal.

1000yen = RM37

1. Halal Ramen Gion Naritaya, Kyoto   The chef in action!
 List of menu. Sebab 2x dtg sini spjg trip hampir semua menu ktorg try. Semua berbaloi. 

   

‘Aaqil dengan ramen kegemaran dia. Clear soup. Habis makan sorang. Not a picky eater this boy alhamdulillah senang bwk jalan

 Dah kenapa post time bulan pose ni arghhhh. Dry ramen Mazesoba. Atas condiments, tgh ramen, bwh special oil. Gaul pastu ngappp

  Wagyu Rice. My first time makan wagyu beef. Manis sedappp. Ni size small sebab nak jgk rasa wp dah makan ramen takut kempunan

  Chicken Karaage. Basically ayam goreng rangup juicy. Ni pun kes takut kempunan. Tapi habis ya semua tak membazir. Sedapnyaaa ayam ni ??
 Sila rotate gambar. Ni dry ramen perisa kari. Sedap sebab ada sentuhan nasi kandar sikit hahahhaha
2. Ayam-Ya , Kyoto  

This one dry ramen with kuah ala2 miso. Budak2 dpt milo free (import dr malaysia siyes xtipu)

 Padahal tgh lapar kan. Ni ada student msia tolong snapkan. I had spicy ramen. Husband ramen in soy soup xsilap. Canggih order menu ala2 vending machine pastu dpt kupon n bg kat waitress. Spicy ramen dia sedap sangat nak nangis #mohonjanganmengidam

   
Lama kitorang lepak sini. Lepas makan, solat jama’ siap2 sebab kat luar hujan lebat. Keluar2 dah xujan. Oh Ayam-Ya ni sediakan surau yg sgt selesa! Siap asing laki pempuan 🙂
3. 7-Eleven. Haha!   Onigiri! Aka nasi kepal. Kat Jepun ni byk je speedmart jual nasi kepal ni. Tapi pastikan beli yg takde alkohol. Nak selamat beli yang kosong takde isi. Merata kitorang cari siap mintak org bacakan ingredients, tanya kawan yg kerja sini etc. last2 ada jual kat 7-e je rupanya. 100yen seketul. Balik dr Disneyland, kami makan dgn brahims yg direheat. Selesai 5ketul. Alhamdulillah kenyangg

4. Sushi Ken, Asakusa Tokyo

 Utk sushi tu boleh pilih nak with or without wasabi. Kalau with, dia akan gaul terus dgn nasi sushi tu. Perghhh. Sedap n fresh. Seketul sushi dlm 150-400yen. Kalau sushi roll jual in 6’s. Ada juga jual sushi platter, tempura platter. Kami pilih sushi ala carte je..

   Mula2 ambil tempura ala carte. Lpstu sedap sgt so ambil lg tempura platter. Kenyang gila! Aaqil suka udang tempura tu. Udang besarrrr
 The ambiance. Kakak yg baju putih tu one woman show. Dia amik order, hantar order, cashier, usher tunjuk tmpt solat, fotografer hihi all in. Jimat kos. Blkg tu tmpt sushi disediakan liveeee. Yup atas tu ada tmpt solat juga. 10bintang!

 Ni lah gambar yg kakak tu ambilkan. Setiap pengunjung akan diambil gmbr utk diletakkan kan fb page SushiKen. So mintak amikkan satu utk kamera ktorang hehe

  Tadaaa! Nah tips utk sesiapa ingin ke Tokyo. Ni area Asakusa. Lagi byk mknn Jepun with halal cert drp kat Malaysia. Cuma jauhlah kalau nak pergi huwaaaaaaa

Semua tempat makan kat atas ni boleh google je sure jumpa. Memang kaki kematu sikit la kena berjalan dari train station tapi berbaloi. Sebabtu kami order banyak2 #justifiedtakhaha

5. U-don, Kansai Airport Osaka   Ada terjemahan bahasa Melayu lagi kat menu tu. Ada udon, tempura, nasi ayam teriyaki etc

 Order dan ambil kat kaunter je. Tempura tu pun dah siap boleh pilih. Makan sementara tunggu flite balik ke KL.

   Tu dia section Tempura. Rambang mata dappppppp

 Kat KIX ni ada 3 restoran halal yg certified. Juga ada surau yg spacious. Siap ada pamplet untuk Muslims Guide.

Secara keseluruhannya, Jepun ni agak muslim friendly banding dgn negara lain mcm Eropah ke. They make effort to accomodate us muslims. And most of all, they UNDERSTAND muslims. Kalau restoran atau menu yg muslim friendly, we have to make order 3days in advance. Sebab? Diorang nak prepare bahan dan perkakasan memasak supaya betul2 halalan toyyiban. Sebab yg restoran kategori “Muslim Friendly” ni they serve nonhalal menus. So halal cuisines are upon request. I love Japan #tetiba 

so bila nak repeat ni *wink kat suami*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.