Nak Baby

Lama dah tak cite pasal ‘Aaqil. Dah 4 tahun dah pun Januari lepas. Oh panjang akal sangat. Sekarang ni dalam pada semua benda nak buat sendiri, ada lagi rengek “nak ummmiiii..” dia tu. Dah boleh mandi sendiri, cebok yakyak sendiri, buat susu sendiri, basuh pinggan mangkuk periuk pun nak buat sendiri. Kadang stress sebab bila dia buat sure tertumpah la, terbanjir air la, becak la toilet. Hmm. So kena very close monitoring lagi.

Sooo memandangkan dah fefeeling besar, sejak beberapa minggu lepas ‘Aaqil suruh panggil dia ‘abang’ hashtagnoimnotpregnantyet. Haha. Lepastu asik sebut nak baby ummi nak baby ‘Aaqil. Maksudnya nak adik lah. Sebab dia memang nampak boring la main sorang2. Walid pun takde. Ummi asik buat housechores (macam bz sgt). Pastu bila balik rumah atok wan dia Nampak la dia seronok ramai orang dan kazen. Dia selalu cakap ‘Aaqil suka ramai-ramai… T_T
So semalam dia repeat lagi nak baby. Alang-alang Ummi pun tanya lah,

Me : ‘Aaqil nak baby berapa orang?

‘Aaqil : Nak tiga lah ummi. Nak one 4yrs old, one 4yrs old, one 3yrs old.

Haha! Siyes ni main order je kan. Pagi tadi pun tanya soalan sama jawapan tetap sama ie 2 org 4yrs old, sorang 3yrs old. LOL!  

 Moga Allah perkenankan doa ‘Aaqil ummi dan walid untuk dapat baby yang ramai ya. Amiiinnnnnn

Memori Umrah (21-31 Dis 2015) part 3

Saya just nak share kenangan manis/pahit sepanjang kat sana. Ada yang pernah pergi beberapa kali Umrah tapi tiap kali pergi tu berbeza-beza pengalaman. So mana tau nanti ada rezeki pergi lagi pengalaman berbeza kan. Kata orang ujian Umrah ni memang berbeza setiap orang. Kena berlapang dada dan bersangka baik sepanjang kat sana, inshaallah.
 
1. Kami ke sana under agen Tabung Haji. Kalau ditanya bagus ke tidak, saya pun tak boleh nak compare sebab saya tak pernah pergi dengan agen lain. Tapi alhamdulillah bagi saya semuanya lancar dan perfect, no complaint. Cuma flight delay tu memang tak dapat nak elak la kan. Biar lambat asal selamat. Ada juga agen lain yg tak kurang bagusnya seperti Rayhar dan Andalusia. Cara nak book slot? Pergi je ke kaunter TH Travel & Services yg ada di mana2 TH
 
2. Ada drama sikit masa nak apply visa. At least sebulan sebelum kena prepare dokumen eg birth cert, sijil nikah, gambar etc dan serah bersama passport kepada TH untuk apply visa dari kerajaan Saudi. Cuma kan masa tu suami masih di Ashgabat. Jadi passport memang dia pegang la kan. Lagi 10 hari nak fly baru incik suami serah kat TH. Yang buat saspen tu sebab pengesahan samada visa approve ke tidak cuma 2 hari je sebelum fly! Imagine la kalau Saudi tak sempat proses dokumen suami, kami tiga beranak tak dapat pergi huhu. Sebab suami as mahram & anak ikut emak. Masa dpt call dari TH kata visa approved, rasa macam nak nangis sebab happy sangat. Alhamdulillah ini antara hikmahnya kami ambil TH sebab TH memang dikenali kat kerajaan Saudi so apa2 senang eg late request/submission. 
 
3. Hotel? Saya galakkan kalau plan nak bawak anak kecil atau warga emas, pilih pakej yg hotelnya jarak 50-100m dari masjid (both Mekah/Madinah). Kalau kat Mekah paling dekat sekali Hilton la. Kalau TH takde pakej Hilton. Andalusia ada tak silap around RM8k/pax. Madinah pulak banyak je hotel yang dekat dgn Masjid Nabawi. Cuma depends masuk ikut pintu mana. Kedua2 Mekah dan Madinah kami menginap di Movenpick. Makan sedap, jarak dekat, bilik pun selesa alhamdulillah.
 
