Starter Pek untuk Keluarga Anda!

Semalam dapat idea ni tgh mandi tak sabar nak share dengan kawan-kawan kat sini.

Saya nak kongsi cara untuk anda dapat FREE MEMBERSHIP Shaklee! Biasanya kombinasi begini kan;

1. Pembelian 2 botol Vivix
2. Pembelian 3 kotak Shaklee Collagen Powder

Tapiiiii yang saya perasan audien blog saya kebanyakannya young parents with toddlers or babies. So kombinasi produk ini sesuai sangat dgn uols.

Bawah ni saya kongsikan kombinasi 4 produk yang ‘semua orang dpt merasa’ hehe! Apa ada dlm set ni,IMG_8812.JPG

1. Vivix untuk ayah : sebab kaum adam ni biasanya susah nak telan tablet. Yang ni just 1tsp je sehari

2. GLA Complex untuk ibu : Memang bagussss utk mana-mana wanita di dunia ini. Kecuali yg pregnant la..

3. Mealshakes untuk anak2 : suplemen terbaik yg ada byk vitamin perlu. Rasa pun sedap. Untuk anak seawal 1.5yrs old

4. Omega Guard untuk semua : ini ayah ibu anak2 semua boleh ambil ikut dos tertentu.

Total keseluruhan pembelian produk-produk ini lebih sikitttt je 200uv (points) dan anda terus layak keahlian PERCUMA. Best kan.

Jom berShaklee utk tambah nilai kesihatan keluarga kita.

Hubungi saya untuk konsultasi dan order!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Pelaburan untuk Kesihatan?

Beberapa hari lepas berborak dengan team projek saya berkenaan beli properties. Beli kat mana harga berapa dsbg. Maklumlah sekarang rata-rata rumah berharga jutaan ringgit jika di kawasan KL ni. Kalau nak murah sikit area Nilai, Serdang, Sepang. Boss saya pun ada dalam ‘diskusi’ tu. Pendapat dia apa tau,

“Baik invest in health daripada rumah besar harta banyak tapi asik sakit, asik masuk hospital…”
“Invest macammana tu boss. Makan suplemen ke?” Hihi
“Workout, jaga makan. Wife i memang faham sangat dengan I. Pagi-pagi breakfast mesti kena ada fruits. Lepastu jus delima yang diperah sendiri. Bagus buah delima ni sebab dia kaya apa tuh…??”
“Antioksidan kan boss”
“Haa antioksidan! Tapi ni perah sendiri la. Memang bagus”
“Mesti boss makan ayam organik kan. RM12 kan sekilo”
“Aah i memang amalkan ayam organik. Selalu beli kat pasar borong….yadayadayada”
“So boss memang tak amik la nasi lemak, benda goreng2..”
“Ambil la. Tapi kontrol..You sekarang umur berapa? Nanti dah start 35 tahun ke atas mulalah asik sakit badan, cepat letih, asik nak tidur awal, takboleh stay up lama2. Beza betul dgn zaman 20’s dulu. You mungkin tak rasa lagi sekarang…tu yang I start invest in health..”

Haa stetmen pertama tu yang paling saya tersentak. Ada betulnya. Kalau nak tau, boss saya ni memang nampak muda dan fit. Umur dia dah mid 40’s but he looks younger than his actual age. Rajin workout, jaga makan, eat clean…TAPI it all comes with money. Takyah pergi jauh, kira je kos nak beli ayam organik selama sebulan. Kalau 20 ekor dah lebih RM200 kan sebulan, untuk ayam saje. DAN mereka yang amalkan ini memang seorang yang berdisiplin tinggi dan tahan godaan makanan sedap (tssskkk)…take care of your body

Jika kita tak mampu untuk tukar lifestyle kepada yang disebut diatas, pilihan yang ada cumalah dengan pengambilan suplemen. Saya tahu kesannnya tak sehebat anda lakukan yang di atas kerana ada sesetengah orang, lagi ambil suplemen lagilah sambil lewa bab jaga makan “Sebab saya ambil suplemen jadi saya tak perlu risau..”

