Kalau ikut plan asal, site visit di Segamat ni patut berlaku pada bulan April. Tapi Allah sebaik perancang. Elok boleh je rentas negeri, terus prepare untuk langsaikan hutang kerja ni. Tarikh 15-19 Jun di set.
Masalahnya kena masuk site. Baby dah 25wks. Pertama takut site tak bagi org pregnant masuk. Kedua risau coverall tak muat kah2. Ketiga nak drive ke naik flite. Kalau drive memang tak bolehla sorang2 dgn defensive driving cert dah expired. Naik flite macam kena patah balik Senai-Segamat.
Ok takpe. Tarik nafas. So setelkan yg pertama dulu. Setelah due diligence di buat, oke la boleh masuk tapi non process area. Alhamdulillah. Sebab ke sana dengan colleague lelaki yg fit (boleh panjat2 etc), so tasks pun bahagi dua lah. Ya, skop ni termasuk kena panjat bumbung bangunan. Hadoi.
Next coverall. Haha. Gelak dulu. Sebab mine is S. Pastu ada cerut lak tak pinggang. Hmm. So mintak husben punya nak acu. Bila try, bukan takat bahu jatuh, cawat pun jatuh nak cecah lutut ha ha. Rupanya husbenku punya saiz XL! Ingatkan L. Memang tak selesa makainya. So gagahkan diri sarung yg saiz S hat dah puas lenjan masa kat Kuching dulu. Eh muat pulak… MUAT-MUAT ok. Terutama kat perut. Zip pun boleh katup. Phew. So settle kerisauan kedua.
It is a blessing in disguise that our company still continue WFH until July 2020 while most of other companies already started WIO post PKPP. Jadi husbenku nego dengan boss utk work from alternate location ie Segamat sepanjang minggu lepas. Yay ada teman!! Worktrip cum babymoon nampaknya hehe 😉 Sebab hantar the boys sleepover rumah mak abah, belum berani nak bawak keluar ke public… 😔
Alhamdulillah the trip went well. Walaupun ‘Arfaan ada sesekali adegan airmata kat rumah mak huhu. Ummi pun malam2 bergenang air mata teringat anak2 time nak tidur #hormon. Penangan PKP 3bulan kat rumah tak berpisah tiba2 kena tinggal…
Dalam 3 minggu lagi sepatutnya ada satu site visit di Senai pulak. Nanti kita tgk camne. Kalau 28 wks boleh lagi kan fly huhuhu….
Alhamdulillah bersempena hari terakhir PKPB, sempurnalah juga puasa enam kami bertiga(saya, suami & ‘Aaqil!).
Tahun ni istimewa sebab dapat berpuasa penuh walaupun ada satu hari tu terlepas sahur. Ya Allah saspen masa tu sebab risaukan baby. Tapi mungkin sebab duduk rumah je wfh takde byk bergerak so energy tu ada.
‘Aaqil pun alhamdulillah puasa penuh 30+6 buat pertama kali for both Ramadhan & puasa Syawal. Makan pun selera masa sahur dan berbuka beza sungguh dari tahun2 sebelum. Mungkin juga sebab puasa kali ni walid pun ada sekali. Lepastu takde ‘godaan’ makanan kat sekolah/kawan2/bazar ramadhan hehehe.