4. Hotel Movenpick ni best sebab speaker Masjidilharam tu ada kat setiap bilik. Kualiti speaker tu superb takde dengar bunyi mic rosak ke apa ke. Cuma takleh la jadi makmum sebab fatwa kata tak boleh walaupun nampak dan dengar sbb tiada sambungan saf. Waktu solat Subuh je yang kami bergilir jaga ‘Aaqil. Jadi bestlah even tak turun masjid tapi suara imam/muazzin tu kuat macam duk dlm masjid. Ada sekali Subuh je kot ‘Aaqil semangat nak ikut turun sekali. Memang pakaikan berlapis2 la sebab sejuk pagi2.
 
5. Oh ya cakap pasal sejuk. Bulan Nov-Feb tak silap musim sejuk. Tapi sejuk kat Mekah/Madinah ni paling2 pun 19c. So memang nyaman je. Ala2 spring/autumn. Kalau bawa anak kecil saya sarankan pergi musim macamni. Mereka pun taklah selalu cranky kepanasan. Even boleh duduk hotel jauh sikit sebab jalan pun taklah sepenat bulan2 yg panas. Tak perlu pakai sweater pun kecuali malam2/awal pagi sejuk lebih sikit. Imagine sejuk pun boleh berpeluh time tawaf sebab bersesak, kalau musim haji wow ujian lebih hebat sebab musim haji biasanya cuaca panas.
 
6. Sekarang ni dah ramai orang bwk anak2 kecil umrah sekali. Ada mak arab tu bwk baby dalam sling lagi. Ada yang mcm bwk baby baru habis pantang pun ada. Elok kita studi sikit sebelum bawa anak2 do’s and don’ts. Contohnya semasa tawaf kita dikehedaki dalam keadaan suci tubuh badan dan pakaian. So kalau tawaf sambil dukung anak yg pakai diapers, kena pastikan yang diapers dia baru ditukar dan dia takkan mengotorkan diapers tersebut sampai setel tawaf. Mcm ‘aaqil dah potty trained. Tapi atas factor orang ramai dan toilet jauh dan takut tereksiden, so memang pakaikan dia diapers kat sana. Dia pun dah besar so bolehlah ckp diapers tu kotor ke tak (tapi dia memang jenis penggeli nak kencing/yakyak kat diapers hihi). Ada juga saya tengok sambil tawaf sambil tolak anak kat wheelchair yg disewa (stroller takleh bawak masjid ya). Pernah la terfikir idea ni tapi tak jadi buat. Solat Jemaah pulak lagi la takyah risau sebab mmg ramai sangat yg bawak anak pi masjid. Mcm ‘Aaqil most of the time dia ikut walid dan atok dia solat. Kadang dia duduk je. Kadang dia solat sekali. Masa solat Jumaat je dia ikut ummi. Tu pun dia tidur je masa dgr khutbah sampai la solat hehhe. Kalau anak 2-3orang mungkin kena bergilir jaga anak di hotel dsbg. Saya tak pasti. Apapun berdoa byk agar2 dipermudahkan segalanya.

7. Alhamdulillah kami dapat buat Umrah 3x seorang. Setiap kali tu beza2 ujian dan pengalaman. Kali pertama kami berlima awalsampai akhir. Kali kedua pulak awal2 berlima lepas tawaf berpecah (nanti saya cite). Kali ketiga saya, suami dan mak saya sahaja sebab abah tolong jagakan ‘Aaqil, nak kasi chan suami umrah lebih selesa. So sehari sebelum ke Madinah lepas isya’ tu abah keluar sendiri miqat di Tana’im (5 minit teksi dari hotel) dan habiskan umrah sebelum subuh. New experience jugak untuk abah 🙂

8. Ada riwayat mengatakan lebih afdhal perbanyakkan tawaf sunat berbanding umrah sunat. Tawaf sunat ni saya dan mak buat tiap pagi lepas breakfast, di hari yang kami tak buat umrah. Time ni tak ramai sangat. Lepastu balik hotel gilir dgn suami dan abah saya jaga ‘Aaqil. Cara buat tawaf sunat ni sama je macam tawaf rukun. Niat je la beza. Boleh buat bila2 sahaja sepanjang kat Mekah, tak perlu berpakaian ihram.

