alkisah pindah rumah

alhamdulillah barang-barang pindahan sudah hampir 80% selesai dikemaskan.semua perabot penting pun sudah dipasang dan disusun.cuma ada la beberapa kotak yang masih belum dikeluarkan isi nya sebab beberapa faktor iaitu granit utk kabinet dapur belum dipasang,barang belum nak dipakai,tak sempat mengemas dan juga kepenatan.pindah rumah memang menyedut semua tenaga yang ada.ni baru dekat.kalau yang berpindah ke negeri berbeza pasti penatnya berkali2 ganda.atau keluarga yang mempunyai anak2…fuh respekla
 
pagi tu seawal jam 8.15pg lori dah sampai.ada seorang ketua dan 3 pekerja.oke lah.awal2 ketua dia tu tengok barang kami, terus je ckp “tak muat ni..”.tapi lepas dah angkat2 tu muat je alhamdulillah.cuma ada beberapa barang kami angkat pakai kereta sebab risaukan keselamatan seperti tv,komp,speaker2,cpu2 suami,baju bajan,barang dalam peti ais,astro dish etc etc.dalam 2 trip jugak angkut barang dalam kereta huhu
 
dalam kul 11pg urusan pindah2 barang selesai.kami pun keluar cari makanan.lapa sungguh sebab tak brekfast kan,hehe.elok sudah tu patah balik ke rumah lama utk cuci2 mana yang patut sebab dah cadang untuk handover kunci kepada tuan rumah semula sebelum tahun baru.balik rumah mengemas rumah sampai ke malam.pasang2 perabot,lap semula lantai rumah,cuci sarung sofa,cadar,susun baju dalam almari semula etc etc.orang langsir pun datang pasang masa nak dekat maghrib.cun2 je timing alhamdulillah.tidur malam tu dalam keadaan yang kepenatan yang amat sangat.satu badan sakit2..
 
pagi ahad kami sangat teruja sebab baru lah faham pengertian morning sun.bukak2 tingkap je nampak sunrise:)wp baru jam 7+ pagi.rumah sebelum ni sunrise n sunset kat tepi rumah(paham ke?).jadi rumah redup je.hehe
 
siap2 sarapan kat keramat(port biasa,gerai roti bom kesukaan suami :P) dan terus ke ikea.tolong bukak ikea kot sebab baru pukul 10am haha.tujuannya nak beli beberapa barang.kemudian ke jusco.dan ke carrefour.ye penuh satu kereta beli barang lagi.macam tak cukup2kan barang yang tak berkemas kat rumah tu haha.jadi balik sambung mengemas lagi dan lagi dan lagi.sampai tak larat nak keluar jadi megi menjadi santapan makan malam.pakai air termos je macam zaman kat uni dulu heheh
 
begitulah sedikit sebanyak pengalaman pertama kami pindah rumah.hari ni dah sambung bekerja semula.fuhh penat pun tak hilang lagi ni.malam ni tengokla kalau larat nak sambung lagi(eh eh boleh pulak ‘kalau larat’ tu :P)
 
jadi dilampirkan dengan entri ini, tips pindah rumah berdasarkan pengalaman kami(random);
 