BUT thats the least we can do to our body inshaallah…

Antara SEBAB lain mengapa anda perlu invest in health/buat pelaburan kesihatan;
1. Jika anda seorang perokok ataupun ada suami/ahli keluarga yang merokok
2. History family yang menghidap penyakit diabetis, sakit jantung, kanser dsbg
3. Sudah berumur 30 tahun ke atas
4. Tidak mempunyai insuran kesihatan
5. Sukar/Tak suka jumpa doktor
6. Bekerja di tempat yang terdedah dengan pencemaran
7. Sentiasa tertekan dan tak gembira di tempat kerja
8. Gemar makan makanan yang berkolestrol tinggi, manis-manis

Dan list ni boleh jadi panjang lagi. Pokok pangkalnya, dimana tahap kesihatan kita sekarang? Adakah anda bersedia untuk peruntukkan sekurang-kurangnya 5% dari gaji bulanan anda untuk makan secara sihat atau laburkan untuk pembelian suplemen?

Wallahua’lam. Jomlah sama-sama jaga badan kita, yang Allah sudah amanahkan kepada kita 🙂

Big Boy ‘Aaqil

Kejap je ‘Aaqil dah pun 2y7m. Rasa macam baru je habis pantang hehe. Sekarang ‘Aaqil dah makin panjang akal. Macam-macam idea dia. Vocab pun dah banyak. Alhamdulillah.

1. Favourite dia adalah transports dan binatang. Lorry, tow-truck, train, bus, car, tractor, basikal, motorsikal, bomba/firetruck etc. Semua tu memang dia kenal dan akan menjerit bila nampak dlm tv atau kalau dlm keta hhee

2. Kartun. ‘Aaqil tak berapa tgk tv sangat. Tapi sekarang ni dia minat Frozen, Thomas&Friends, Chuggington dan ofkos UpinIpin. Ni semua tgk kat iPad je lah. Limit sejam seminggu je maksimum iskk

3. Suka menari dan menyanyi alahai. ikankekek mak iloi iloi, nenek si bongkok tua, letchum uh lala, gummybear(hafal ni step menari) etc. Lepastu suka compose lagu sendiri. Macam certain words tu nanti dia akan jadikan lagu ikut suka dia. Contohnya aritu dia duk main car dia kacau laluan toknyang(my atok) dia nak lalu. So my mom cakapla, ‘Aaqil tepi sikit toknyang nak lalu… Lepastu dia nyanyi “toknyang lalu toknyang lalu” kah kah. Sampai ke hari ni konsisten je kalau tanye dia camne lagu toknyang? Nanti dia nyanyi la lagu tadi hahhaa

4. Vocab dah banyak. Infact dah boleh buat ayat lengkap kadang2 tu (4-5words in one sentence). Antara ‘bahasa’ dia,
– susu ticer : susu yang diletakkan dlm botol biru bwk pi skool
– ‘aaqil punye : dia nak dia punya sendiri. taknak kongsi
– nak air besar, nak peluk besar : nak air banyak, nak peluk kuat2
– nak angkat tangan : nak mandi, bukak baju
– nak bomba : kalau tgh baring dia sebut ni, maknanya dia suruh ummi cerita pasal bomba T_T
– nak air yellow : nak air oren
– nak susu mouse : nak airkotak freshmilk ada gambar mickey mouse
– nak lukis : nak pen
– nak basah : nak kuah banyak2
– nak pintu : nak lalu
– tapi…tapi : tepi…tepi
– nak garu garu : mintak gaulkan nasi dia
– nak horse : nak naik mainan kat mall yang masuk duit syiling tuh

Mungkin bulan depan dah takde dah term2 macamni hihi

5. Boleh terima arahan dan buat. Kena cakap dgn dia slow2, step by step dan kemudian hi-5. Katalah nak pujuk dia mandi sebelum makan, kena cerita kat dia…aaqil buka baju, mandi, bubuh sabun, pakai baju thomas, pastu boleh makan ok? High% ummi! Kalau dia taknak dia akan cakap taknak. Tapi kalau pujukan berjaya dia akan hi-5. Senang ummi atau sesiapa nak kowtim n faham heheh

6. Suka main car merah dia. Tapi stail dia adalah kena make sure ada halangan. Seperti baju yg belum dilipat. baju yang telah dilipat, toys dia. Kalau orang clearkan jalan dia, nnt dia marah. Sebab dia nak lenyek benda2 tu T_T

7. Nak buat semua benda sendiri. Ambil pinggan, cedok nasi dan lauk (termasuk sambal), suap sendiri, tuang air, angkat pinggan bawak ke dapur, buang sisa mknn dlm tong sampah dan letak pinggan dalam sink. Hai la anak ummiii

