tentang laparoskopi

syukur ke hadrat ilahi surgery yang dijadualkan pada 16mac lepas berjalan lancar.berikut adalah fakta rawak berkenaan surgery tersebut ;

1. elok dapat bilik je, lepas sorang2 nurse datang bilik.amik blood press, suhu badan, hantar baju hospital, amik darah 4 botol, hantar foods, bagi borang questionnaire etc etc…

2. malam tu elok lepas makan malam, dalam 8pm, sorang nurse ni masuk bagi sebotol julap.kaler jernih macam air masak je.ada dalam 100ml kot.dia suh minum sampai habis.kul 10pm dia kata dia nak bagi lagi seround.rasa dia ya allah sangatla tak sedap.rasa mcm minum racun.eh tak saya tapenah rasa racun haha.tapi rasa dia sgtttt tak sedappp.botol pertama tu saya bancuh dgn secwn air mineral dan amik masa dkt stgh jam nak habiskan.huhu

julap

hai nama saya laxative.saya tidak sedap

dkt kul 9.45pm tu saya dah terduduk kat toilet bowl mengeluarkan isik perut.it lasted for almost half an hour.10+ lg sebotol datang.my husband siap sip a bit just to give me moral support.haha lepastu kebetulan adik saya yang juga seorang doktor call tanya camane and everything.pastu cerita la pasal julap tuh.dia kata knp kne minum sampai 2 botol pastuh kne puasa lagik.dia cakap tak payah.haaa the moment dia ckp tak payah tu, saya terus je hepi dan sorok botol tu blkg laptop – takut nurse nmpk.dan efek yg sebotol tadi tuh saya rasakan sampai kul 1pg pun masih nak gi toilet ok.esok paginya pun ada lg sisa2.huhu.adekah hosp ni membuat prosedur yg salah?hmm i wonder.last time when i was on pre op at sjmc, they only inject a bottle of i-dunno-fluid into my *** and after 15mins or so i headed to the toilet.piece a cake!kan?

3. mak mertua dan adik2 suami datang dari taiping beberapa hari sebelum hari pembedahan dan saya sempat ‘mengorientasi’ mak mertua saya di dapur dan di rumah.mana bawang, cili kering, minyak,beras etc;p.sebab mereka bercadang untuk tinggal hingga saya discaj dari hospital.how sweet! 🙂

4. di pagi pembedahan, mak, abah,adik2 saya, mak mertua saya, suami saya semua ada di sisi.mereka adalah kekuatan saya.love u all!

baju ot

baju OT yang kool

5. dlm 8am gitu lepas dah pakai jubah OT dan shower cap biru [huhu], nurse bagi saya satu pil ni.nak bagi ngantuk katanya.saya pun telan dan baring kemudian katil ditolak menuju ke OT.husben je yang dibenarkan ikut.tapi takdelah sampai masuk lam OT.hehe

6. elok dah sampai tu, dia parking katil saya dgn sekumpulan pesakit yang tak sedar atas katil masing2.masa tu dah mamai2 dah saya.ala2 tunggu turn pun ade heh

7. sedar2 sy kat tempat yg sama,terasa katil ditolak ke bilik dan saya sempat jeling jam dinding masa tu pukul 11+ pg.rupanya dah pun selesai pembedahan.tak sedar pun hehhee

8. dr tan telah menebuk 3 lubang yang masing2 sebesar 1cm  (1 jahitan) utk prosedur laparoskopi-boleh-gugel ini.saya kurang selesa nak menceritakan post-op results.maka cukuplah setakat itu ye 🙂

9.  ekceli malam tu jugak saya dah bgn sendiri.dan jalan2 sekitar bilik.sweet sangat family saya teman saya sampai saya leh bangun sendiri.

drip

lepas dah leh minum milo tak muntah,drip pun dicabut dari tgn saya.tapi mendalah ni masih di tangan kutla tetiba jadi pape takyah diorang cucuk balik carik line bagai he he

10. esoknya jalan2 lagi.tak larat pulak baring saja.lenguh belakang.penangan bius tu terasa sampai hari ke4 ke5.i rasa dia bg i epidural lah.back pain mcm org yg pnh dpt epidural describe.sakittt…baring je sesak nafas.sakit kesan daripada bius tu lagi lama daripada kawasan op tu sendiri hmm

bilik

room 6D-09. antara barang penting yang dipack adalah laptop dan ipod.wifi sini lajuuuuu.sempat download dekat 10 episod pelbagai tv series he he.n that keep my husband busy.sempat gak dia usha email ofis dia.hmm 😉

11. hari ke3 tu saya dpt tau kawan pipe saya,alia pun kne admit.kat wat 4G kalau tak silap.ptg tu saya ajak suami saya jalan2 kat luar bilik.jalan2.pastu pi lawat alia.orang sakit lawat orang sakit hehehhe

12. disebabkan berjalan dengan banyaknya, saya bleeding macam period.banyak.dun weri,nurse kata normal 🙂 it lasts few days jugak.nurse ckp mmg kalau lepas op akan ade bleeding.so ok fine 🙂

13. ofismate saya datang, ofismate suami pun datang!sweet sgt.siap bagi kad lagi.dan kepada semua yang datang lawat azwa,alan,aliaa,nizar,wang,kak shida,kak anna etc etc mekaseh datang lawat.dan kepada semua kawan n family yang call,msg,fb,etc thanks sooo muchh

buah

ni ofismate suami bagi.siap dlm kad tu ada cash RM lagi.huhu

14. suami korbankan 3 hari cuti tahunan dia untuk jaga saya kat hospital huhu..kesian dia tidur atas carpet.nasib baik lepas op tu nurse bagi 2 selimut lebih.ada la lapiknya.kalau nak bukak sofabed tu kena rm80/mlm.adeh

15. mak suami bertahan duduk kat rumah kami dengan adik2 tanpa kami berdua.suami akan datang ambil dan hantar mereka hosp-rumah tiap hari untuk tgk saya.lepas saya discaj tu mak yg masakkan lauk,kemas rumah,basuh baju,lipat baju.haih terharu betul…thanks mak!

16. mak ngan abah pun datang all the way dari shah alam tiap hari.abah siap carikan ubat house of healing gamat tu kat seluruh pelosok shah alam untuk saya.abah memang dari dulu camtu.masa athif dan stoma nye dulu pun abah carik beg tu merata…tersentuh sangat hati

17. pagi sabtu lepas mak mertua dan adik2 suami pulang ke taiping dan petang tu juga, family saya buat seprais datang rumah bawak makanan lunch,pinggan,cawan,air semua.alalala sweetnya.semua ada kecuali suhaib dan raiyan.kaklong bwk briyani gam,abah bawak nasi eropah,stew daging dan ayam golek!pastu buat doa selamat sikit sempena pembedahan saya dan harijadi anak buah faqeeh yang ke-2 tahun..thanks korang!!!you are my strength!!!

rumah

penuh atas meja tu ada mcm2.terubat rindu jugak nak jumpa anak buah yg comel lote 🙂

thats about it.sekarang saya tengah nak menghabiskan sisa2 mc yang selama 2 minggu ni.selasa depan kembali ke ofis!dengarnya tak first gas first gas lagi huaaargh!!

haha

3 thoughts on “tentang laparoskopi

  1. alhamdulillah sume dah selamat. nanti bila2 nk gak g lawat ko. take care k. dan semoga murah rezki lps op ni ye.

  2. salam kak,

    baru terbaca blog akak. hopefully akak murah rezeki pas nie….insyaALLAH…..
    haritu jumpa kat dinner kiter tak tau plak akak baru kuar hosp…..sorry for that

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.