Oh ya PKPP yg diumumkan PM8 Ahad lepas sangatlah melegakan rakyat Malaysia. Terutama mereka yg dah lama tak pulang ke kampung, bertahan sejak PKP bermula 3 bukan lepas. So happy for everyone. Inshaallah sikit lagi kita akan menang. Moga Allah pelihara kita dan yg tersayang dari Covid19 ni sampai bila2, amiiin 💓
Nak kata writers block tak jugak. Nak kata takde event nak diceritakan rasanya 2019 antara yg paling eventful. Tapi sebab ada sekali tu nak up entry on this blog lepastu error. Dah taip panjang bagai tapi takleh post. Geram. So tak jd post dan sejak drp tu tak jenguk pun blog sendiri. Beberapa bulan lps ada kwn bgtau yg link blog dah takleh pakai. Bila cek mmg betul ada problem dgn domain #facepalm. Nasib baik ada tuan admin 💓 yg tolong betulkan dan akhirnya blog ni ‘dilahirkan’ semula dengan alamat baru hihi
Sepanjang tempoh hiatus saya aktif ber’micro’ blog di instagram sahaja. Instastory to be exact. 2018-2019 has been one of the toughest year for me. Masih berPJJ dgn suami, jaga anak 2org (‘Aaqil baru masuk sekolah dan ‘Arfaan toddlerhood) di tempat baru iaitu Kuching, berjauhan dari family iaitu support system ku. Alhamdulillah kat sana ramai yang membantu terutama kawan2 seofis seapartment. Really miss the moments at Kuching. ‘Aaqil pun selalu ckp rindu kt sana. Maklumlah setahun kat sana Jun 2018-Jul 2019 😌
So entri ni just nak recap momen yang memang takkan dpt dilupakan sepanjang kehiatusan ku dari blog ni ❤️
1. ‘Arfaan masuk emergency beberapa kali kat Kuching. Kalau tak silap sebab demam muntah cirit masa awal2 pindah sana. Kali kedua sebab suspected hfmd. Siap daycare tak terima dia for few days sampai betul2 konfirm bukan bintik hfmd. Kali ketiga pulak sebab ear infection. Yg ni almost 10pm pegi Borneo Hosp naik grab sebab dia takleh tidur tunjuk telinga sakit. Alhamdulillah lepas bg ubat titik n pcm improve sikit. Oh lg sekali tu Influenza A suspect dpt from me yg balik dari China. Including me suffered with Influenza for almost a week suami terpaksa pospon balik KK sebab nak makesure saya betul2 sihat. Phew. Tapi saya suka Normah hosp kat Kuching, staff, nurse dan docs baik2 sgt. Servis pun bagus. Walaupun bangunan luar macam seram sikit he he
2. Eksiden dgn motor kat simpang dkt dgn sekolah ‘Aaqil kat Matang Jaya. Pagi tu dah nak sampai sekolah dah. Memang patut saya masuk simpang tu tapi tiba2 motor ni muncul dari tepi. Bammm!! Masa tu menggigil satu badan dan break kereta mengejut kat tgh2 simpang. Org yg bwk motor tu bangun dan bg sign ajak saya ke tepi jalan sbb kacau trafik. Masa tu ‘Aaqil dah nangis2. Allahu. Lepastu tgk motor tu sidemirror tercabut, dan ada few kerosakan. Motorist tu luka sikit (syukur sgt). Jadi bagitau dia yg saya nak cepat dan takde cash tak sempat nk gi balai bagai so settle kat situ je. Mmg salah dia sebab sepatutnya dia stop sebab kereta semua dah stop. Masa tu just mintak dia hp no sbb nak cepat dan takde cash nak bayar. Dalam whatsapp lepas sampai ofis tu nego2 dan both agree utk byr dia RM200 tak silap kaver motor dia rosak tu. Tu je dan syukur sangat dia tak berkira dan kes setel. Oh my persona calar sikit je takde apa.
3. Lagi sekali eksiden tapi ni sebab ‘Aaqil terlupa nak pakai seatbelt kt booster. Dia tertidur. Dan ada satu simpang kat Wisma Satok tak silap ada kereta tetiba lalu kat tepi dan saya emergency break tetiba bunyi bamm!! Saya pusing belakang tgk ‘Aaqil dah takde kat booster. Pastu panggil dia dan dia terjaga dan nangis sambil duduk kat seat tgh sambil saya gosok kepala dia. Pastu nampak darah! Kepala dia berdarah. Basah. Saya menggigil dan mintak dia nangis je jangan berhenti sebab risau dia pengsan or pitam. Terus set waze pergi hospital. Dalam 5mins sampai emergency. Park je dpn entrance dan dukung ‘Arfaan, sambil papah ‘Aaqil masuk dalam. Tanganku masa tu berdarah. Tak meleleh la tapi. Staff Normah terus sambut dan bwk ‘Aaqil masuk emergency. Sambil reg. Tak silap staff Normah yg tolong park kan kereta. Baik sgt diorang.
