Perasaan teringin nak ada confinement lady aka penjaga pantang ni dah lama ada. So elok masuk 2nd trimester aritu terus mencari CL dgn gigihnya. Tanya2 kawan, carik kat instagram, bloghopping.
Dapat few contacts. So lepas tanya2 pakej dan compare harga, maka Nov 2016 (3bln sdlm edd) pun dapat lock dgn Datin Rina, owner ig @fazrina_postnatalcare. Basically my criteria,
- Boleh ulang alik ie tak tinggal sekali
- Testimonial bagus
- Tak perlu nak ambil atau hantar ie transportation all in masuk dlm pakej
Kalau ikut pakej yg agen ni bagi mmg best. Sebab ada 3 pilihan – stay in, ulang alik (halfday) atau ulangalik(fullday). We took the last option. Datang kul 9pg balik jam 4pm. Sbb book tu masa 2016, so dapat la harga 2016. Kalau tak silap tahun ni harga dah naik huhu. Tapi memang CL ni kena book awal. At least 3bln sblm due. Kalau yg CL sendirian berhad tu lagi kena awal sebab dia sorang2 je gerak takde orang bwh dia.
So pantang kali ni memang rasa teratur sikit. Dan kalau kena berjaga malam pun taklah stress bgn pagi tu sebab ada orang yg amik baby kat katil(ummi sambung tidur lg sejam gitu) utk mandikan. Lepastu ada org basuh sidai lipat baju. Ada orang masak kemas dapur.
Isnin – Khamis : mandi herba, urut, tungku
Jumaat : mandi herba, tangas, tungku
Sabtu : mandi herba, tangas, scrub badan, tungku
Ahad : mandi herba, tungku
Bengkung everyday. Camtulah jadual tiap hari dan badan rasa ringan sangat. Dont know how to explain ringan but yeah. Walaupun iols tak brp suka badan berminyak2 dgn minyak urut tu kan tapi takpe bak kata Hanis Zalikha, berpantang ni adalah a gift to women. A GIFT okayhh. Sebab u dont have to do anything, kena pamper je urut. Tinggal bfeed baby je. Tukar diapers pun CL ni buatkan kadang2. Logika nya berpantang dgn betul ni adalah sebab badan kita ni dah go through lots of changes for the past 9mths pregnancy. Lepas deliver baby, badan tu bukan boleh buat mcm biasa. Kena ‘repair’ dulu mana patut. Tu yg ada urut tungku tangas bengkung.
CL ku namanya Efi. Alhamdulillah Efi serasi sgt dengan kitorang. Baik orangnya. Tak pernah selama 28 hari tu tgk dia moody ke stress ke kecik ati ke. Walaupun kdg saya ni takmo pakai pilis, tak bg lumur minyak yuyi kat baby, ada hari taknak bengkung sbb buasir, makan sesaje lambat2 sbb tgk tv dan sebagainya. Dia selalu cakap “akak kalau ada apa2 tak puas hati akak cakap kat saya terus ya.” Husben pun suka dgn kerja Efi. Siap hari2 suruh tanya Efi nak tak jadi maid kitorg lepas ni. Bila dah stat kerja. So tiap kali time urut tu borak2 cucuk jarum sikit2. Tapi dia insist nak balik Indo bln 4 sebab dah 3 tahun tak jumpa anak2 dia. Dia dah takleh kerja jauh dari anak lepas ni. Tapi dia bg cadangan la eg kawan dia ada yg free, suh tny Datin Rina tu etcetc. Imagine we used to not liking the idea of having a maid (stranger) in our house but having Efi around make us changed our mind. Gitu je la cite ‘amik maid’ ni sampai situ je. Tak terpk lagi nak bayar agent buat permit utk betul2 amik maid kat rumah huhu
Macam ni lah tiap hari petang2 Efi tolong lipat baju. Laundry walid n ‘Aaqil pun dia buatkan..
‘Arfaan pun tiap hari kena tuam and tungku lepas mandi taw ❤Kiri tu batu sungai yg dibakar atas api kemudian diletakkan daun pisang, dan dibakut dgn towel. Ataupun batu tungku namanya. Tuam satu badan lepas sesi urut untuk lancarkan aliran darah. Kanan pula air rebusan herba dalam periuk. Wapnya lah utk tangas. Kita pakai jubah masuk tangan semua, periuk ni masuk dlm jubah. Kasi wap keluar. 20-30mins. Lepastu bila scrub memang tanggal daki2 inshaallah… scrub kelapa parut atau serbuk kopi. Nyums haha
Lauk pantang fav. Kalau Efi masak ni memang tak sabar nak makan.Ni dia close up. Kentang bilis goreng rangup2 w daun limau purut, bwg2 dan serai hiris. Nyumm. Husben n ‘Aaqil pun suka!Lauk ayam kampung. Sayur. Buah dan air suam wajibbb
Biasanya petang sebelum Efi balik tu dia akan siapkan lauk malam, rebuskan air herba utk mandi petang dan mandikan ‘Arfaan lagi sekali. So malam tu boleh rilek2 (hehe dari siang pun rilek2). Husben je la kena masak tambah lauk utk dia n ‘Aaqil.
Alhamdulillah dipermudahkan pantang kali ni. Masa awal2 pregnan aritu stres jugak pk nak pantang mana nak duk mana sape nak hantar ambil ‘Aaqil kat skool etc. So husben nekad amik unpaid leave for 1.5months (tq sayang) dan amik CL utk pantang. Alhamdulillah….
Oh kepada sesiapa yg berminat nak ambil CL dr Pn Rina, boleh visit ig dia kat atas tu. inshaallah fast response if nak tanya apa2. CL under dia pun ada dlm 25org. Doa la byk2 dpt CL yg serasi. Sebab lain org lain expectation kan. Kalau boleh time oantang ni la nak bertenang setenangnya. Takmo la CL tu jd penyebab stress hehe.
Entri sebagai kenangan di kemudian hari. Hehe