8. Dah boleh kira 1-10 both english and malay. Good job!

9. Sejak umur ‘Aaqil 2 tahun aritu mata ‘Aaqil macam ada squint sikit. We went for several specialist appointments on his condition. It turns out it is not ‘lazy eye’. Tapi nama simptomnya adalah moderate exotropia. Dia jadi kadang-kadang je bila dia penat atau ngantuk atau tgh fokus berfikir. Mata dia lari sikit. Punca disebabkan muscle mata lemah sikit. Mata kanan je. So back in May we went to meet Dr Azura at PCMC, the ophtamologyst. Then she referred us to Ms Sherene at Sunway MC who’ll measure his ‘squintness’. Kira macam further lagi lah. So we’ll have few more appointments with these ladies before we can finally undergo surgery (if required – depends on his progress). Moga Allah kurniakan yg terbaik utk anak ummi cayang 🙂

Alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian dariNya 🙂

photo

‘Aaqil dan cousinnya Izzah, teman rebut toys dan teman gaduh hihi

5 Sebab Mengapa Saya Pilih SRVP!

Salam cantik semua. Boleh tak gitu hihi.

Sekarang ni musim sakit kan. Sebab tiap hari hujan. Mesti ada yang batuk selsema malah demam bergilir-gilir. Virus tu berpusing-pusing dalam environment kita.
3 hari lepas saya juga diserang sakit tekak dan bersin tanpa henti. Ya Allah betapa tak selesanya. Dalam mesyuarat terpaksa tekup muka sebab takut tersebar virus. Juga sebab tak tahan habuk yang boleh menyebabkan bersin. Mata saya sampai dah jadi macam panda dah disebabkan bersin tanpa henti tu. Badan pun dah start panas, dah nak demam huhu. Tapi disebabkan saya dah niat nak berpuasa ganti maka saya gagahi hari saya dan tak sabar nak balik sebab nak telan ini,

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS Shaklee!photo

Saya sampai je rumah, terus ambil 2 biji SRVP ni, patahkan dan telan. Malam tu saya masih rasa kurang sihat. Saya tidur awal dan fikir kalau masih tak ok saya akan ambil MC esoknya. Atu pergi je kerja nnt telan panadol kasi segar.
Subhanallah! Saya bangun pagi badan saya dah tak sepanas hari sebelumnya dan saya pergi ke ofis dengan sihat dah tak bersin. Alhamdulillah. Siap boleh hadiri 2 jamuan raya syarikat di sebelah petang dan deria rasa saya kembali pulih seperti sedia kala. Syukur sangat 🙂 TAK PERLU PUN PANADOL, KAN.

Harus diingat anda tak boleh expect suplemen ni bertindak sepantas ubat(paracetamol). Kalau ambil panadol kan tak sampai setengah jam dah mula rasa berpeluh dan rasa segar bugar kan. Temperature pun kembali normal. Tapi dengan suplemen, anda perlu sabar. Mungkin beberapa jam baru rasa kesannya pada badan anda. Inshaallah efeknya lebih natural dan tidak membebankan badan kerana tindakannya perlahan sahaja bukan drastik.

Disebabkan pengalaman inilah saya taknak simpan testimonial ni seorang diri. Hihi. Mulai hari ini saya akan amalkan pengambilan Vitamin C ini secara konsisten *ehem* bukan sahaja sebab ia bagus untuk kekal sihat, malah anda tau tak ia sangat bagus untuk kulittttt. Sebab ia terlibat dalam pembinaan kolagen kerana ia membekalkan protein yang penting untuk pembentukan kulit, tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah!

Maksudnya nak sihat, dapat awet muda inshaallah.

Jangan lupa ya patahkan dulu sebelum telan untuk dapatkan kesan yang optimum, mudah diserap oleh sistem badan.

Banyak tau Vitamin C di pasaran. Lihat saja di Guardian atau Watson. Macam-macam ado. TAPI kenapa SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS Shaklee ni lain dari yang lain?? Sebabbb,

1. Keperluan seharian Vitamin C adalah 500mg. SRVP ini memberikan jumlah seperti yang diperlukan oleh badan kita!

2. Seperti namanya, Sustained Release, vitamin C ini dirembeskan secara perlahan dalam badan untuk penyerapan yang efektif. Jadi ia kekal lebih lama dalam badan kita. Bijak kan.

3. Sebiji tablet ni bersamaan dengan Vitamin C yang terdapat didalam 7.5biji buah oren! Kita pun tak larat nak telan oren sebanyak tu dalam satu masa kan?

