hari kedua di HK kami ke Disneyland!tiket kami beli online dan redeem kat the peak.ada kaunter ticket redemption kat situ.harga tiket adalah HK350/pax.sama je beli online atau kat kaunter jadi lebih senang beli online.less hassle
utk kesana kami naik MTR dari Prince Edward, terus ke stesen Sunny Bay dimana dari situ kami akan naik tren yg berkonsepkan Disney!dari gerabaknya sampai la ke interior.ada miniature Disney character lagi kat dlm tren tuh.tren ni membawa kami terus ke Disneyland 🙂
cuaca agak terik masa kami sampai.tapi anginnya sejuk,alhamdulillah.beza Disneyland Paris dan Disneyland HK adalah saiz nya.di HK tiket ni semata2 park.takde Universal Studios macam kat Paris.jadi memang terasa lah keciknya huhu
jadi berikut adalah aktiviti kami di sana…
bergambar dengan mickey dan minnie!panjang sungguh q nya.tgk first pix.mau dekat sejam beratur.tapi dah alang2 beratur saja sampai habis.yang bestnya tiap area kartun disney ada, akan ada jurufoto standby.lepas amik gambar,dia akan bagi kupon dan kita boleh beli gambar kita kat kedai gambar dia ikut saiz yang kita nak.tapi nak pakai kamera sendiri pun boleh.gambar yang diorang amik memang sgt cantik sampai kami terpedaya dan beli juga lah sbg kenangan.harga lebih kurang HK100/pix saiz kecik sikit dari A4..
lepas tu pi main rides kat Tomorrowland,Fantasyland dan Adventureland.sini takda Discoveryland.rides pun tak banyak.by 2pm dah setel semua rides kami naik.atau mungkin juga sistem beratur yang efisien jadi tempoh menunggu tak lama utk setiap ride 🙂
orbitron
bumping2 car
ada ride buzz jugak.like help buzz save the world!kinda thing.cool sgt.suka sbb leh kumpul point.takleh amik gmbr kat dlm coz sgt gelapp
space mountain – i prefer the one at paris.yang kat HK ni mcm pening je n tak byk sgt lampu2 kt dalam
golden mickey show kat theatre – show every 2 hours.ni pun kebetulan dah nak start.kami pun masuk lak.dalam dewan tu dah ramai dah he he
show ni dalam bahasa cina.tapi ada skrin subtitle in english.haha lawak mickey etc ckp cina.tak feel lansung.tapi lagu2 suma menten la lagu ori.ada tarzan,mulan,beauty n the beast, lilo n stitch…etc etc
its a small world ride.comel dan cute ada byk kanak2 all over the world.hee
pooh ride!stail buku cerita.selak page by page
merry go round mcm x biasa haha
goofy
rakit ni nak bawak pergi tarzan land – bohreeeng~
and so much more!
dah penat berjalan tuh,lepak jap la makan bekal yakni tuna-sandwich-apa-lg-kan disebabkan tak jumpa restoran yang diyakini utk mkn.huhu.rehat2 kejap..pastu berjalan lagi….tgk high school musical..mcm parade sikit.i like!
lepas tu usha tempat nak solat pulak.nak dijadikan cerita, suami saya ternampak beberapa org yg mcm muslim pergi ke arah satu tempat.so kitorang pun folo lah.pastu nampak pakcik ni mcm malaysian duk sinsing lengan pergi ke arah toilet.ala2 nak amik wudhu’.tetiba nampak pakcik ni kuar dari toilet dan pergi ke arah bilik orang buat persembahan (staff and crew only).haa saya pun report la kat hasben suh dia ikut solat ngan pakcik tuh.nak dipendekkan cerita, pakcik ni and family (wife ngan sorang anak pempuan belasan tahun) mmg dari malaysia.sek 27 shah alam lak tu.haha!punyalah kecik dunia.jadi jumpa lah port solat yakni di kwsn terperuk jauh dari pandangan orang.pakcik tu cerita dia dah biasa jalan2 tempat org ni.tips dia kalau nak solat,amik wudhu’, cari tempat tersorok,bentang lapik ikut arah kiblat dan solat cam biasa.tak mkn masa pun.yg penting pakaian bersih dan tutup aurat.cara dia ckp mmg simple.yelah,tak seharusnya kita susah2 fikir benda yg blh buat tak sampai 10minit pun hmm.tiang agama kan.inshaallah.kaklong pnh bg tips tmpt yg snang nak solat adalah di dalam fitting room hehe.tp i takpnh try pulak.tp kalau area tu ada bilik solat takyah la susah2 nak cari tempat tersorok ye he he
lepas solat tu jam pun nak dekat kul 6pm.jadi kami pun jalan2 lagi kemudian teringat kupon2 yg kami kumpul masa amik gambar ngan cartoon characters tadi.ada la dekat 10 kupon.jadi kami pun singgah kat kedai gambar yang terletak kat MainStreet USA.dah usha semua gambar, boleh tak SEMUA GAMBAR CANTIK???dahla mahal.saya duk cuit suami.suami cuit saya.nak beli ke tak.org tu elok kita ckp taknak je dia delete.siap kitorang tny lg boleh tak kalau nak sofkopi hahahahaha KONFIRM LA TAK BOLEH KAN.hehe.maka akhirnya kami beli 2 keping gambar.satu gmbr ngan miki n mini.lg satu gmbr kat depan its a small world castle.sukaaaaaaa sgttt 🙂 oh dan kami juga beli sorang sepasang t-shirt Disneyland HK utk didondonkan bila pergi Ocean Park esoknya.t-shirt berharga HK150/pc.
nak dekat senja tu orang dah ramai depan snow white castle.tunggu FIREWORKS!kami pun cari la port.dapat port baik punya.duduk je atas jalan tuh.ramai gak orang bawak tripod+DSLR.tepat jam 7.30pm dah penuh dah depan castle tuh.fireworks pun stat.BEST SGTTT.ada main dekat 5 lagu kot.dekat kul 8pm baru habis.antaranya lagu Beauty n the Beast, A Whole New World, When You Wish Upon A Star etc etc…sgt disney moviesss 🙂 pulak tu bunga api dia ikut rentak lagu.kool gile.ni saya letak satu je lah gambar fireworks dari kamera suami sebab boleh pulak masa tu kamera saya hbs memory.hu hu
ada video lam hp nak try aplod tapi takleh sbb besaq sgt.ada suara orang jakun jugak dlm tuh T_T
kul 10+ baru sampai hotel.punyaaalah lapar.maka melantakla nasi bersama brahim…esoknya jalan2 lagi!zzzzzzzzz