Settling down at our rented house in Kota Kinabalu alhamdulillah…will blog about it later.
Anyway been wanting to post about aqiqah ceremony we did for ‘Arfaan few weeks back but din get the time to write.
Plan nak buat aqiqah tapi venue tu tricky sikit sebab rumah kami apartment tak dapat nak bg tetamu ramai dtg dan selesa. Parking pun lagi satu hal. Masa ‘Aaqil dulu aqiqah buat masa dia 2bln kat kg suami di Baling, Kedah. So utk ‘Arfaan plan buat kat area sini je. Jadi venue terbaik adalah rumah my parents la hihi. Tarikh yg dipilih pula adalah pada 11 Mac 2017, hari Sabtu 🙂
Dalam 2minggu tu cari katerer, kanopi, katerer kambing aqiqah. Sebab jemputan tak la macam kenduri kahwin, jadi buat hi-tea sahaja. Dan menu pun ringan2.
Jemputan dalam 150pax. Dari kalangan family, jiran2 mak abah, kawan2 kitorang. Jemput makan2 je takde cukur jambul buaian atau doorgift. Sekadar melahirkan tanda syukur atas kelahiran anak kedua kami dan kata abah utk memperkenalkan ‘Arfaan kepada semua.
Alkisah baju ‘Arfaan ni lagi 3 hari nak kenduri baru order kat ig. Hehe. Nasib baik semoat sampai dan muat!
Alhamdulillah majlis berjalam lancar walaupun ambil gambar ikut dan je. Mana sempat. Takde gambar makanan dan kambing golek huwaaa. Apapun makanan semua sedang elok tak byk berlebih dan tepat jam 6pm tu air dan kambing habis. Maksudnya semua tetamu inshaallah dapat merasa kambing aqiqah…
Menu hari tu;
- Kambing golek + mashed potatoes + coleslaw
- Soto nasi impit
- Bihun goreng
- Kuih yg macam2 ie talam ubi, karipap, tako, koci, roti sarang lebah
- Buah tembikai, nangka madu, honeydew
- Air sirap pandan
- Teh tarik
Memang marvellous alhamdulillah. Katering pun amik restoran belakang rumah mak abah hehe. Senang apape hal.
Rezeki ‘Arfaan ramai tetamu yg bagu hadiah dan duit. Nnt kita simpan tabung haji ok sayang…
Terima kasih tak terhingga utk family yg banyak membantu semasa dan selepas kenduri. Yg sposor kuih2 dan juadah. Terutama mak abah yg ‘sponsor’ venue. Hehe. Hanya Allah dapat membalas…❤