4. Sebab ia selamat dan berkesan untuk para ibu hamil dan menyusukan yang jatuh sakit dan takleh ambil panadol.

5. Sebab MURAH laaa. Sebotol ni mengandungi 180biji. Jika diambil 2 biji sehari, sebotol ni boleh untuk 3bulan penggunaan! Kalau dibandingkan dengan harga, cuma RM30+ je anda laburkan sebulan tau. Jimat sangat.

Paling utama saya pilih SRVP adalah kerana ia berkesan untuk saya, alhamdulillah. Mungkinkah berkesan juga untuk anda? Tak cuba tak tauuuu

Untuk pembelian, sila klik di SINI!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Banteras Kolestrol Melalui TIGA Mekanisma Ini!

Dah alang-alang musim openhouse ni maka saya nak lah berkongsi mengenai kolestrol. Saya ada sorang kenalan ni. Badan kecik molek kurus je. Tapi dia cerita bacaan kolestrol dia di tahap yang membimbangkan. Bila saya tengok makanan yang dia suka makan baru terdetik ‘no wonder lahh’. Kalau telur rebus tu, dia boleh makan berbiji2 sekali harung macam tu je. Kegemaran dia.

Haa maksudnya kat sini, tak semestinya mereka yang berbadan besar je patut risau tentang level kolestrol dalam badan tau. SEMUA ORANG PATUT RISAU. Melainkan anda memang jenis yang menjaga pemakanan, eat clean, makan makanan yang rebus panggang setiap masa.kolestrol2

Sedikit info bagaimana kolestrol ini terbentuk dalam badan. Hasil dari pemakanan kita, kolestrol ni akan mendap di pembuluh darah kita. Kita bayangkan pembuluh darah kita ni macam salur paip kan. Paip yang bersih membawa air yang bersih mesti takde masalah kan. Tapi bayangkan jika setiap hari paip ni menyalurkan sup tulang contohnya. Sehari ok lagi. Lemak tu mendap manja-manja je kat dinding paip tu. Cuba setiap hari selama sebulan, lama-lama mesti paip tu akan jadi berkeladak dan lama kelamaan tersumbat. Sama seperti pembuluh darah kita. Apabila tersumbat, tu yang terjadinya penyakit strok, penyakit jantung dan sebagainya. Nauzubillah.

Jadi bersempena dengan openhouse back2back dan sempena meraikan pemakanan rakyat Malaysia yang sangatlah you know what i mean (baca : kambing golek, makanan bergoreng, nasi lemak, gulai2, pulut, lemak, kuah kacang, rendang etcetc) maka saya dengan ini mengisytiharkan Shaklee ada 3 produk yang dapat membantu mengawal tahap kolestrol dalam badan melalui mekanisma yang berbeza,

1. Lecithin
Membantu menyingkirkan lemak daripada makanan yang anda ambil. Maksudnya belum sempat lemak tu terbentuk dalam badan, ia dah terbakar. Saya pasti inilah teman akrab kepada kambing golek tadi. Dan juga lemang. Dan juga apa jua yang berlemak berkolestrol. hihiomega lecithin

2. Omega Guard
Membantu membakar LEMAK DEGIL. Maksud lemak degil di sini adalah lemak tepu yang sekian lama kat dalam badan kita. Setiap tahun bertambah lagi lapisan lemak. Jadi lemak ni dibakar dengan bantun Omega Guard. Termasuklah yang didalam ‘paip’ saluran darah kita tadi. Omega Guard ni macam air panas yang digunakan untuk ‘membasuh’ lemak daripada ‘sup tulang’ tadi. Begitulah perumpamaannya.

Gabungan 2 produk di atas ni sangat mantap kerana ia membakar lemak/kolestrol LAMA dan BARU 🙂

3. Phytocol-ST
Ini pulak produk yang baru dilancarkan 2 bulan yang lepas, semasa National Conference Shaklee yang berlansung di Sunway Conv Centre. phytocol 1Haaa dalam Phytocol-ST ni ada fitosterol yang mana ia membantu pembentukan ‘pagar’ di dinding salur darah. Maka kolestrol tak dapat masuk ke dalam dan terus diflush out dari sistem badan. Menarik kan.phytocol 2 Fitosterol ni akan bersaing dengan kolestrol untuk diserap dalam badan. Jadi lebih byk fitosterol diambil, makin kuranglah kolestrol dapat diserap oleh badan! Cuba anda google ‘fitosterol’, anda mesti dapat byk artikel berkenaan ini.

Moga pembaca saya dapat manfaat daripada entri ini 🙂

Untuk membeli Lecithin, sila klik SINI.
Untuk membeli Omega Guard, sila klik SINI.
Untuk membeli Phytocol-ST, sila klik SINI.