9. Amalan bersedekah. Kalau tgh tunggu nak solat tu nanti ada orang hulur2 bekas kurma. Pass around. ‘Aaqil pulak dpt gula-gula, air kotak, biskut. Tetiba je orang lalu nmpk budak dia bagi. Cuma masjidilharam ni takde tabung. Hehe macam masjid kat mesia. So kalau nak hulur duit tu leh bagi kat pekerja2 am macam tukang cuci, tukang refill air zamzam, dsbg. Mereka ni ada kat mana2. Kalau nak bayar dam pun bagi kat mereka ni. Dam yang murah2 la. Dam yang besar2 kena kawtim dgn mutawif ya hehe.

10. Antara perkara yang paling mencabar adalah untuk mendapat tempat di dalam masjid terutama kalau kita selalu keluar masuk masjid. Pintu-pintu dijaga ketat oleh ‘askar’. Semua pintu ditutup antara 30-45minit sebelum masuk waktu solat. Ada la pintu yang masih dibuka tapi kena pandai cari. Biasanya pintu2 yang mengadap Tower clock akan ditutup terlebih dahulu. So kena jalan jauh sikit ke arah Hilton tu untuk cari pintu yg masih dibuka. Tricky kalau musim sejuk, waktu solat dekat2. So lunch in between Zohor dan Asar. Lepastu nak mandi2 semua antara Asar dan Maghrib. Cuma Maghrib je kami biasanya stay sampai Isya’. Lepas Isya’ baru dinner. Kalau dapat masuk masjid tu memang terus menuju ke arah mataf atau kawasan saf yang boleh nampak KaaBAH. Tu memang ultimate la. Paling koman Jemaah solat dalam mall – tapi masih saf bersambung. Pahala beribu kali ganda solat di Masjidilharam tu wallahualam dapat ke tidak kalau saf dalam mall T_T. Tapi sekarang ni pun mataf dah diremove, extension masjid pun dah siap. Mungkin lebih senang nak dapat tempat dalam masjid cuma nak dapat solat mengadap Kaabah tu masih limited.

11. Hari Jumaat adalah hari yang paling sibuk kat Mekah. Fuh I tell you ramai nya orang lebih dari hari biasa. Semua nak rebut pahala berganda di hari Jumaat, di Masjidilharam. Seawal Khamis malam tu dah start ramai yang sampai berhimpit penyek la keluar masuk masjid. Kalau bawak anak kecil atau warga emas tak cukup pegang tangan. Kena berpeluk sekali supaya tak terlepas. Uncang kasut jangan dilupa nanti balik berkaki ayam pula huhu.

  
Baru ku tau susah rupanya nak bergambar depan Kaabah sebenarnya sebab ada pak polisi jaga kat setiap penjuru so tak sempat nak setting kamera or ekjas muka beriya kena cepat pantas tuntas hehehe. Belum campur orang ramai yang tolak2. Photobombed tu perkara biasa #lihatmamatyangtersengihtu ?

Ok rasanya cukup dulu setakat itu. Next mungkin saya share sikit ujian yang kami lalui sepanjang disana. Kalau nak cerita pasal Umrah ni memang tak habis 7 entry 7 malam haha. Madinah belum masuk lagi kan. Saya ni pelupa jadi bila tulis blog ni at least nanti kalau ada rezeki nak pergi lagi bolehlah baca balik ye tak hehe. Wallahua’lam…

Memori Umrah (21-31 Dis 2015) part 2

Bagi saya dan suami ini merupakan umrah pertama dan dipanggil umrah wajib. Maksudnya umrah ni takboleh dibuat dihadiahkan/diniatkan utk orang lain. Dah setel yang ini baru boleh umrah utk orang. Kalau ikut kursus yg saya pergi tu,1. Hadiahkan untuk mereka yang telah meninggal dunia ataupun mereka yg sakit tenat yakni memang tak dapat la buat sendiri. Paling afdhal hadiah untuk parents.

2. Untuk satu umrah tu boleh hadiah untuk sekali ramai. Lepas tahallul tu, lafazkan dengan ini saya hadiahkan umrah ini untuk xxxxxx kerana Allah taala.