Yang agak drama lagi sebab terjadi masa ptg Jumaat otw nak balik rumah sebab nak ambil beg dan bersiap nak naik flite ke KL. Ahad tu was my flite to China for meeting with my project managers. Memang masa dekat emergency tu dah fikir tiket China tu burn. Tapi alhamdulillah cuma tiket balik KL je burn. Dan beli baru esoknya Sabtu pagi KCH-KL. Alhamdulillah malam hari eksiden tu ‘Aaqil dah ok takde pening atau muntah. Boleh makan dan main mcm biasa. Sebab tu decide utk proceed dgn KL and China. Kalau dia masih trauma ke memang kensel la semua trip huhu… what a day!
4. ‘Arfaan weaned off masa Ramadhan 2019. Pakai trick limau nipis jugak mcm masa ‘Aaqil. Sebab masa outstation sampai beberapa malam tak jumpa tu susu pun drop. Kebetulan ‘Arfaan pun dah lebih 2tahun pun bf. Cuma hmm ‘Arfaan ni berminggu2 nak settle down without bfeed masa mlm nak tidur. Kena dodoi dukung sejam ke 2jam tiap malam baru lena. Tiap pagi ummi zombie mode. Siang kt nurseri dia ok je sebab mmg bg freshmilk.
5. Lagi insiden pasal kereta. Haha. Kereta habis minyak tengah jalan! Masa tu otw pegi ofis pagi2 lepas hantar the kids. Memang habit suka sgt dah kuar lampu merah masih tangguh isi minyak. Sekaliiii tak sempat nak sampai petrol station yg ada dlm kurang 1km lagi. Tetiba enjin mati. Dah la tengah jem kat roundabout Semariang tu. Tambah lg jem adeh. Kebetulan kereta mati betul2 seberang dengan stesen Petronas. So lock kereta dan pergi sana dan bgtau budak Petronas tu nak kena isi minyak manual. Baik adik tu. Dia bg tips beli air mineral yg 1.5l tu 2 botol dan buang isi, pastu dia tolong isi botol2 tu ngan minyak petrol. Pastu siap tny dia lepastu dik?? Haha. Oklah jom saya tolong kakak. Kami pun ke kereta dan dia tolong isi minyak manually dan pump kat pedal tu stat enjin beberapa kali sampai berjaya stat engine. Dkt 10mins jgk try pump minyak sebab dah kering kontang kan 😝Alhamdulillah sebab sentiasa temukan dgn manusia yg baik2 kt sana. Lepas tu mmg kalau nampak kereta tinggal satu senggat menggagau cari stesen minyak. Lesson learned.
6. Akhirnya kami duduk sebumbung sekali masa Jul 2019 sebab encik suami finally back to KL ofis dan kami pun balik KL lepas raya bila dah settle loadout. Alhamdulillah. Sejak 2012 berPJJ. Dapatlah ke ofis sekali, dinner sekali, weekend pun dah tak perlu berkejar ke airport like for the past few years. Beberapa hari juga settle kan barang shipping dari rumah KK dan Kuching. Back to home sweet home in Setapak.