Atau boleh hubungi saya utk pesanan!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Aktiviti ‘Aaqil di Daycare

Seronok tau dengar aktiviti daycare ‘Aaqil sekarang. Tiap minggu ada tema. So far ada tema pejabat pos, polis, bomba, dentist/gigi, dan minggu ni tema ikan!

So tiap minggu ticer akan bagi tengok video berkaitan tema ni. Lepastu salah satu hari akan ada lawatan luar (field trip) ke tempat berkaitan.
Contohnya,

BOMBA
‘Aaqil balik rumah cite kat ummi bomba itu bomba ini. Dengan bahasa dia la kan. Tapi boleh faham la sebutir2. “Ummi…bomba…terbakar..api…wuuusshhhh” bunyi air nak padamkan api siap gaya2 lagi hahaha. Lepastu hari Rabu ticer dah siap2 remind parents untuk pakaikan anak2 gym wear sebab nak keluar pi Balai Bomba! photo 1Yes, at less than 3yrs old okayyy. Haha ummi sampai ke umoq sekarang tak pernah jejak balai bomba. So balik dari trip tu lagi lah dia semangat cerita. Now one of the bedtime stories dia adalah BOMBA. Sekarang pantang nampak firetruck dia akan alert dan buat bunyi nenoneno lagi hihi

PEJABAT POS
‘Aaqil ‘tuliskan’ ummi dan walid kad raya lepastu ticer bawak budak2 ni pegi post office ramai2 dan mereka pos sendiri kad tu. Letak stem etc. Few days lepastu kad sampai. Terharu ummi. Hihiphoto 2

FISH
Ni minggu ni punya tema. Best je tgk gambar yang ticer dia bagi ni. Semua kena pegang dan belek ikan-ikan mentah ni. Lepastu ticer kata ticer basuh ikan dan goreng makan sama2. Alololo. Ticer kata ‘Aaqil je yang berani pegang ikan. Budak lain takut2 sikit. Balik rumah suruh ummi nyanyi lagu ikan. Bila tanya ticer lagu apa dia mintak ni. Rupanya lagu ikan kekek mak iloi iloi. Haha bila ummi nyanyi baru dia ikut iloi iloi. haha.

Kelmarin pegi akuarium kat nearby utk tgk live fish.photo 2 photo 3photo 4photo 5

Ummi dengar pun seronok. Dulu takde aktiviti macamni. Tapi sejak owner tadika ni balik Shah Alam dia dah rombak silibus dan buat aktiviti macamni. Dengan yuran yang half daripada montessori terkenal di Malaysia, so far sangat2 berpuas hati alhamdulillah. Walaupun dulu kami (baca : suami) pernah frust sebab takdapat tempat montessori terkenal tersebut, mungkin sebab nak berjodoh dengan daycare Little Ones ni kot. Alhamdulillah…

‘Aaqil pun dah nampak perubahan dari pemalu dan clingy dengan ummi kepada seorang kanak-kanak yang sangat aktif, petah dan berani. Moga Allah memberi ganjaran yang setimpal dan kesabaran kepada ticer ‘Aaqil dalam menjaga anak ummi ni sepanjang ummi bekerja di ofis. THANK YOU TEACHERS.

Amiiin

Cameron Highlands : Of Strawberries, Roses, Butterflies & Tea

Bertolak dari Taiping nak ke Cameron Highlands ni agak-agak nak dekat waktu Asar gak. Saya dan suami memang tak sevey langsung pasal jalan atau duration nak sampai atas jadi bajet dalam sebelum Maghrib mesti dah leh cek in hotel.

Sekaliiiiii

Amikk..2 jam nak sampai Simpang Pulai dan lagi 2 jam jugak nak sampai hotel. Sudahnya sampai pekan Brinchang dalam kul 9pm lebih. Dari pekan Brinchang nak ke hotel ada lah dalam 15minit lagi. Fuh imagine naik jalan yang macam ular kena palu tu dalam keadaan gelap pekat takde lampu. Ish memang doa je banyak2. ‘Aaqil pulak taknak duduk diam. Carseat lagilah tidak kan. So kena pegang je dia huhu. Lagipun dia dah restless kot. Sian lama dalam kereta.