1. masukkan barang dalam kotak ikut kawasan rumah dan label tiap kotak.jadi nak cari barang nanti pun mudah.contoh : tupperwares – dapur
2. kalau ada barangan kaca atau mudah pecah,sila tambah label “MUDAH PECAH” sebagai langkah berjaga2 baik untuk kita atau yang tukang angkat
3. beberapa minggu sebelum pindah,elakkan daripada memenuhkan peti sejuk dengan barang2,terutamanya freezer.macam kami,sebulan sebelum stock up byk2,lagi seminggu nak pindah barang pun dah susut,masak apa yang ada sahaja.bila hari pindah tu tak la banyak sangat barang2 sejuk dan rosak
4. kalau pindah pagi,pagi2 tu baru keluarkan barang dari dalam peti sejuk dan alih dalam plastik.peti sejuk tu cuci la sikit sebab takut berbau huhu.bila dah sampai,first thing masukkan semula barang2 peti ais sebelum kemas barang lain.inshaallah barang2 takkan rosak 🙂
5. pastikan frame2,barang2 yang perlu extra care, barang2 yang disayangi dan tak boleh diletak dalam kotak kita bawak sendiri sebab khuatir akan pecah,rosak dsbg.sedih sebab ada satu frame hadiah kahwin kami pecah,meja komp suami roboh dan beberapa barang lain calar/terkopek huhu.almari kasut pun separa roboh.our bad
6. kalau almari yg ada pintu dan tidak didismantle tu,pastikan pintu2 di seal untuk elak daripada terbukak ketika proses mengangkat2
7. kalau boleh,biarlah kotak dari kalangan kecik2 tetapi banyak.elakkan dari menggunakan kotak yang besar dan sikit sebab nanti susah semasa proses mengangkat dan kebarangkalian untuk kotak2 bocor sangat tinggi
8. untuk bantal2,bantal2 sofa seelok2nya diletakkan di dalam plastik2 eg plastik hitam untuk preservation.even tilam pun kalau dibalut dengan cadar supaya kalaupun kotor,boleh dibasuh
9. selagi boleh didismantle,dismantle lah ye,untuk kemudahan sejagat 🙂 skru2/washer2 yang terlibat,disimpan di dalam plastik kecil khas,label juga eg skru meja makan,skru almari baju etc etc
10. tikar dan karpet pun digulung dan diikat rapi dengan tali rapia
11. bila semua barang telah dimasukkan ke dalam lori, pastikan barang2 diikat kepada lori dengan betul nak elak daripada barang terjatuh semasa perjalanan ke destinasi
12. bila dah sampai destinasi,terus pasang peti ais/mesin basuh dan pastikan alat2 elektrik masih ok,sebelum bayar orang lori.takut kang dah bayar tengok2 barang rosak tak ke merana u
 
semoga tips ini berguna utk mereka2 yang ingin berpindah randah juga 🙂
 
selamat mencuba! ;P

entri terakhir

esok pagi kami akan meninggalkan rumah sewa yang kami duduki sejak mac lepas.elok 10 bulan duduk sini.macam2 jugak la kejadian yang diingini dan tak diingini berlaku.antaranya,

1. parking kat rumah ni on first come first serve basis.kalau balik awal dapat la park betul2 depan blok.kalau balik sampai kul 12 atau 1-2 pagi jawabnya kena la berjalan jauh dari parking ke rumah.masa bulan pertama ke kedua tinggal kat sini, kami park betul2 bawah rumah.sekali satu pagi tu tengok wiper kereta kami dah patah.kami saspek org yang patahkan tu marah sebab kami parking kat port dia.ish tak baik sungguh.hikmah sebalik tragedi ni adalah kami ganti dengan wiper yang sangat bagus dan tahan sampai sekarang.sangat bagus maksudnya getah dia tu tahan lama dan sapuan sangat bersih.haha

2. pernah beberapa kali paip utama air kat rumah kami ditutup.paip ni dekat ngan meter kat koridor depan rumah.mula2 ingat ada budak2 gatal tangan bukak tutup paip.tapi benda ni berlarutan sampai 2-3 hari konsisten je.tak dapat cari punca.sampaila satu hari ada sorang encik ni datang jumpa kami dan bagitau dia duk rumah bawah dan rumah dia ‘banjir’ sebab air keluar dari dinding.dan dia saspek sebab paip dalam dinding rumah kami bocor dan bila dia tutup paip utama rumah kami rumah abang tu ok.sebelum ni rumah yang kami duduk tu takda orang jadi sebab tu takda masalah.bila kami duduk rumah tu masalah ‘banjir’ tu datang balik.maka akhirnya tuan rumah panggil kontraktor datang pecahkan tiles rumah kami dan tukar paip yg bocor tu.selesai masalah:)

