Lemon Mint

Mulanya en suami la suka order drink ni kat resto sini. Almost mana2 kedai makan ada menu lemon mint ni tinggal lagi rasa je ada sedap ada terlebih masam ada pahit sikit

Masa singgah Zaafarana rest house aka RnR otw ke Hurghada aritu ada satu coffee shop ni kami order lemon mint. Nampak la dia buat camne. So basically dia letak lemon/lime (xsure sbb kaler hijau n besar sikit dari saiz lime biasa) 3 biji tak potong langsung, pastu susu and (i think) mint syrup. Also ice. Pastu blend hancur. Tapis. Oh mmg lemon tu sekali ngan kulit smua dia blend.

Lepastu otw back kami singgah satu kedai makan seafood ni. Sebelum balik tu dia hidang se jug air lemon mint perghhhh sedap gila terus ok ni mmg paling tersedap penah minum

Few days back google la resipi lemon mint. Oh baru sis tau yang drink ni origin dari Egypt ya.

Thats the color you aiming for

So the other day sempena hari last puasa 6 sis try la buat sendiri. Pakai lime, mint leaves dan gula. Not bad la cuma rasanya kena kurangkan lime (from 4 to 3 je) atau tambah gula. I think can use this formula to make one cup of lemon/lime mint : 3 lime, half genggam mint leaves, 1 tbsp sugar, 1 cup iced water. Blend till fine. Tapis.

Left : from Fifth Street, Right : homemade 🥳

Will try again using lemon 🍋. To get the correct ratio of sour minty and sweetness. Hehe

Next time youre in Egypt make sure you look for their original lemon mint and give it a try. So refreshing!! ❤️

Laksa Cairo

Minggu lepas hangat kat medsoc laksa battle antara negeri. Sape paling ori. Sape paling kayangan. Laksa mana paling perintis. Ikan mana paling mendifinisikan laksa. Haha

Kita yang pemerhati ni terbayang la nak makan laksa. Yang mampu nak buat ikut kapasiti bahan2 mmg laksa sarawak dan laksa kedah je la. Laksa johor tapenah attempt pun. Mebi nnt kalo teringin sangat kena la try buat sendiri hehh

Laksa Sarawak

Resipi letak sini sebagai rujukan in future sebab rasa sedap sengotiiii sape lagi nak puji kan lol

  • Bihun 400g – celur
  • Sepaket pes Hj Manan 200g
  • 2 liter air
  • Isi ayam 200g
  • Udang 500g
  • Santan 200ml
  • Telur, daun ketumbar, taugeh, limau nipis/kasturi
  • Sambal (cili kering+bwg besar blend)’

Cara buat kuah : Rebus isi ayam dan keluarkan. Dalam air yg sama, masukkan pes laksa. Udang kita kupas kulit tinggalkan ekor je. Kepala dan kulit udang tadi rebus atau rendam dlm air panas kemudian blend dan tapis. Air tapisan campurkan dalam kuah yg ada pes laksa tadi. Masukkan juga santan. Garam to taste.

Sambal : Tumis cili blend bsama bwg dlm 3tbsp gitu. Masak dlm sejam. Tambah air few times sampai terbit minyak. Ulang2. Masukkan air asam jawa. Garam gula. Masak sebati siapp

Garnishing : Isi udang di goreng dalam minyak yg sedikit jgn bergenang sangat. Angkat. Guna minyak yg sama utk buat sambal atas ni. Telur buat dadar nipis, gulung dan hiris mcm swiss roll. Taugeh celur. Hirisan daun ketumbar. Isi ayam dicarik macam bua soto.

Laksa Kedah

Cara buat kuah : Rebus blended 2bj bwg besar, 5bj cili api, 1tbsp ikan bilis, 4kpg asam gelugur dan 1tbsp cili blend dlm 1 liter air. Biar sampai masak. Blend 400g isi ikan sardin sampai hancoq. Masukkan dalam air rebusan tadi. Masukkan 2 bunga kantan, 2 tangkai daun kesum. Garam gula. Biar renih at least 2jam bg mesra.

Laksa sepaket rendam at least semalaman pastu rebus kejap. Tos kan.

Garnishing : salad, timun, limau nipis, daun pudina, telur rebus, cili api, bawang besar.

Hehe puas makan laksa bila masak sendiri. Sedap tak sedap tak penting sebab ni je la option yg ada takde gerai restoran jual laksa2 ni sendiri masak sendiri makan konsepnya heh

Bahan2 alhamdulillah cukup so far. Maybe bulan2 mendatang masak ikut bahan apa adanya la. Ikan sardin tu pun kami pakai yg dlm tin punya ada jual kat sini. Ok la not bad takyah nak buang tulang semua tinggal blend ja ehehe

Nota : resepi2 diatas setelah diolah sis selepas beberapa kali try and error. rasanya ini yg terbaik ratio sukatan semua. ikut tekak sis and family ❤️

Hello Hurghada

Pagi 2 Syawal kami bertolak ke Hurghada, somewhere to the west of Cairo. A city nearby to Red Sea. Ada banyak resort kat situ sebab tourist spot, ala2 PD.

