Bila umur dah mencecah 30-an tak boleh tidak kita tentu inginkan kewangan yang stabil. Yelah, masa umur 20-an masih dalam peringkat nak berjinak-jinak dapat duit sendiri, gaji tiap bulan, nak ekjas gaya hidup, nak belanja byk mana tiap bulan. Dari prepaid beralih kepada postpaid. Dari makan gerai dah boleh makan fine dine sekali sekala. Dari bawak motor dah boleh berkereta. Dari rumah sewa dah duduk rumah sendiri…
Fasa umur 30 ke 40 tahun ni adalah tempoh yang sangat penting untuk kita buat keputusan tentang pelaburan, simpanan dan perancangan persaraan. Sejujurnya, seawal kita dapat gaji pertama tapi ye lah proses nak stabil kan diri emosi dan nafsu shopping tu memang kena ekjas slow2 hehe
Oh tapi saya nak bercerita tentang pelaburan yang lain.
Saya membayangkan 5 sekawan yang mula bekerja pada tahun yang sama dengan jumlah gaji yang sama, increment tahunan yang sama. Masing-masing tiada simpanan. Bermula pada titik yang sama. Tapi semestinya komitmen mereka berbeza2. Ada yang kahwin dulu, ada yang perlu tanggung mak ayah di kampung, ada yang belajar sambil bekerja…Gaya hidup dan corak perbelanjaan mereka juga berbeza….variables ini bertindak sebagai ‘expenses’ dari hasil gaji yang SAMA tersebut.
Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun.
Selepas 10 tahun, saya boleh katakan portfolio kewangan untuk 5 sekawan ini boleh jadi jurang yang sangat besar antara satu dgn yang lain walaupun hakikatnya income mereka tak banyak perbezaan. Apa yang boleh menentukan perubahan portfolio masing2?
1. Pelaburan yang dibuat ie hartanah, emas, fixed deposit, saham
2. Perbelanjaan bulanan mengikut gaya hidup
3. Simpanan berkala
4. Pendapatan melalui bisnes sampingan
Cabaran yang 4 kat atas ni memang sangat tidak dapat dinafikan. Nak melabur ada risikonya. Nak berbelanja ada nafsunya. Nak menyimpan ada halangannya. Nak berbisnes ada turun naiknya.
Saya pun ada cerita. Portfolio saya ada kalanya goyang apabila tiba-tiba ada keinginan luar biasa terhadap baju anak, perabot rumah, melancong, barang kemas, tudung dan handbag. Haha! Tapi itulah lumrah orang dewasa dan berduit kononnya. Dah dapat gaji mestilah nak belanja diri sendiri kan. Reward diri katanya. Reward yang tiada kesudahan. Hujung bulan menangis tengok baki akaun. True story.
Walau apa pun cabaran untuk meletakkan portfolio kewangan anda di peringkat terbaik di mata anda sendiri (hehe), paling jangan dilupa satu faktor yang boleh mengubah portfolio kita pada bila-bila masa, dengan peratusan peningkatan atau penurunan yang tak dijangka iaitu,
MELABUR MELALUI SEDEKAH, ZAKAT DAN INFAK.
Diriwayatkan oleh Ibn Masoud, Ibn Abbas dan beberapa orang para sahabat: “Satu dinar kamu infakkan pada jalan Allah, sedinar diinfakkan untuk membebaskan hamba, sedinar engkau sedekahkan kepada orang-orang miskin dan sedinar engkau infakkan kepada keluarga engkau, yang paling besar pahalanya yang diinfakkan kepada keluarga engkau”. (Hadis Riwayat Muslim)
Seorang ustaz pernah berkongsi, sistem kewangan Allah adalah yang paling hebat. Kita tak tau kita labur RM10 kepada masjid dengan seikhlas hati akan memungkinkan kita mendapat pulangan RM10k pada bulan berikutnya melalui saluran yang kita tak nampak. Tiada istilah fixed deposit. Tiada istilah minimum bonus. Kadang peratusan pulangannya di luar logik akal. Setuju tak? Tak semestinya sedekah dalam bentuk wang sahaja, malah boleh juga dalam bentuk yang pelbagai. Saya pasti setiap dari kita ada momen tersendiri mendapat pulangan dariNya yang tak disangka. What u give u’ll get back inshaallah. Lakukan seikhlas hati, bukan niat mendapat balasan. Allah itu maha kaya.
Jadi sila tambah kepada yang empat itu,
5. Sedekah, derma, infak, bantuan kepada yang memerlukan.
Moga Allah REDHA dan portfolio kewangan kita bukan sekadar indah di dunia, tetapi berhasil dan membantu kita di akhirat kelak, amiiin.