homemade soya bean & okara

kat sini takde jual airsoya kotak.kacang soya pun kitorang beli 2pkt dari dubai.aritu teringin sgt minum air soya beli la v-soy (import dr msia ok) 2kotak dr dubai.2hari je hbs licin kih2

kelmarin invite kawan2 suami berbuka dirumah.kunun la nak wat special so antara menu pilihan adalah homemade air kacang soya 🙂

so sehari sebelum tu gigih la mensoyabean hehe….

20130719-154644.jpg

pertama kali dalam hidup ni buat air soya sendiri.pat on my back!resepi mcm biasa digoogle la kan.cilok dari jintanmanis.com…

….pakai resepi ni,

200g soyabean (direndam semalaman)
2liter air masak
1cwn gula
stgh tsp garam
3 helai daun pandan

lepas dah rendam, basuh dan toskan kacang soya.ambil secawan kacang dan air dgn nisbah 1:3, blend sampai hancur.tapis guna kain wat tehtarik (ai pakai kain muslin 2lapis).
buat sampai kacang&air habis.letak daun pandan & garam.masak atas api sederhana hingga buih2, kacau selalu.masukkan gula dan kacau lagi hingga gula larut….siap!
boleh diminum panas atau sejuk.boleh tahan 3hari jika disimpan dlm botol tertutup

20130719-155721.jpg
husband likes it hot but i like it cold w ice cubes.yums!!

kacang soya yg dibeli aritu ada 2packs, 400g each.so inshaallah dapatla 8liter air soya.berkira ok hahahhaa

oh oh lepastu hampas soya(okara) tu jangan dibuang!! boleh dibuat vadai.sedappp!lebih sedap dari yg kacang dhal tu,

20130719-155917.jpg
gaulkan hampas dgn sebiji bawang besar dipotong dadu, 2helai cili kering, setangkai daun kari, garam & 2tbsp tepung….bulat2 leper2kan dan goreng tenggelam….

vadai ni pun jadi menu berbuka kelmarin juga.selain nasi tomato, ayam masak merah, kari daging & papadom….

alhamdulillah….

ramadhan during summer

waktu solat di bulan ramadhan yg mulia ini…

20130716-041228.jpg

lihatlah isya’ jam berapa…selalu kul 11 baru setel terawih.kul 12 baru tdo, kul 3 bgn sahur…

i takpe lg boleh tdo siang extra.sian kat suami hari2 zombi pi keja.takpe, pahala lebih sikit inshaallah huhu

tu belum cite ttg cuaca yg makin panas sekarang. temp dah cecah 41-43c …mencabar sangat

p/s : target 10juz/wk ni.moga dpermudahkan…

serunding ikan

pertama kali dlm hidup buat serunding.sempena nak sambut ramadhan kami berempat geng mak2 anak kecik , me nadia fariza & hani gather kat my house buat projek serunding…

resepi ni dpt dari kak daiah, ‘senior’ kami.dia pnh duk myanmar few yrs.ni resepi asal myanmar…

kekdahnya, rebus ikan (apa2 ikan yg byk isi).toskan dan biarkan sejuk.lepastu carik2kan.kitorg pakai garfu mmg senang.pastu goreng dengan chilli flakes.sampai garing…
gaul dgn bawang goreng, siap!!

tapi yg buat lama tu sbb kitorg buat bawang goreng from scratch!

so sambil2 tu kitorg buat moist choc cake & masak lunch sekali.makan2 lunch then kul 4pm balik umah memasing, malam tu dah stat terawikh 🙂

ni la serunding kami posing dgn si cilik2….

20130710-161613.jpg

alhamdulillah dptla sorang sikit…hehe.kek tak sempat amik gambar pulak.ni pun gambar cilok dr fb nadia hehe

jap lg nak buat onde2 dgn nadia&fariza.nak bwk ke mjlis berbuka puasa kat rumah kak ila di molanepes

selamat berbuka semua!

oraza is coming

kat sini tak macam malaysia ie ada pengumuman penetapan tarikh bermulanya ramadhan

tapi pengumuman tak rasmi adalah apabila keluar jadual waktu imsak & bukapuasa…

20130707-213613.jpg

maknanya kami akan mula berpuasa pada 9 julai ni, sehari awal dari tanahair…

mohon maaf atas segala keterlanjuran kata2, dsbg. moga ramadhan kali ni adalah yg terbaik utk kita semua

first time berpuasa di negara orang.moga dipermudahkan bangun sahur

selamat berpuasa!