5hrs journey from Cairo to Hurghada

Plan asal nak stay in hotel je. So the day before raya tu pegi shopping board games sebab nak kill the time kat sana. Imagine sure ramai orang sebab tgh cuti raya kan. so better duk dalam bilik je

Sampai sana tgk bilik nya tak brp menarik pulak kalau nak stay in je. Kami ke sini dgn satu family lagi (anak 5) so dia ajak jom la reramai kita pegi boat trip ni ada diving snorkeling island hopping. Ermmm

Okla kitorang pun pegi la usha pakej dia. Murah ok 500LE/pax 9am-4pm incl lunch then dia bg 2 spots utk snorkel and diving. Tanya la jgk psl covid SOp bagai kat staff dia tp jawapan dia “when u hav sun, no covid”. Oooookkaaayyy cukuplah satu soalan memang tau dah camne SOP atas kapal tu. So kalau nak signup memang kena pandai2 jaga social distancing, sanitize etc

Lagi satu kami concern psl bwk baby naik kapal. We did some research kt gugel katanya no problem asalkan makesure jgn lama sgt expose baby to sun (kalau ada indoor, duk dlm je most of the time). Also makesure ada infant size life jacket. Haa yg ni diorg tak sediakan. So memang we toom our risk bringing ‘Atiyyah onboard. Memang doa tak putus sepanjang pergi dan balik.

All 12 of us ready for an adventure!

Apparently all of us enjoyed the trip so much. Husben pun sempat la snorkel tho lepas tu dia mabuk sampai tidooo je x larat.

Husben & ‘Aaqil ready to snorkel!
‘Aaqil first snorkeling experience ❤️
‘Aaqil (left) with Asraf (right) 🏊🏻‍♂️ snorkeling in Red Seaaaaa

Paling excited was ‘Aaqil dan Asraf (anak kak Ammal umur 11yo) snorkeling kemain lagi. Geng adult dah naik diorg masih kat dlm laut. Hehe. Yg instructor tu pun happy melayan diorg.

Me ‘Atiyyah and ‘Arfaan spend most of our time indoor je. Alhamdulillah they both behave really well dan takde pun tanda2 mabuk. Syukur sesangat..

Lepastu ada sesi tgk dolfin pulak. Wah eksaited eh memasing. Lama jgk dlm stgh jam tggu kemunculan dolfin. Cuma masa ni ‘Arfaan tidur jadi dia frust bila semua cerita pasal nampak dolfin 🥲

3 dolphins (one of em was still babyy)
My boys & Laut Merah – hope we can have more trips like this when theyre bigger amiin

Hope next trip ummi pulak boleh turun snorkel hehe. Dan harapnya masa tu dah dpt vaksin so takdelah rasa concious sangat nak pegi tempat mcm ni yg agak byk ‘social contact’ yg kita tak tau diorg nye asal usul dari mana etc huhu…

Cant resist the Red Sea view…terlalu cantik rasa nak terjun (L-R : Aishah, Kak Ammal, Fauzi, ‘Atiyyah & Me)
‘Atiyyah loves the sea breezeeee ❤️

Hotel ni harga all in dengan food sekali. Bfast till dinner alhamdulillah so takyah nak pk nak keluar cari makanan ke apa. Cuma bilik je tak berapa selesa hhhuhu sebab malam2 byk nyamuk – ‘Arfaan ‘Aaqil jadi mangsa gigitan. Lepastu lock pintu depan tak function. Ada la bbrp yg buat turn off sikit tp hati terubat sebab food all in n view cantik. Gituh

Dinner buffet ada 2 tmpt boleh pilih. So kami pilih kat tepi pool ni sebab kurang sesak and open air
Macam Hawaii kan
Depan bilik kami

Alhamdulillah atas rezeki staycation ni. Sebenarnya sejak last yr lepas MCO lifted kejap dulu (was it July?) ada plan nak bawa the kids for babymoon (was still pregnant) tapi tangguh2 sampai sarat sampai bz nak pindah ke rumah baru sampai beranak sampai husben pun dah pindah Cairo sampai kami pun dah ke Cairo hehehehe. So rezeki kami staycation cum delayed babymoon (with baby) at far far away land while everyone still wishing to travel overseas we are travelling to the sea 😅🇪🇬

No doubt im quite worry if we are close contact to covid during the trip but Ya Allahu Haafiz, may He protect us all bismillahillazi la yadhurru maasmihi syaiun fil ardhi walamfissamaa’i 🤲🏼

Eid Mubarak 1442H

Salam Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin dari kami di Cairo, Egypt. Moga Allah terima amalan kita di bulan Ramadhan 😌

Raya berlima tahun ni alhamdulillah

Sedikit nota sekadar memori utk masa hadapan,

* kapal kontena yang bawa barang kami masih stuck kat kastam jadi rumah mmg sungguh seadanya utk raya

