Stress Ke? Baca Ni…

Bercakap pasal stress di tempat kerja bukan disebabkan kerja itu sendiri tetapi disebabkan stress dengan orang-orang yang bekerja bersama kita memang benda standard. Selalunya kerja tu tak la menstresskan sampai bawak balik stress tu ke rumah, tapi yang buat hati kurang tenteram tu adalah mereka yang bersama menambahkan pressure kita kat ofis. Betul tak. Saya percaya ramai yg pernah rasakan ini; bila tekanan kerja memuncak, pastu kena push dari atas kiri kanan, kena perli, pendapat diperkecilkan dsbg. Fuh. Saya pernah tau sampai satu tahap tu dah kritikal sangat sampai saya masukkan nama mereka ini dalam doa saya lepas solat sebab saya sedar masa tu saya takde kudrat nak kawal dan hanya Allah yang pegang hati manusia nak lembutkan hati ke, nak ‘jinak’kan ke huhu.

Saya akur bahawa kita takleh puaskan hati semua orang. Lepas je saya doa sungguh2, alhamdulillah dah kurang rasa stress lain macam tu. Bagi saya, saya kerja kerana Allah, saya buat kerja saya sehabis baik, tunaikan tanggungjawab saya. Apa jua yang kacau kiri kanan atas bawah semua tu adalah sekadar rencah. Allah uji sebab sayang. Sebab Dia tahu kita mampu hadapi.

We don’t live in this world to please our bosses, our subordinates, our colleagues. But non other than to please Allah. Lepas kita dah set macam tu, inshaallah kita pi ofis pun rasa tenang je. Takde rasa nak nyumpah orang. Takde rasa nak backstab orang. Takde rasa nak stress tanpa hala. Inshaallah..
IMG_7216

Benda yg sama jugak saya pesan kat suami bila dia stress kat ofis. Dahlah anak isteri jauh, lagi la terasa. Saya ni at least balik rumah tgk ‘Aaqil terus hilang segala gundah gulana huhu. I told him, hidup ni kalau nak puaskan hati semua orang memang akan stress je manjang. Don’t be so hard on yourself. Imagine eh. Katalah kita kat ofis stress dengan boss, sampai membawa ke rumah, main ngan anak pun teringat stress kat boss tak habis lagi. Yang boss tu ada kesah ke? Dia balik rumah dia happy je. So siapa yg rugi sekarang? Kita lah kan. Tak pasal2 naik bp, kesihatan terganggu. So selagi kita buat kerja kita dgn penuh dedikasi dan jujur, inshaallah Allah akan bantu kita dgn berlapang dada.

Mahal tau berlapang dada ni. Siapa yang selalu rasa serba tak kena cuba amalkan berlapang dada ni. Maafkan lah mereka yg menstresskan kita ni kerana mereka juga manusia biasa yg banyak kekurangan. Yang penting kita cuba sebaiknya untuk tidak menstresskan orang lain atau cakap tak elok tentang orang ‘yang menstresskan’ tu. Kalau tak, kita pun sama je macam mereka. Jaga pahala dan amal kita.

Inshaallah kalau kita ikhlaskan niat pi kerja Allah akan bantu mudahkan. Ni tak kiralah kerja makan gaji ke bisnes sendiri ke malah surirumah sekalipun. Kalau kita dah set nak Allah pandang amalan kita, kita takkan terlalu dahagakan pujian atau kredit drp orang lain. Alaaa sekali sekala nak le jugak kredit kan (ahaks) tapi taklah sampai tahap buat semua benda sebab nak please orang huhu. Letih weh kalau cenggituuu

Alkisah beberapa tahun lepas, tiap bulan saya ada HATE LIST. Kelakar tau. So dalam minda saya ni saya kalau geram ngan orang tu saya akan letak nama dia dalam carta tu. Bila camtu saya jadi lega sebab hah padan muka dah masuk dalam hate list ittew. Padahal kan orang yg masuk carta tu ada kisah ke. Hehe gaya penceritaan saya ni macam kerja saya ni stressfull kan. Jangan la terpedaya sebab saya ni memang jenis drama queen lebey. Satu yang saya perasan adalah saya jenis yang suka simpan stress. Tak cerita kat kawan even satu team projek. Which is not good la in a way. Kadang kat suami pun saya sangat selektif kalau nak bercerita perihal stress kat ofis. Kalau pun saya cerita, saya takkan quote nama. Maklumlah satu kompeni LOL. Jaga periuk nasi org katanya. Tapi bila fikir2 balik psl hate list ni, rasa macam lawak pun ada. Lepas fasa ‘hatelist’ tu saya bersara la dari berbuat demikian sebab saya dah amik unpaid leave setahun hahahha.

