9 Langkah Langsaikan Pinjaman Rumah!

Seperti yang saya pernah janji, saya nak share step by step untuk jelaskan hutang pinjaman rumah. Ni juga untuk rujukan saya di masa akan dating inshaAllah. Sebenarnya saya memang tak terbayang akan settlekan loan rumah saya seawal ini. Ternyata perancangan Allah itu yang terbaik. Saya perlu jelaskan keseluruhan loan rumah saya untuk membolehkan saya membuat loan untuk property ke-2 saya.

Sedikit latarbelakang mengenai rumah ini,
Tahun beli : 2007
Tahun dapat kunci : 2009
Tahun dpt strata title : 2013
Pinjaman dari : Ambank Berhad
Tempoh pinjaman : 30 tahun

Jom selusuri 9 langkah untuk loan settlement rumah anda,

1. Dapatkan jumlah baki loan anda daripada bank (yang keluarkan loan) anda. Contohnya Ambank. Saya dapat jumlah ni melalui email sahaja. Emailkan jabatan yang berkenaan dan minta mereka berikan latest baki loan. Biasanya mereka akan nyatakan balance tu berakhir sekian tarikh untuk mudahkan anda buat pengiraan seterusnya.

2. Bila dah dapat jumlah baki, barulah anda boleh estimate berapa nak keluarkan KWSP, berapa nak pakai duit sendiri. Saya tak sarankan anda buat loan untuk settlekan loan ya. No no no

3. Keluarkan duit EPF. Bagaimana? Anda perlu isi borang yang disediakan oleh Ambank untuk keluarkan duit KWSP Akaun 2. Kemudian Ambank akan sediakan satu slip. Bawa slip ni ke kaunter KWSP dan isikan borang yang patut. Terpulanglah nak pakai keseluruhan Akaun 2 ataupun sebahagian. Saya pilih untuk KWSP transfer terus ke Ambank untuk memudahkan urusan serta lebih selamat ie tak perlu bawak cek atau cash merata-rata. Biasanya proses daripada permohonan hingga bank terima wang KWSP kita makan masa 7 hari bekerja. Status permohonan samada lulus atau tidak akan diberitahu melalui SMS je.

4. Untuk clearance di pihak bank pulak makan masa 3 hari bekerja camtu. Lepas dah clear transfer dari KWSP tu, Ambank akan emailkan baki loan setelah ditolak duit KWSP tu. Haha tidaklah sesimple tu ya. Dalam semua step yang melibatkan bank/KWSP/lawyer dsbg, anda haruslah proaktif atau dalam bahasa pasarnya adalah, ‘kejar’. Call ke email ke supaya mereka tak senang duduk. Kalau kita senyap, 90% kemungkinan pihak mereka juga akan senyap. Zzzzzz

5. Okay dah dapat amaun akhir baki loan daripada bank, contohnya RM123,456.89 maka buatlah cek sebanyak ini, tak lebih tak kurang. Macam kes saya, saya buat cek di Tabung Haji kerana simpanan wang saya majoriti di sana. Kurang dari sejam urusan cek ni selesai. Ya, ambil masa sedikit kerana permohonan ni perlukan approval daripada boss TH tapi inshaallah cek boleh dapat pada waktu yang sama walau berapa amaun pun.

Tips#1 : boleh juga buat TT (Telegrafik Transfer) macam yg KWSP buat kat bank seperti no 3 kat atas. Ia ambil masa 3 hari bekerja kalau tak silap. Kelebihannya adalah ia lebih selamat sebab tak perlu usung cek dan cash kesana ke mari…

Tips#2 : kalau tak urgent, tunggu la sampai cut-off pengiraan dividen (31 Dis) sebelum keluarkan duit dari simpanan. Terutama kalau jumlah yang sangat besar. Jadilah pelabur yang bijak. Macamtewww ;p

6. Bawa cek ini ke mana-mana cawangan bank, dan buat deposit cek. Better buat kat kaunter daripada pakai mesin sebab at least kita boleh tanya apa yang patut. SILA SIMPAN resit deposit cek ini sebagai bukti.

7. 3 hari bekerja kemudian, anda akan dapat surat mengesahkan yang LOAN ANDA SUDAH SETTLE!! Ucapkanlah syukur tak terhingga. Alhamdulillahhhloan

Ok tak berhenti di sini ya. Masih ada beberapa step yang perlu diteruskan. Moh bacaaaa

8. Selepas langkah ke 6 di atas, sila isi borang Discharge Loan. Minta borang ni dari bank tadi. Anda kena appoint solicitor (lawyer) untuk buat discharge ni. Discharge ni adalah untuk sahkan yang anda dah totally clear dari loan. Caj lawyer mengikut value property (as usual). Saya nak senang saya ambil je dari solicitor list Ambank. Tak reti nak survey2 huhu. Okay lawyer akan perlukan – resit bayaran cukai pintu untuk tujuan ini.

9. Proses discharge ni agak lama ye. Macam saya ni berbulan-bulan. Tapi tak risau sangat sebab bank dah stop deduct monthly installment. Kegunaan discharge letter ni adalah untuk CLAIM BAKI MRTT/MRTA daripada syarikat insurans. Few thousands jugak ni. Saya ada baca yang ramai orang lupa nak buat step claim dari syarikat insurans ni sayang okayyy. Sebab itu hak kita. MRTT/MRTA tu untuk the whole loan tenure eg 30yrs, so we have balance of 20yrs lagi. Claim ya claimmmm.

Tak silap discharge ni juga bermaksud geran rumah sudah nama kita dan bukan nama bank.

Hmm saya rasa itu sahaja langkahnya. Saya rasa tak banyak beza antara bank ini dengan bank lain. Proses akan lebih kurang sama sebab lawyer pun pemahaman sama je. Memang banyak dan proses yang meletihkan tapi puas hati. Saya mula dari langkah 1 pada 11 Sept 2014. Nak sampai ke langkah no 9 ni makan masa hampir 4 bulan! Tips nya kena rajin call dan follow up huhu.

Selamat berjaya!!! 

 

1 thought on “9 Langkah Langsaikan Pinjaman Rumah!

  1. Trima kasih entry tuan..nk tanya claim insurans mrtt mrta tu lawyer akan uruskan skali atau kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.