* table runner, tray dan raga utk balang kuih semua hasil recycle Ramadhan gifts yg sememangnya cantik dan sayang kalau tak digunakan

* sebagai penyeri kami beli la jugak fresh flowers sbg centerpiece meja makan. Kat sebelah carrefour CFC mall ada kedai bunga. Harga bunga dan vase cuma 140LE! Yang kelakar tu vase tu dia amik yg display siap basuh lagi sebelum jual kat kami adoi

makan raya sambil video call family di Malaysia

* brought 3 pieces of new kurungs from Malaysia but all got no matching tudungs. Got my tudung raya at small kiosk at cfc not bad

* search high and low for lampu lip lap but takde jual.last minit sangat

* first time masak lemang sendiri guna resipi papercup tu. the taste not bad! boleh repeat sebab ‘aaqil pun suka betul

* tahun kedua raya bersolat Aidilfitri di rumah, husben jadi imam aka khatib. syukur alhamdulillah

* malam raya sunyi sepi neighbourhood tak macam kat malaysia bersahut2 takbir dan mercun. kami kena pasang lagu raya nak memecah kesunyian 🥲

Alhamdulillah ala kulli hal. Moga barang shipping kami selamat sampai ke rumah dalam keadaan baik dan cukup. Selamat Hari Raya semua!

Potty Train-ed

Awal bulan ni Egypt ada cuti panjang dari Khamis-Isnin so long weekend tu 5 hari! En suami tanya nak pergi mana2 ke. Bulan puasa ni nak gi mana pun ye tak. So i ajak my husband to ‘langsaikan’ once and for all lah ‘Arfaan nya potty train project he he

To be honest benda ni dah tertunda sejak dari masa I confinement aritu. Tu timeline asal sementelah cuti 3bulan kan. Alang2 leh potty train terus. Tapi rupanya tak semudah yg disangka sebab he was not ready yet. I lost my cool and I only managed to ‘train’ til day 3 only (or was it 2?) ha ha. Accident every single time. Habis dah kain buruk nak lap #throwback

Then I think ok la I cant do this alone. Hav to bring husband along la this is teamwork. So we deferred till we settled down here in Cairo. And since barang shipping pun belum sampai, rumah ni tak banyak furniture, carpet pun baru selai. Most of the floor ni mmg lantai takde lapik so sesuaiii sangat potty train. Told husband nnt brg dah sampai lg renyah kalau ‘eksiden’ time potty train huhu. Plus its Ramadhan mana tau berkat doa bulan mulia. Yes I did add in my doa time sujud n after solat everytime time puasa kali ni agar urusan potty train ‘Arfaan dipermudahkan…

So bermulalah episod di hari Khamis yg hening ha ha. As usual pesan tiap 5min kalau nak kencing ckp nak yakyak ckp. Alhamdulillah day 1 tu ‘Arfaan FINALLY berjaya kencing kt toilet bowl bila disuruh. Sebelum ni suh kencing tapi tak reti nak keluarkan. Elok pakai seluar balik nnt dia kencing. Tapi kali ni bolehhhh. Dia pun macam happy sebab dia dah tau nak ‘keluarkan’ kencing dia.

Day 1 : siang lancar kita schedulekan dia ke toilet every 2hrs cmtu. Tapiiii malam lepas bukapuasa tu dia eksiden 3x wuwuuw. Selang solat maghrib isya tu kami duk lap la insiden dia

Day 2 : lancar sebelah siang. Tapi sebelah malam ada terkucil sikit

Day 3 : alhamdulillah siang lancar 3 days in a row. Tapiiiii malam dia terberak tak sempat ke toilet aduh.

Day 4 : siang lancar juga. Tapi malam dia terkencing time kami tgh terawih. Padahal dah tny sblm stat solat tu dia nak g toilet tak tp kata taknak. Mujur dia xhbskan kencing so sikit je la yg basah kt karpet wuwuuw.

Day 5 : lancarrr siang malam

Alhamdulillah ya Allah. Cuma sepanjang 5 hari tu dia tak pandai lg bgtau dia nak ke toilet. Maksudnya dia tak reti timing threshold dia dah-tak-tahan tu. So kita kena bgtau dia jom ke toilet. Leh tau dia tak tahan kalau dia angkat2 kaki sebelah he he. Cuma dia masihhh nak tahan kencing xnk bgtau nk g toilet

And tempoh potty train tu dari pagi sampai sebelum tidur. Malam masih kami pakaikan diapers. Target lagi sebulan settlekan malam pulak. Berdasarkan pengalaman, malam nya episod boleh jadi sampai umur 6thn utk bebetul konfiden sbb kena belajar bangun gi toilet tgh malam pulak ye tak

Apapun ni mmg berkat Ramadhan kareem. Alhamdulillah jugak semalam dia dah berjaya bgtau yg dia nak ke toilet bila bebetul nak kencing n yak2

Dulu pun ‘Aaqil potty trained masa bulan puasa jugak. Tahun 2015 🙂

Thank you Allah for your blessings ❤️