Jadi moral of the story nya. Takyahla layan sangat stress kat ofis ke, kat orang sekeliling ke sebab kita fikir ni je,

1. Hati manusia Allah yang pegang
2. Ikhlaskan niat, lakukan semua kerana redha Allah
3. Pujian sanjungan kredit dari manusia itu adalah bonus dan hanya interpretasi manusia. Not our ultimate goals
4. Fokus utama adalah untuk perbaiki diri untuk jadi lebih baik

In the end, kita semua akan kembali padaNya. Amalan yg dikira, bukan pujian, bukan favouritism dari orang ramai. Atau encik boss #tetiba

Sekian wallahua’lam 🙂

Work-Play Hard at the Lost World of Tambun

Ice breaking. War cry. Project Logo. Telematch. Fun at themepark. Networking dinner. Adventure Race. Budget & Roadmap. Photosession. Performance. Kampung Glamour. Sunburnt. Night Hotspring. BBQ. Family. Friends. Bosses. Work Hard Play Hard. HahahaIMG_7142

 

FullSizeRender3

FullSizeRender4

FullSizeRender5

 

IMG_7144IMG_7143

FullSizeRender6And most importantly, alhamdulillah selamat pergi dan pulang. Punyalah berdebar tak ingat. Weeks before hari kejadian dah terbayang2 nak drive sejauh tu (IPOH je ponnn) pertama kali dalam hidup. Dengan ‘Aaqil sebagai co-pilot some more. Fuh fuh

Thanks a lot to my parents and brothers, Im and Af sebab teman drive dan tolong layan ‘Aaqil sepanjang Ummi work. Love love… <3

Menuai Hasil Kebun!

Bahagianya melihat sayuran yang diternak gemuk. Kemudian dituai beramai-ramai. Memang meriah sangat hihi

IMG_7088

makcik makcik kebun

Inilah rutin masyarakat Jalan Kelubi sejak sebulan yg lepas. Dgn bantuan MBSA, dan sepakat penduduk kejiranan, dapatlah secara rasminya sayuran bayam hijau, bayam merah dan kangkung ni dituai oleh kami dgn total 98kilogram!!!

Yang seronok tu dari pangkat atok nenek sampailah ke anak cucu turun sama nak merewang. Acara dimulakan dengan sarapan secara potluck. Lepas tu satu group menuai tanaman dan satu group lagi timbang dan bungkus untuk diagihkan kepada masyarakah Jalan Kelubi. Ada makcik tu volunteer nak masak kangkung belacan fresh dari ladang sebagai juadah lunch…pergh

IMG_7089

spot my ‘AAQIL!

Lunch ada nasi arab, nasi putih, ayam panggang LOCO, kangkung belacan, sambal tempoyak, sambal belacan dan ikan masin. Memang terangkatttt

Kalau nak ikutkan ada banyak lagi sayuran lain. Sawi, kalian, terung, etc pastu buah2an mcm cermai, mangga dsbg. Memandangkan majority ahli kejiranan kami ni terdiri dari golongan yang sudah bersara, maka sistem gotong royong dan gilir siram pokok dan menjaga tanaman ni telah dibuat. Syoklah jugak tengok semangat kejiranan yang tiba-tiba timbul dgn meriahnya.

‘Aaqil pulak sejak kecik dia suka pergi siram pokok dan kutip siput kat halaman rumah tu. So bila dah ada Kebun Komuniti ni lagilah seronok dia. Ummi kalau balik kerja selalu kena jenguk dulu kat kebun tu ada ‘Aaqil kat situ ke tak. Kadang dgn glove dan topi hijau dia. Tolong cabut sekali sayur. Kadang tu sekadar lari2 antara batas. Untunglah childhood duduk ‘kampung’ atok wan yeeeeee 🙂

Oh ya hasil tanaman tu semua kena timbang dan dilaporkan kepada pihak MBSA sebab fund, air untuk siram pokok, tanah, batas etc semua dari MBSA. Maknanya takde istilah mencuri hasil tanaman la. Katalah kita rasa nak makan sup bayam, petiklah kat kebun lepastu timbang dan bagitau ketua kebun. Untuk direkodkan. Macamtu 🙂

IMG_7087

kanak-kanak pun happy makan kat kebun hehe

Moga usaha ini berterusan dan dapat kumpul saham akhirat kerana berbakti kepada tanah dan menghidupkan semangat kejiranan, amin!

IMG_7086

kelas baja kompos katanya. ahaks!

 

IMG_7085

pekebun import dari seksyen 9 haha

 

IMG_7024

ni lah aktiviti ‘Aaqil petang2. gloves tu dia punya ok

 

FullSizeRender

antara kangkung yg terawal dituaiiii

 

FullSizeRender2

kangkung belacan hasil tanaman kebun komuniti 🙂