Kami duk kat Strawberry Park Resorts. Hotel ni okay la sebab tak pernah lagi bermalam kat CH seumur hidup jadi tak reti nak compare dengan hotel lain. Cuma agak jauh sikit la kalau nak cari tempat makan. Rasa jauh tu sebab kena tempuhi jalan bersimpang siur tu. The nearest town is Brinchang la kan.photo 2

Satu yang saya suka kat hotel ni adalah Buffet Breakfast dia. Variety sangat dan sedap. Scenery pun cantik. Gambar atas ni kitorang makan kat balcony dia. Angin ala2 masa autumn. Sejuk dingin gitu…

Memang plan nak leisure2 ja trip CH ni. Mana sempat kami pi mana tak kita plan lainkali. So tempat wajib semestinya LADANG TEH, PETIK STRAWBERRY, ROSE GARDEN dan BUTTERFLY PARK (utk ‘Aaqil). Pagi esoknya baru tgk map dan plan iteneraries.

Strawberry Park
Dalam 3km je dari ladang teh BOH. Boleh petik sendiri stroberi secara percuma lepastu dia akan timbang lah. RM40 sekilo tak silap. Tapi memang manis-manis la stroberi dia. Leh petik dan makan terus. Disebabkan kitorang datang masa raya jadi tak ramai orang. Masa petik tu kitorang je ada. Lagipun ada banyak tau tempat nak petik stroberi ni di serata CH. So pilih je nak gi mana. Hehe. ‘Aaqil seronok makan stroberi. “Sedappp. Emm manisss” tu je komen dia haha. Kitorang bawak balik sekilo jugak stroberi. Dapat 3 box camtu.

photo 1 photo 2 photo 3

Butterfly Park
‘Aaqil suka sangat park ni sebab macam mini zoo. Selain rama-rama yang bebas berterbangan, ada ular, kura2, arnab, ayam, itik, insects, ikan, sesui sangat bawak budak2. Lagipun di macam separa outdoor dan tak luas sangat so just nice je tak sempat penat dah habis (makbapak le tew yg penat haha). ‘Aaqil excited sebab semua binatang yang dia nampak tu dia selalu tengok dalam buku je. Atau tv. So jumpa real life happy sangat. Ummi pulak suka cerita arnab dgn kura2 kat dia. So bila dia nampak binatang tu dia macam tersipu2. ‘Aaqil panggil kuwa2 tu turtle. Bolehlaaa hahaha
IMG_7388.JPGIMG_7393.JPG

BOH Tea Plantation Sg Palas
Ni lah tempat wajib org datang CH kunjungi. Dalam Ombak Rindu ada scene Aaron dgn Lisa Surihani bertekak kat sini. Kat CH ada banyak tau ladang teh. Kebetulan kami ternampak exit BOH punya ladang ni dan alhamdulillah mudah je sampai. Nak naik ke atas lagi tu memang lagi almost 10km. Tapi harus diingat tau yang tempat ni tutup hari Isnin sebab KITORANG DAH TERKENA haha. So pegi hari isnin, terstuck kat pakgad. So plan ditunda ke esoknya hari selasa. Amik gambar kat ladang2 je takleh naik sampai Panaromic View/ Factory/ Souvenir Shops tu.

IMG_7336.JPGphoto 3photo 4
photo 5

Pit stop kejap tengok macammana serbuk teh diproses daripada daun, minum2 kat observation deck dan selfie lah kan apelagi. I mean like hello? ;p Dah alang2 panjat tinggi2 nak sampai atas kan. Mak letih tau (sedar diri).

Rose Garden
Taman ni saya pernah pergi lebih kurang 8 tahun lepas. Masa tu ros dia mekar berkembang. Warna warni memang cantik. Tapi bila pi aritu rasa macam frust nye lahhh. Boleh kira dengan jari kot ros yang berkembang. Yang lain semua layu. Ada sorang pekerja kat strawberry park tu kata CH dah sebulan tak hujan. Memang masa kitorang kat sana tak sejuk sgt pun. Ekon pun sejuk lagi kot. Bawak jaket utk ‘Aaqil tapi in the end tak pakai pun hihu. Lengang je Rose Garden ni. Sedih jugak kan sebab it used to be so popular. Macam tourist must visit gitu. Dululah..

photo 1Satu yang saya sarankan kalau anda semua datang kat CH nanti adalah SILALAH MAKAN DAN BAWAK BALIK JAGUNG MANIS DIA. Sedap sangat. Butir jagung dia tak kuning sangat tau. Macam kuning pudar nak ke putih gitu. Tapi manis sangat! Dan rangup. Fresh dipetik dari ladang. Orang selalu cliche bawak balik stroberi, ros, teh kan. Cuba korang try jagung dia serius rasa nak naik lagi semata-mata nak makan jagung dia *pencinta jagung i ni so review jadi macam over sangat padahal tak over pun memang betul*

Cactus Point
Pastu beli kaktus beberapa pot dan pokok bunga untuk mak dan kakngah yang suka gardeing. Kalau anda suka gardening mesti rambang mata tengok pokok kat tempat ni. Cantik sangat. Sejuk mata memandang. Ada dari saiz kecik sampailah saiz besar bonet kereta (untuk beli bawak balik tu lah paling besar kan).

