banyak betul peristiwa pahit manis yang terjadi sejak kali terakhir saya menulis dalam blog ni.semua benda yang signifikan dan sangat terkesan di hati…
pulang dari offshore KUJT-A(spt entri di bawah), saya menikmati masa yang indah berpuasa dan bersahur bersama suami,tahun ni tahun yg kedua, alhamdulillah 🙂
kemudian sambut aidilfitri di tampin, negeri sembilan kg belah mak. raya ketiga baru pulang ke baling. raya ke5 camtu balik taiping. salah satu memori terindah syawal kali ni adalah dapat belajar buat ketupat palas:) inshaallah raya tahun depan boleh la buat sendiri(fuh azam tak agak2)..
sejujurnya saya rasa sayu sangat bila beberapa hari nak sambut raya. semacam dapat rasa yang syawal kali ini adalah syawal yang sangat penuh dgn airmata. seminggu selepas cuti raya seruan offshore datang lagi. walaupun kena pergi seminggu je tapi rasa berat hati sangat (sebelum ni pergi 2 minggu setengah oke je).kira sejak minggu last ramadhan sampai la pergi offshore rasa semacam ada benda yg tak settle dalam hati ni..tak happy..
tentang ibu mertuaku, Allahyarhamah Norzakiah Ismail
masa kat offshore KAKG-A saya dapat berita yang ibu mertua saya dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas.maklum saja kat atas kapal tu orang luar tak boleh call in.jadi tiap hari dekat 5 ke 10 kali saya call suami tanya khabar.saya ke offshore hari selasa, hari khamis ibu mertua masuk hospital.saya berkesempatan bercakap dgn dia.hari jumaat icu, hari sabtu suami saya email saya
“boleh tak sayang cuba balik awal sikit, thanks…“
baca email tu terus saya termenung, masuk bilik dan menangis.tak sampai sejam, saya dah ada atas FCB(fast crew boat) dalam perjalanan balik ke darat.perjalanan selama 5jam tu sangat todak menenangkan – memikirkan suami yg keseorangan tiada saya di sisi, mengenangkan keadaan ibu mertua dan membayangkan perkara buruk yg mungkin terjadi sebab saya sorang je naik boat tu dgn 5 org anak kapal yg semuanya lelaki.memang pasrah je la apa2 jd terjun je la laut huhuh.sesampai kat darat, saya terus ke airport cari flight yg terawal.tapi memandangkan hari sabtu, semua flight penuh.masa tu juga la suami call menangis mengkhabarkan yg mak dah tenat.terduduk saya kat epot tu dgn coverall kuning dan beg2 yg diusung kesana ke mari.saya lost sgt.taktau nak buat apa…..berbalik kpd flight td,lepas buat beberapa phone calls, konfirm ada org tolong tukarkan route flight saya miri-kl sebab itu yg terawal utk saya sampai kl.jadi saya pulang ke hotel dulu utk bermalam.saya tak keruan malam tu.macam2 saya fikir.air mata asyik mengalir je.sampai mata dah bengkak.saya baca yasin beberapa kali.dalam jam 9pm tu saya sms suami saya mintak nak videocall dgn mak(masih di icu).alhamdulillah dapat videocall wp tak sampai 5minit.itulah kali terakhir saya melihat mak sebab tepat jam 12tghmalam, suami call mengatakan yang mak dah takde….i can still remember clearly that particular moment and it always give me goosebumps tiap kali teringat…saya menangis semahunya…rasa hopeless..rasa bersalah..sedih…rasa rindu tiba2 dekat mak….she’s the best mother in law one can have,seriously…saya tak tidur sampaila jam 5pg saya kena ke stesen bas utk ke miri memandangkan flight saya ke kl dari miri jam 11++ pg.sesampai di klia mak,abah dan angah dah tunggu utk terus ke baling, tempat mak dikebumikan.btw semasa jenazah dikebumi saya masih di atas bas otw ke miri…sampai baling dah isya’, kenduri tahlil.muka ni tak tahu nak sorok mana dgn sedara mara suami sebab the only menentu yg arwah ada tp tak hadir ketika arwah sakit dan menghembuskan nafas yg terakhir.only HE knows how guilty i was…but things happen..arwah pergi pada 17 syawal – that explains my sayu feelings since few days before syawal….allahualam
