Tak tahu nak kategorikan ni entri throwback atau lapuk atau basi. Tapi yang pastinya dah hampir 8 bulan berlalu peristiwa ini. Baru nak diupdate.. Moga masih segar dalam ingatan cewah
Balik dari jalan kat Euston ke Paddington tu sebenarnya singgah Oxford Street cari souvenir sikit-sikit. Oh I also bought a pair of snow boot kat Primark just in case Ashgabat snowing masa winter lagi beberapa bulan (masa tu). Ramai sangat pak dan mak arab kat Primark bersusun paperbag sakan shopping malam raya haji katanya ;p Ye esoknya tu raya haji sure keluarga di tanah air bizi memasak rending ketupat hihi
Malam tu dalam kesibukan packing BOLEH TAK TERNAMPAK ADA TIKUS KAT APARTMENT TU. Euwww sangat. Ku melompat atas katil. Masa tu suami dan anak dah lena dibuai mimpi. Terus kejut suami suruh tangkap tikus tu. Tak boleh blah betul tengah kota London berperang dengan tikus tskk. Tapi tak jumpa pun. Sudahnya packing ala-ala main sumbat2 lepastu suami tolong sambung esok paginya. Adoila
Esok paginya kami keluar sesudah subuh dah keluar. Tinggalkan kunci kat dalam apartmen je nanti tuan dia mai amik. Memang drama gak la sebab berkejar kendong anak dengan luggage besar 2 biji. Kami ambil tren dari Kings Cross station untuk ke Bandar PARIS. Masa tu siap cakap kat suami “yang ni la tempat Khalil dan lea soraya tu jumpa”… Ye cerita cinta jangan pergi uols kahkah. Suami layankan je ku nak tangkap gambar bagai. Oh kami juga pulangkan balik Oyster card (yang macam TouchandGo) tu untuk dapat refund.
Bila sampai kat boarding gate tu rupanya tren dah nak jalan! Kira kitorang yang last naik. Phew. Memang kitorang naik je terus tren tu jalan. Adoyai… Harga tiket Eurostar London-Paris adalah EUR112/adult. ‘Aaqil takde seat so duduk atas pangku je.
Perjalanan patutnya ambil masa 2 jam lebih. Tapi ada masalah teknikal jadi hampir 3 jam. Dah risau sebab takut Dan, owner apartment kat Paris tu lama tunggu kitorang…
Arrival kat Paris Nord. Oh orang perancis sangat sombong sebab masa kitorang baru sampai nak naik metro ke Montmartre tu beg kitorang tersekat kat gatepass dekat 15mins. Ramai yang lalu lalang, pandang pun tidak even kitorang dah excuse me excuse me. Phew. Last2 ada seorang lelaki budiman ni tolong kitorang. Tu pun tak faham English dan cakap French huhu.
Oh tentang apartmen. Hanya beberapa stesen je dari Paris Nord. Area Montmartre. Dari metro tu jalan kaki tak sampai 2 minit pun. Memang best sangat2. Kami book melalui airbnb.com. Dia ala-ala homestay la. Dan yang bestnya kami adalah orang yang pertama duk sini woooot. So layanan memang tiptop la. Siap ada complementary beverages. It’s a one bedroom apartment. Sangat cozy dan cantik! Jauh beza dengan apartmen kat London hehe. Serba serbi ada kat rumah ni rasa macam taknak keluar jalan-jalan. Kedai runcit pun berdepan je jadi senang nak beli roti ke air ke 🙂
Disebabkan masalah train tu, kami smpai apartmen lewat sejam kalau tak silap. Penat tuan rumah tunggu. Oh owner sangat baik. Terus terlupa peristiwa pahit di metro tadi haha. Dah settle down, solat, tukar pampers ‘Aaqil etc, kami pun bergerak ke metro untuk ke Eiffel tower!! Hello pergi Paris kena lah mengadap kerangka besi tu dulu hikhik ;p Senang sangat baca metro map Paris ni. Kalau nak ke Eiffel, ambil metro ke Bir Hakiem. Cuma agak mahal la tiket metro sebab kami tak ambil daypass or 3daypass sebab masa tu pun dah kul 3pm. So ambil tiket/journey je. Dari Bir Hakeim ke Eiffel Tower tu kena jalan jugak dalam 20-30mins. Tapi ok je sebab cuaca sedap tak lah sejuk sangat. Sebenarnya saya dah siap beli tiket naik Eiffel secara online. Sebab kadang-kadang boleh tahan ramai jugak nak naik ada kuota. So beli siap-siap. Tapi disebabkan masalah tren tu, maka kami sampai tu dah terlewat lebih sejam dari masa kat tiket. Huhu. Nasib baik dia bagi jugak naik kerangka besi ni.