 Kami pulang dengan hati yang gembira dan laundry yang banyak nak ulang jugak tak kira.

Alhamdulillah.

CoQ10 Untuk Rawatan Kesuburan

Berita baik!

…untuk mereka yg bakal menjalani rawatan kesuburan.

Saya ada buat kajian sedikit mengenai salah satu produk Shaklee yang bernama CoQHealth Plus. Tahukah anda yang CoQ10 adalah bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ia ada pada hampir setiap sel dalam badan. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Haaa semua ni berkait dengan penghasilan sperma dan ovum dari peringkat metokondria lagi. 

Bayangkan dengan penghasilan CoQ10 yang cukup dalam badan, tenaga dalaman dihasilkan untuk sperma dan ovum ini menjadi ‘lebih sihat’ sekaligus meningkatkan peratusan kejayaan bagi rawatan kesuburan!

Perbelanjaan utk rawatan kesuburan sememangnya tak murah. Kadang-kadang pasangan menabung hingga bertahun lamanya hanya untuk jalankan SATU rawatan IUI/IVF. Jadi semestinya mereka mengharapkan kejayaan di percubaan pertama lagi kan. coqivfMoga dgn pengambilan suplemen CoQ Health Plus dari Shaklee ini dapat membantu penghasilan sperma & ovum yang berkualiti, dan meningkatkan peratus kejayaan untuk pasangan ini bergelar IBU dan AYAH!

“Proses penghasilan ovum yang sihat dan berkualiti memerlukan banyak tenaga. Tenaga ini dibekalan oleh CoQ10. Namun dengan peningkatan usia dan kaedah pemakanan yang tidak sihat, kandungan CoQ10 dalam seseorang wanita akan merosot. Pengambilan CoQ10 akan membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga dalam proses ovulasi. Ini akan memastikan bahawa telur yang terhasil adalah sihat, matang dan berkualiti” sumber:mudahhamil.com

“Bagi lelaki yang mempunyai masalah sperma, banyak cara yang boleh diusahakan. Jika usia masih muda dan mahu merawat secara konsevatif dengan ubat-ubatan dan supplement, saya amat mencadangkan agar mencuba CoQ10.
Kalau saya berikan ubat perubatan moden, ramai tanyakan kesan sampingan, bila saya cadangkan ubat alternatif, macam tidak percaya pula. Takkan saya mahu berikan nasihat tanpa ada bukti saintifik atau kajian klinikal..”

sumber:drzubaidi.com

Inshaallah dgn izinNya jua…Persediaan sebelum jalani rawatan juga sama pentingnya eg pengambilan makanan berkhasiat, dapatkan berat badan ideal, jauhi makanan segera dan sebagainya. Pengambilan suplemen seperti CoQHealth Plus ini juga antara langkah persediaan yang penting.

Usaha, ikhtiar dan doa merupakan senjata kita sebagai orang Islam. Ini merupakan salah satu ikhtiar terakhir sebelum melangkah ke  apa jua rawatan kesuburan kan?

Sebotol mengandungi 30biji, hanya sebiji sahaja sehari. Boleh diambil oleh suami dan isteri 🙂

Klik di SINI untuk pembelian produk ini!

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Alternatif Untuk Kolagen?

Saya faham ramai sebenarnya yang masih belum bersedia nak berkolagen. Nak tapi teragak-agak. Kan?

Faham sangat. Sebab saya sendiri ambil masa lebih dari setahun sebelum ambil langkah pertama. SETAHUN ok!