Ok so anywayyyy. Dah siap breakfast semua kami pun turun ke lobi dengan group kami. Mutawif kami namanya Ustaz Abd Rahman, asal Indonesia dah berpuluh tahun tinggal di sana. Dari hotel ke Masjidil Haram boleh berjalan kaki sahaja tak sampai 50meter. So niat kan dah setel masa kat miqat kan. Berjalan lah kami ke Kaabah untuk mulakan rukun ke-2, TAWAF tujuh pusingan keliling Kaabah.

Pertama kali nampak Kaabah, rasa naik bulu roma. Sampai masa menaip ni pun rasa bergenang airmata. Perasaan yang tak sama macam nampak Eiffel, Big Ben, Disneyland. Rasa yang lebih hebat dari itu. Kami baca doa yang ada dlm buku panduan Umrah – – – doa melihat Kaabah. Kami dibawa mutawif untuk melakukan tawaf. Bermula dari penjuru Hajarul Aswad, keliling 7 pusingan. jemaah sangat ramai jadi kami kena pegang each other. Walid pulak dukung ‘Aaqil. Plan asal nak pimpin ‘Aaqil kat tengah tapi subhanallah ramainya manusia, suami kena dukung juga ‘Aaqil. Kena pastikan bahu kiri menghadap Kaabah. Kalau terpaling, kena repeat pusingan tersebut. Sebabtu susah sikit kalau pimpin tangan anak sebab katalah terlepas, kita takleh toleh ke belakang dsbg. Bacaan pula terpulang masing2. Tapi untuk pertama kali ni kami ikut mutawif. Mutawif ikut doa dalam buku panduan umrah. Sepanjang tawaf kena dalam keadaan berwudhu’. So kalau terlepas angin tu kena la keluar, berwudhu’ dan repeat pusingan tersebut. Purata nak complete tawaf dalam pace yang normal adalah satu jam. Kami mula tawaf kalau tak silap jam. Oh ya, di penjuru ke 3, dinamakan penjuru Yamani yakni penjuru sebelum Hajarul Aswad, menurut riwayat ada beribu-ribu malaikat yang mengaminkan doa. Maka bila lalu kat sini, doalah apa2 yang dihajatkan paling utama mohon diampunkan dosa diajuhkan dari Neraka dan diberi kebahagiaan hidup dunia akhirat. Bila sampai ke pusingan baru, lambaikan tangan ke Hajarul Aswad dan beristilam (kucup tangan dan lafaz bismillahiallahuakbarwalillahilhamd).

Alhamdulillah habiiiis je 7 pusingan kami minum air zamzam sambil memandang Kaabah. Kemudian tunaikan solat sunat tawaf. ‘Aaqil alhamdulillah suka sangat dengan ‘aktiviti’ ni. Enjoy sesangat esp bab istilam dan minum air zamzam hehehe.

Next rukun — SAI’E! Dari kawasan Kaabah nak ke bukit Safa dalam beberapa minit sahaja berjalan kaki. Tak terasa pun sebab lalu kawasan masjid je. Haaa ni pun ‘Aaqil berdukung. Mula2 tu nak la berjalan. Paling fav dia masa kena lari anak kat lampu hijau hehe. Last2 suami kena juga dukung dia. Cian jetlag pun tak habis lagi ye nak 😉 Permulaan Sai’e adalah berdiri atas bukit mengadap Kaabah dan baca doa. Kemudian mulalah berjalan dari Safa ke Marwah. 7x jadi mula di Safa, berakhir di Marwah. Sai’e ni tak perlu berwudhu’ pun. Dan tiada syarat spesifik so just jalan seperti biasa ke arah hadapan. Jangan mengundur pulak hiks.
Selesai Sai’e, baca doa lagi dan di bukit Marwah tu, lakukan Tahallul, rukun yang terakhir. Tahallul tu apa? Gunting rambut 3 helai sambil pegang rambut tu, baca doa dan gunting. Biasanya mutawif buatkan yang Jemaah lelaki dan kemudian yg family/spouse lelaki guntingkan rambut yang perempuan. Maka selesailah UMRAH WAJIB kami yang pertama!! Moga Allah terima ibadah dan doa kami. So basically nak completekan satu umrah dalam 2 jam sahaja minus niat di miqat. Sebab kami mula tawaf dalam jam 11pg. Selesai Tahallul jam 1pm camtu. Kejap je. Yang terasa lama tu sebab dari niat kat miqat sampai nak ke tawaf tu makan masa hamper 12jam atas urusan imigresen, perjalanan ke hotel, makan2 dsbg. Umrah yang seterusnya kami bermiqat di tempat yang lebih dekat dgn Masjidilharam jadi kalau keluar jam 9pg, mungkin 3-4 jam lepastu dah boleh settle Umrah 🙂

