Newborn Hearing Screening test adalah salah satu ujian yg akan dijalankan kpd baby yg lahir di Prince Court. Ingat lagi masa ‘Aaqil dulu neves sesangat tatau kenapa tapi alhamdulillah ‘Aaqil pass. Biasalah first time parents apa yg tak neves kan huhu
Sama juga masa ‘Arfaan. Neves jugak. Especially bila perasan masa first day dia lahir tu dia tak terkejut2 sgt. Bunyi pintu bukak tutup pun dia tidur nyenyak. Kazen2 dtg buat bising lompat2 pun dia tidur tak heran.
Hari ke-2, staff PCMC ada 2 org dtg nak buat hearing test. Bawak test device. Dulu 2012 dia bawak baby gi tempat lain. Kali ni dia buat terus kat bilik wad.
Masa tu ‘Arfaan tidur. Memang masa terbaik utk buat test ni ketika baby tidur, dalam bilik yg sangat senyap. So staff ni pun masukkan la device ni kat telinga kiri. Failed! Re-test, also failed. Kat telinga kanan pun sama. Dua2 staff ni muka concern sesangat. Mungkin sebab jarang dapat result fail kan.
Oh muka ummi takyah cerita la. Mmg rasa macam nak nangis time tu jugak. Husben takde masa tu keluar lunch tak silap.
“Err kenapa ye..”
“Dua2 telinga mcm tak respon. Bunyi sampai ke koklea tapi takde respon”
“So mcmane ya..”
“Jadi kena repeat test lagi seminggu. Nanti kami advise sebelum discaj…”
“Tapi sebab apa ya. Normal ke result fail”
“Normal je. Kadang2 sebab air ketuban ada lagi dalam telinga belum kering lagi…”
So ummi ditinggalkan dengan penuh tanda tanya. Dan ofkoslah sedihhh sangat. Terus google huhu. Hearing impairment or deaf on babies. Reason? Premature (tidak), ada keturunan yg ada masalah pendengaran (tidak), low Apgar Score (arfaan 9/10, so tidak) etc… cuma ada satu tu yg mungkin ada related iaitu ibu masa mengandung ada ambil certain antibiotik atau ubat. Terus flashback aritu ada ambil antibiotik sbb ear infection. Pastu amik ubat sebab demam. Blamed myself the whole time.
Googled every hour. Hearing aid. Earpiece. Cochlea implant. Special schools. Got nothing to do at the hospital, postdelivery so u get how crazy i was thinking of our baby’s future and he’s not even a week old. Huhu. Bila masa senyap betul2, kadang2 i saje tutup pintu toilet kuat sikit nak tgk ‘Arfaan ada terkejut tak. Bila dia tidur nyenyak, i purposedly make some noise near his ears. But negative. And it got me worried even more.
We discharged on the 5th and our next appointment with the Audiologist and paed was on the 14th. Masa discaj Dr Anthony kata failure rate utk test ni 50% sebab tu tak byk hospital keen utk buat screening ni for newborn. Tapi bagus utk buat for babies so that we know his hearing condition and impairment if any.
The whole 9 days was not easy either. Aktiviti menguji pendengaran anak diteruskan di rumah. Dan nampak dia respon kalau pintu tertutup dgn kuat, bunyi motor atau lori kat luar etc. So i was certain that he can hear but perhaps the audiologist nanti will come out of hearing level i suppose??? Ye lah, contoh dia boleh dgr bunyi kuat tapi bukan bunyi perlahan. So aktiviti menguji pendengaran anak bertukar kepada uji dgn suara halus atau freq lebih rendah. Sabor je la. The struggle was real. The worry was no joke ? tapi rasanya i je beriya. Husbandku lebih tenang…huhu
On the 14th (12 days old) we went to PCMC and met the audiologist, En Iqbal. Test sama je. Device pun sama. Kejap je tak sampai beberapa minit, device tu keluarkan ‘bunyi PASS’, ie bunyi yg berbeza dari first test. Ya Allah upon hearing the sound came out from the device, i beamed with joy. Alhamdulillah his hearing both ears are fine, nothing to worry the audiologist said.
Kemungkinan keputusan FAIL masa first time adalah,
1. Terlalu awal. Baby baru umur 2 hari
2. Ada cecair dalam salur telinga yg block masa ujian dijalankan eg amniotic fluid. Jadi tak accurate.
Saja berkongsi kisah ni supaya mana2 parents yg lalui peristiwa yg sama supaya tidak terlalu risau sebab ia adalah normal. Saya ada baca forum tu, anak dia 2nd test pun fail tapi bila umur sebulan, repeat test baru pass. So ITS NORMAL. Terutama utk parents yg deliver baby kat PCMC la sebab memang baby kena lalui test ni. Tak sure utk hospital lain.
Moga perkongsian ini bermanfaat!