Tapi takpe. Alang2 nak tunggu seru datang, apa kata mulakan dengan ESP & GLA Complex dulu. 2 beradik ni dikatakan boleh memberikan kesan yang seakan-akan sama seperti mengambil kolagen! espgla

Jom kita tengok fungsi masing2…

ESP :
• merangsang regenerasi kulit, pertumbuhan sel2 baru
• mengurangkan kedut, menghilangkan parut
• membaiki masalah pigmentasi

GLA Complex :
• mengawal ketidakseimbangan hormon
• menggalakkan kulit sihat
• 3x lebih berkesan dari evening primrose oil (EPO)
• melambatkan menopaus
• memperbaiki tekstur rambut
• memperbaiki inflamasi kulit eg alergi, kulit kering etc

DAN yang paling best gabungan 2 produk ini adalah hampir 60% LEBIH MURAH dari Shaklee Collagen Powder (untuk sebulan pengambilan)! Haaaaaaaa set bajet-utk-cantik la kira. Eh bukan bajet cantik ok. Tetttt.

Klik di SINI untuk pembelian 2 produk ini. Atau boleh hubungi saya untuk diskaun ya.

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC

Set Berpantang yang Perfect!

Masih ingat lagi zaman mak saya dulu saya suka belek Jamu Selapan yang mak makan setiap kali dalam pantang. Masa tu tak tau pun pasal jamu lah pilis lah kan. Bila zaman saya pulak berpantang, rata-rata kawan yang saya tanya pendapat akan terus cadangkan Shaklee. Antara sebab mereka cadangkan Shaklee dan bukan M*ustika Ra*tu atau N*ona Rog*uy adalah;

• boleh terus ambil seawal beberapa jam selepas bersalin
• selamat untuk ibu yang menyusukan
• sesuai utk yang bersalin normal mahupun caesarian
• tiada campuran bahan kimia
• pilihan ibu-ibu moden
• boleh digunakan sepanjang penyusuan anak sampailah anak 2 tahun

Terus saya order dan-dan tu jugak. Almaklumlah anak pertama semua first time dan nak kena selidik dalam-dalam. Alhamdulillah sangat membantu proses penyembuhan luka episiotomi, penghasilan susu dan juga penyusutan berat badan. Hihi. Seawal 2 minggu berpantang saya dah boleh pakai jeans pre-pregnancy saya semula. Gitu ;p

pantangshaklee

*gambar ihsan google*

Bagaimana set ini membantu para ibu berpantang secara sihat?

1. BComplex : Mengawal stress. Maklumlah kadang terkena simptom babyblues. Ini memang sangat common. Pengambilan BComplex dapat mengawal stress level itu agar tidak sampai tahap ‘meroyan’

2. Vita-Lea Iron Formula : Multivitamin lengkap yang dapat memberi tenaga tambahan kepada para ibu. Nak jaga anak lagi. Nak sesuaikan dengan rutin baru lagi. Ada tu yang berpantang pun kena masak dan uruskan anak2 lain serta suami. Jadi penting tau si ibu ada vitamin yang lengkap.

3. Sustained Release VitC : Kekalkan imun si ibu di tahap yg baik agar tidak demam atau jatuh sakit. Sebab bila si ibu sakit, potensi untuk berjangkit kepada anak yang baru lahir amat tinggi sebab hampir setiap masa ibu bersama bayi kan.

4. Ostematrix : Untuk atasi masalah sembelit yang amat biasa dialami oleh ibu yang baru bersalin. Lancarkan sistem pencernaan. Juga sumber kalsium yang optimum utk penghasilan susu ibu yang baik tanpa ‘curi’ kalsium si ibu!

5. Zinc Complex : Percepatkan penyembuhan luka pembedahan mahupun episiotomi. Juga luka-luka dalaman. Zinc juga bagus untuk atasi masalah keguguran rambut para ibu yang baru melahirkan. Wahhh 10 dalam 1 gitu.

Perasan tak item 1 hingga 4 adalah termasuk dalam set Hamil juga. Bermaksud, jika sejak hamil anda memang ambil Shaklee maka untuk berpantang anda cuma perlu top-up je mana yang dah habis. Pastu beli Zinc Complex tu sebotol. Alahaiiiiiiiiiii berbaloi sungguh!! Boleh order set Hamil di SINI.

Oh boleh juga add on ESP bagi mereka yang mahu,
– percepatkan lagi penurunan berat badan kerana ia sumber protein yang bagi efek kenyang lebih lama. Juga sebagai meal replacement
– penghasilan susu ibu yang lebih pekat. Bayi kenyang lebih cepat
– pembaikian sel-sel dalaman

Saya Suka Set Berpantang Shaklee! Klik di SINI untuk tempahan ya!

Atau hubungi saya untuk diskaun 🙂

Kausar | SID 907655 | 0122635678 (sms/whatsapp) | COD Shah Alam & KLCC