Apapun, tersangat rasa bersyukur atas rezeki yg Allah berikan sepanjang kami beribadah di sana. Rezeki kesihatan kerana alhamdulillah paling teruk pun batuk je takde yg demam dsbg , rezeki kelapangan masa kerana kami pergi tu kerja di ofis slow down sebab baru habis appraisal hihi, Allah beri rezeki lebih sikit untuk stay di hotel yang dekat dgn Masjidilharam. Jadi segalanya mudah ie nak ke toilet yg selesa, nak ulang alik solat Jemaah tiap waktu, nak balik makan, mall pun kat bawah je kalau nak beli apa2, dan paling utama rezeki dapat bawa my parents sekali at least sekali seumur hidup mereka dan ketika mereka masih sihat dan kuat. All praise is due to Allah. ALHAMDULILLAH.
Meh kongsi beberapa gambar kami ketika di sana 🙂
  
Dataran Masjidilharam

 
 
Solat berjemaah pertama kali di MasjidilHaram bersama mak tercinta <3

 
Atok, wan & ‘Aaqil berlatarbelakangkan ZamZam tower

  
  
View from our room. ‘Aaqil suka makan n lukis2 sambil tgk orang tawaf hehe

  
   
Esoknya pagi2 kami ada ziarah luar Mekah ie Jabal Rahmah, Jabal Thur, Jabal Nur, Mina, Arafah dan sekaligus bermiqat di Masjid Ja’ronah (jarak 20mins naik bas) untuk umrah yang ke-2. Umrah yang ketiga pula miqat di Masjid Hudaibiyah (jarak 30mins naik bas).

Ok2… nanti saya sambung lagi ya hehe

Memori Umrah (21-31 Dis 2015) part 1

Tahukah anda perasaan rindu kepada Haramain tu sukar digambarkan. Alangkan belum sampai pun boleh rasa rindu, inikan pula bila dah jejak kaki ke sana. Saya ambil masa berbulan untuk hilangkan rasa rindu yg kuat tu. Perasaan tu macam jadi sebak bila teringat, tiap kali solat nak bayangkan kaabah depan mata, that kind of feeling. Yang buat bertambah sebak sebab mungkin saya ke sana dgn mak abah, orang yg paling saya sayang dan betapa bahagia bila mereka dapat ikut ke sana sekali 🙂  
Plan asal nak pergi bulan Nov. Tapi memandangkan suami tak dapat bercuti, so postpone la sebulan. Alhamdulillah tarikh utk Disember tu still ada cuma masuk Mekah dahulu. Tak ramai kenalan dan family saya yang berpakaian ihram dari Malaysia jadi saspen juga. TIPS, jika kita rasa mudah maka akan mudahlah ia. Allah menurut sangkaan hambaNya kan. Jadi think positive je jangan fikir susah etc.  

Siapa sangka kami para Jemaah diuji seawal kami di KLIA! Flite sepatutnya jam 10pagi. Lepastu masa taklimat kat KLIA, diberitakan yang flite tunda ke 12tghari. Ok la takpe lagi. Lagi sejam nak fly tu, kami pun pergi ke boarding gate. Masuk dalam kapalterbang. Tapi tak fly2. Kami diminta turun dari flite dan rupanya kapalterbang tu ada masalah teknikal. Fuh menguji kesabaran jugak. Cuma mujur masih di Malaysia. Sebab kami ada dengar ujian kat imigresen Jeddah lagi seksa. Ni macam intro la kira huhu. 