Hihi Eiffel Tower ni memang kerangka besi tau. Takde apa yang istimewa pun. Cuma disebabkan bentuknya yang unik, dibina di Kota Cinta, ia menjadi tersangat popular.
Harga tiket untuk dewasa adalah EUR14.50. Kanak-kanak macam ‘Aaqil percuma sahaja. Ni untuk naik ke platform teratas/top of Eiffel. Kalau hingga separuh menara tu adalah EUR11 kalau tak silap. Harga masa 2009 dulu EUR11 dah boleh sampai top. Harga tepung naik maka begitulah jua harga tiket naik Eiffel. Ok tak kelakar. Jadi sebab ada 2 platform maka kena naik lif pun 2x la untuk sampai atas sekali.
Jika dilihat pada bentuk Eiffel, yang atas sekali tu kecik je jadi kena beratur untuk naik lif ke atas sekali. So kami spend masa lama juga di platform tengah. Ambil gambar dsbg. Masa ni cuaca dah mula sejukkkk. Lagipun kami dah tinggi di atas lagilah sejuk aduhai. Nasib baik sepanjang di atas ‘Aaqil sangat happy. Alhamdulillah. Daripada atas tu boleh guna teropong untuk lihat sekeliling bandar Paris. Subhanallah Paris memang cantik. Dan padat dengan bangunan hihi. Btw agak sukar untuk selfie di platform teratas ni sebab ruang sempit dan orang ramai dan semua pun nak selfie haha. Malangnya masa kami pergi tu monopod mahupun gopro belum wujud maka ada alasan untuk pergi ke sana semula. Eh suami baca ke ni. Mintak-mintakla baca lalala
Kami turun tu dah hampir senja. Dekat 2 jam jugak duduk kat atas tu sampai kejung keras beku la. Dah la pakai sweater je pandaikan. Turun tu dah hampir gelap. Eiffel tower bakal disimbahi cahaya lampu oh so beautiful im in love… kami berjalan ke taman depan Eiffel dan ambil gambar. Makin jauh makin cantik. Hari pun makin gelap. Terserlah Eiffel tower di tengah kepekatan malam. Ayat puisi sangat kan. ‘Aaqil pun seronok berlari-lari sambil ummi walid lupa diri selfie berdua (masih tiada monopod ketika ini T_T)…
Rancangan asal mahu ke Arc de Triomph dan beberapa lagi tempat pada hari yang sama tapi disebabkan lewat sampai maka kami setuju untuk tidak tergesa-gesa dan pergi ke tempat tersebut ke hari esoknya. Tu yang lama melepak di Eiffel. Jam 8pm macamtu baru bergerak pulang. Sempat singgah di kedai runcit untuk membeli air, butter, roti dan telur untuk sarapan esok. Malam tu balik kepenatan. Masak megi telur je untuk dinner. ‘Aaqil makan roti dan telur rebus hihi.
Malam tu sambil saya masak, basuh baju sidai baju, suami mengadap laptop buat kerja. Honeymoon sangat kan hihi. So that’s how we spend our Eid Adha last year huhuh
Will update on our day 2 in Paris soon (hopefully not next year la tskk)