Puas lah anak2 merasa naik aeroplane sepanjang duk Kuching alhamdulillah. Masa ada sekali outstation kat France tu (Oct 2018), merasa bwk husben n anak2 join the trip. Kebetulan dpt trip yg layover Dubai lama sikit sempat pergi tgk Burj AlArab dan Burj Khalifa. Extend sehari lajak ke Paris lepas settle kerja kat Lyon. Ni semua in between Kuching-KK-KL huhu. Alhamdulillah anak2 sihat dan senang dijaga tak byk masalah. Oh ‘Arfaan pun merasa tumpang sekaki naik biz class ngan ummi sebab dia masa tu infant lagi. Amboi sangat kan. Hehe
Semua tu akan jadi segar dan kekal dalam lipatan memori. Allah susun semuanya dengan tepat dan berhikmah.
Minggu lepas peti sejuk rumah tiba-tiba berbau kuat. Mula2 ingatkan bau sampah. Tapi bau tu datang bila buka peti ais je. Geram sebab baru je cuci peti ais sebulan sebelum. Audit segala mala isi peti ais sebab mco ni kerap masak. Barang dapur pun kena selalu top up. Jadi ruang dalam peti ais tu sangatlah berharga. Sebab tu mmg sure sangat yg takde barang rosak penyebab bau busuk.
So dia jadi unnecessary stress tiap kali bukak peti ais nak amik barang. Sebab bau tu akan linger even kita dah tutup peti ais. Faham tak? Huwaa. So tiap kali buka mmg sniff kat smua sudut peti nak cek bau tu datang dari mana. Semua lauk leftovers or daun2 rosak dah buang. Tapi bau masih ada 😭😭
Maka Sabtu lepas buat operasi. Keluarkan semua barang dalam peti ais, letak dalam besen buat sementara. Lepastu keluarkan satu2 tray dan basuh depan blkg dgn sabun. Dinding peti pun lap guna sponge makesure semua percikan susu ke lelehan cecair ke apa hilang.
Kemudian dah kering sikit, amik air perahan lemon dan sapu dgn tisu. Kat tray dan dinding peti ais. In between tu tutup la pintu peti ais nak kasi bau mesra hehe. Settle step tu, lap pula dgn titisan esen vanilla. Pergh wangi sangattt. Saya dapat tips2 ni dari google btw.
Sesetengah peti ais ada penapis bau busuk dipanggil deodorization filter. Dia macam cartridge lekat kat dinding belakang peti ais. So benda ni la yg sedut all bad odors dlm peti ais korang. Sejak beli 2016 tak pernah servis filter ni.
So next step adalah cabut benda ni kat belakang dan rendam 4jam dlm air suam, keringkan betul2 sebelum pasang semula. Sepatutnya buat servis ni setahun sekali baru peti ais bebas bau inshaallah. Lagi pulak dlm peti kami ni ada stok tempoyak, petai jeruk, cili jeruk… aduyai. Penat filter tu bekerja agaknya. Ada la hikmahnya peti ais ni berbau kita tau la kewujudan deodorization filter ni 😅
Dah siap semua area sapu ngan esen vanila td, masuk dan susun semula brg dlm peti ais. Filter saya pasang kemudian. Esoknya baru kering betul. Tapi bau peti ais masyaAllah wangi semerbak. Akhirnya!
Sebelum ni ada juga cuba tips letak soda bikarbonat dlm bekas terbuka, letak daun pandan, letak roti. Semua tips tak menjadi. Tapi inshaallah buat steps lemon-esenvanila-cuci filter mcm atas ni bau akan hilang. Harapnya berkekalan la tak berbau at least for another few months 😅
Lagi satu cara yang belum sempat buat adalah simpan bahan mentah masakan dalam bekas kedap udara eg sayuran, serai, dedaunan. Cara ni akan kurangkan bau2 pelik dlm peti. Sebab semua terkedap. So far saya simpan dlm ziplock je sebab senang nampak dan capai. Kadang bau daun kucai atau taugeh pun boleh semerbak satu peti kalau letak dlm plastik biasa huhuh
Hope this entry helps whoever trying to figure out how to de-odour their fridge. Selamat mencoba!!🥳