Tak lama kemudian pegawai TH kata flight bakal berlepas jam 8 malam. Ya, 8 MALAM. Masa tu baru pukul 2ptg mcmtu. MAS sebagai ganti akan beri kupon lunch, hotel untuk mandi2 rehat2 dan dinner. So para Jemaah ni pun berpusu la ke restoran utk pakai kupon lunch tu. Tak silap kat Burger King dgn satu kedai noodle ni je boleh redeem lunch. Punyalah ramai beratur. Sebab kiranya satu flight tu kan.

Lepas lunch, naik bas ke hotel (area Sepang), amik kunci bilik, mandi2 dan dinner. Kesian tgk muka masing2 macam letih berpusing2 dlm negara sendiri. Hihi. Yang lawak tu kami hantar la gambar dah sampai bilik hotel kat whatsapp group family. Mereka ingat kami dah sampai Mekah dah. Ha ha. ‘Aaqil pun bila sampai hotel tu dia kata ummi kita dah sampai Dubai ke. Pulokkk T_T

  
Alhamdulillah akhirnya kami berlepas juga jam 8malam ke Jeddah. Penantian yang sangat menguji. Permulaan ibadah umrah kami yang sangat menarik dan sukar dilupakan.

Sepanjang atas flight saya tgk tak ramai Jemaah yang bukak inflight entertainment hihi. Mungkin sebab penat sgt menunggu dari Subuh, nak isya’ baru boleh naik plane masing2 dah terlelap. Ada yang ulangkaji rukun umrah dan doa2. Termasuklah saya. ‘Aaqil Alhamdulillah happy je. Dia sorang je yang tgk movie gamaknya. Dalam gelap lak tu haha. Makan pun elok. Lepas tu tidur. 2 jam sebelum mendarat, ketua agama TH (ustaz) buat taklimat sikit. Ingatkan Jemaah terutama muslimin (sebab tak boleh pakai pakaian berjahit/tutup kepala etc) untuk berpakaian ihram dan baca bersama niat ihram. Jika anda masuk Mekah dahulu, miqat adalah di Qarnul Manazil yakni 1-2jam sebelum mendarat di Jeddah. TIPS, kalau Jemaah lelaki tu takpe je nak pakai ihram belah bawah sahaja kemudian jubah diluar. Sebelum niat ihram, kena cabut la apa yg patut kemudian pakai ihram belah atas.
Tak dapat dinafikan lepas niat ihram tu debaran dia lain macam. Bermulalah pantang larang ihram hingga lah lengkap rukun umrah. Niat – Tawaf – Sai’e – Tahallul – Tertib. Kalau perempuan debar dia lebih kepada rambut yg gugur/tercabut. Saya ni pulak ada habit pelik suka cabut rambut dan Tarik rambut gugur. So memang kena bertahan la rambut gatal ke apa. TIPS adalah jangan cari rambut gugur kat baju ke inner ke serkup ke. Atau garu/sikat rambut beriya.

Touch down dalam kul 12tghmalam waktu Jeddah. Macam zombie masing2. Beza tau touchdown pergi cuti2 dgn touchdown Umrah. Rasa rendah diri sangat dpt jejak kaki ke Jeddah. Baru airport ni wei. Lagi bertambah sayu ni sebab masing2 berpakaian putih bersih nak menjadi tetamu Allah.
  
Dekat 5 jam jugak tunggu nak clear imigresen. Jeddah airport ni takde sistem yang teratur. Line q pun takde. Jadi ikut dan je lah. Masa flight kitorang sampai tu ada lagi 2-3 flight lagi serentak. ‘Aaqil alhamdulillah tak meragam sebab dah puas tidur agaknya.
Ambil beg semua dan naik bas untuk ke Tanah Haram, Makkatul Mukarramah. Perjalanan mengambil masa sejam lebih kurang. Sempat singgah Subuh di masjid tepi jalan. Oh bila mutawwif tu announce je “Kita dah masuk Tanah Haram…” perasaan sebak tu sukar digambarkan.
 Rasa macam mimpi jadi kenyataan dapat jejak tempat di mana Rasulullah pernah suatu ketika dahulu terima wahyu dan berdakwah, tempat dimana Islam bermula, perit jerih perjuangan Rasul dan sahabat membangunkan Islam. Masa sampai tu fajar baru menyinsing. Kami terus ke Hotel Movenpick, check in bilik, makan breakfast dan kemudian turun ke lobi untuk Umrah yang pertama :):)

Bersambung…

Where have I been?!