hari2 selepas tu terasa sangat kosong.hampir seminggu kami di kampung utk kenduri arwah dan menguruskan hal2 arwah.rumah arwah masih dalam reno lagi.tak sempat arwah nak merasa duduk di rumah yg luas sedikit.besar sungguh kuasa Allah…kami kemas2 rumah dan baju2 arwah.rasa sunyi tanpa arwah di rumah.now being the only woman in the house(my inlaw), i have to take care all house chores bila balik taiping…
tentang anak buahku yg ke3, ‘Uwais
tepat seminggu arwah meninggalkan kami, muhammad ‘uwais b aiman lahir ke dunia, anak abang saya yang ketiga.kelahiran baby yang sangat comel namun mengundang airmata kami kerana he’s an anencephaly baby – tiada tempurung kepala.saya dan suami dari taiping terus ke hospital melawat baby dan kakngah.the baby tak nangis.semua yang ada sayu melihatkan keadaan ‘uwais.
kami bersama baby ‘uwais dan abangnya, 2 hari sebelum diambilNya ;(
alhamdulillah ‘uwais sempat bersama keluarga kami selama 10hari pabila dia diambil Allah di pagi 13 okt.he was a miracle baby indeed to survive more than he supposed to (most anencephaly baby only survive up to a week only)…terima kasih kerana hadir dalam hidup kami muhammad ‘uwais…maklang love u so much…;(
tentang anak buahku yg ke4, Najwa Izzah
latest addition, first niece on the block yo!anak kepada kaklong yang lahir pada 8okt, 5 hari selepas baby ‘uwais lahir.such a beautiful baby.dan comel.dan kecik.dan.suka tidur.boleh tak tiap kali jumpa dia mesti tgh tidur
kalau angkat ke buat apa ke dia tetap taknak bangun.buatla bising macamana pun dia tidoq ja.hehehe..so cute and sooo babyyyy 😉
keluarga mertua turun kl dan majlis graduasi Asraf
tok,tokwan,keluarga pakteh,keluarga pakdin dan keluarga suami datang ke rumah hari khamis 7okt sampaila ahad 10okt.memang puas hati la.depa turun kl utk menghadiri majlis graduasi asraf, adik iparku di UMP pahang.alhamdulillah wp rumah sempit bolehla nak muat dkt 15org tuh.tidur lambak pun lambak la kan.paling best, masak apa pun licinnn.biskut raya semua habis.bayangkan sebelum ke offshore tu dah isi siap2 balang biskut raya utk org datang beraya.tapi disebabkan macam2 peristiwa(yang Allah lebih tahu setiap perancangan) yang berlaku, tak sempat nak duduk rumah dan ajak orang datang beraya.sudahnya orang nun jauh di utara yang menghabiskan biskut2 tu alhamdulillah 🙂
tahniah buat Asraf.sudah tentu bercampur baur perasaan dia-hepi sebab dah graduate tapi sedih kerana mak tersayang tak sempat bersama2 meraikan hari bersejarah tu.haih sedih bila bayangkan…lebih2 lagi bila baca post2 yg Asraf tulis kat wall fb arwah mak beberapa hari lepas majlis graduasi tu…
dalam pada berat hati saya utk pergi offshore lg, saya tidak dapat menolak utk pergi lagi.dan disinilah saya, bintulu, esok pagi akan naik bot lagi utk ke KAKG-A….ya allah permudahkanlah urusanku dan urusan kaum keluargaku yg ku tinggalkan amiiin…