Its been a long hiatus. So long that I even forgot my wordpress password. Boooo. Luckily I can still xs the account through my phone. So here I am updating my blog like anyone cares lol. Ok nonetheless, sooo many things happened (and didn’t happen ;p) and alhamdulillah regardless.Well lets recap in a brief what are the things happen for the past few months, for the sake of my future self yang mesti nak baca kan (waving to future Kausar ha ha);

September

Went for a short trip to Dubai. Meet me half way as they say. Encik suami ada kursus di sana maka saya dan ‘Aaqil pun join sekali alang2 hotel semua disediakan. So terbang lah kami berdua ke negara padang pasiaq nak pi jumpa walid kat sana. Aaqil ni suka naik aeroplane jadi memang takde masalah. Asalkan makan tidur tv cukup so he’s a happy boy. Cuma kelas suami saya tu sampai ke malam jadi setiap siang saya dan ‘Aaqil habiskan masa berdua sahaja. It was fun though despite the summer weather in Dubai. So we stay indoor or went to malls. Habis kursus, we went separate ways, walid ke Ashgabat weols back to KUL. Oh btw talking about tickets, kebetulan Emirates buat sale so beli tiket last minute tapi harga lebih rendah dari biasa, rezeki jgn ditolak he he.

We came back to a very hazy Malaysia. Jerebu yg sangat teruk dalam sejarah. Sampai beberapa kali sekolah kena tutup. Termasuklah playschool ‘Aaqil. Ummi pulak tak dpt la nak cuti tiap hari tu kan so Alhamdulillah duduk ngan atok wan. Maknjang pun baru balik dari UK so ramai la nak tolong tengokkan. Betul janji Allah yang dalam setiap kesulitan, ada kesenangan. And it always comes from my dear family I love u. Anddddd because of the bad haze, my eczema flared up. It was soooo bad that I hope it was just a nightmare. I have to go back and forth to dermatologist. I had this once in 2014 kot and they gave me jab. But this time doctor tu suruh sapu je ubat dia bagi. Hmmphh. Steroid yg lagi kuat dari elomet katanya. Lepas 2-3x kali jumpa barulah ok sikit. Ngeri sebab eczema tu jenis bulat2 besar 5sen dan ada byk seluruh badan. Mcm psoriasis pun ada. But doctor kata eczema. Phew. Benci eczema hashtagnangis.
October

Oh what not to dislike about this month. The appraisal month. Cycle yg ni memang gila sikit appraisal nya. Sampai 3 boss review. Amend tah berapa kali. Memang cycle yg tough. Seiring dengan keadaan harga minyak pasaran dan ekonomi dunia yang meruncing. Only He knows.

On a happier note, my little bro got engaged! Simple ceremony in Puchong and inshaallah the walimah will be held sometime in Aug 2016. Moga Allah lancarkan segala perancangan dan urusan. Amiin
November
Yeah my birthday month. Nothing much happens this month. Oh yaa ‘aaqil ‘graduated’ from his playschool. How time flies kan. Kejap je anak besar. Suami balik kejap cuti so sempat la nak settlekan rumah Setapak yg lama ditinggalkan tu. Dan prepare utk Umrah Disember eg vaksin, payment, dokumen utk visa dan kursus.

Disember
Suami balik Malaysia lepas kursus di Dubai(again). Sepatutnya back for good. Tapi nampaknya lepas umrah dia still kena balik semula ke Ashgabat. Kena tunggu beberapa bulan lagi sampai pengganti dia boleh ke sana dan dapat work permit. Oh highlight of our December (and 2015) is definitely our ibadah Umrah 21-31 Dec with my parents. Kami berlima ke sana di bawah pakej Tabung Haji, masuk Mekah dahulu. Dah lama tergendala nak blog pasal umrah ni haih. Inshaallah ada masa (dan mood) saya share ya.

That’s the end of 2015 recap. Hehe. An eventful year I must say. Despite the economic downturn, oil price crisis, blablabla… we are surviving and I pray that everyone does. What doesn’t kill us makes us stronger, amiin. May He grants us bigger rewards in the hereafter for being patience. 
Till next entry. Muahciked