3. kami tempah langsir.sekali masa pasang tu orang tu salah buat yakni pakai kain lain.nasib baik yang kat hall je salah.maka kami pun pi report kat kedai dia dan berlaku sedikit drama swasta.macam korang ni kan jaga standard(ssf) tapi kenapa buat silap jugak.cewah saje buat saspen.lepas sebulan baru dapat ganti balik dengan kain yang diminta.padahal takde masalah sangat pun sebenarnya sebab kitorang tempah pakai 2 kain.yang plain utk bilik2 yang bercorak utk hall.sekali dia buat pakai satu kain je.jadi yang hall tu takda corak.kecoh je kan haha.hak pengguna apa.ehem.jadi sempatla tukar langsir 2 kali walaupun duduk sini 10 bulan je ;p.tapi jujurnya ssf servis memang tiptop.customer servis bgs.pasang langsir track semua tak sampai setengah jam dah siap satu rumah.memang berbaloibaloi.ada lagi satu kedai langsir tu (utk rumah baru kitorang),pasang track pun dekat 2 jam.baru track tu huhu.ok sekian pujian melampau utk ssf

4. masa raya aritu ada la buat beberapa sesi makan2.boleh tak of all time,time masak banyak2 tu la gas habis.dah la tak sampai sejam tetamu (dekat 10 orang) dah nak sampai.sebelum tu dah rasa2 dah sebab pakai tong gas tu dah dekat 6 bulan masa tu.tak pernah tukar.sekali nak jadi kan.nasib baik la sempat siap masak semua.ingat lagi masa gas habis tu kuah soto tak siap,kentang untuk bergedil pun tak goreng lagi,rendang tak letak kerisik lagi,air belum buat,nasi impit belum potong.memang stres la(mcm biasa).tp alhamdulillah lepas gas sampai tu baru lega.yang kelakar tu last2 air dibuat oleh tetamu!(isteri kawan suami).ish memalukan betul dengan dapur selerak etc etc.tapi soto dan rendang dipuji maka lupa kejap la kesah gas tu haha

5. lebih kurang sebulan lepas paip kat sink dapur patah,maka dekat sebulan jugak saya masak menggunakan sinki yang tak berpaip.air keluar ikut dinding.malas nak amik gambar hehe.jadi tempoh masa memasak 50% lebih lama daripada timing biasa (defensif defensif).ekceli dah report kat tuan rumah.lepastu dia hantar sorang mamat ni datang tgk.dia kata nak datang balik tapi sampai la ni tak datang2.aritu ada call tuan rumah lagi sekali tanya bila boleh repair.sambil tu bagitau hajat nak pindah rumah akhir bulan ni.terus akak tuan rumah tu lupa kot nak hantar orang betulkan huhu

cukupla kot lima kat atas ni sebagai kenangan yang lain tu i simpan dalam hati teeheehehe

ok lagi satu,fakta menarik tentang rumah yang akan ditinggalkan ni,
1. angin sangat kuat sebab apartmen ni terletak di kawasan bukit (kata jiran dgn bukit antarabangsa kan).sampai kan malam2 tak bukak kipas pun kena pakai selimut.sejuk ok.kalau malam2 memang dibiarkan sliding door balkoni dibuka sebab nak dapat udara segar

2. kawasan melayu.bukan racist ye.tapi lebih selesa dan surau pun dalam kompaun sahaja wp saya sendiri tak pernah pergi surau tu huhu.azan memang kuat la.tambah pulak tiap apartmen ada surau masing2 jadi azan bersahut2 alhamdulillah

3. saya dan suami TAK PERNAH jumpa tuan rumah ni.selalu berhubung melalui telefon sahaja.masa awal2 masuk dulu pun berurusan dengan ejen

4. rumah ni ke ofis/klcc cuma 20 minit je.kalau jem teruk pun 40 minit dah boleh sampai.kuar rumah kul 7.30 pun leh sampai ofis sebelum kul 8.suka gilaa

5. rumah ni banyak cicak.besar2 lak tu euwwww (ok silap ni fakta tak menarik)

6. selama tinggal sini kami tak pernah sidai baju kat luar walaupun ada balkoni.maklumla takda bibik.sape nak angkat baju kalau hujan masa kami kat ofis.haha.motif libatkan bibik?

dah mcam ejen rumah lak konsepnya.hahah

kesimpulannya,rasa sayang sangat nak tinggalkan rumah ni.disinilah tempat bermula hidup kami sebagai suami isteri.pastu rasa macam banyak je kurang kat rumah baru tu.rasa macam rumah sewa ni menang dalam semua segi.tapi hidup mesti diteruskan.tak sabar nak mencipta kenangan baru kat tempat baru nanti,inshaallah tahun baru, rumah baru, azam baru! (wah gitu)

goodbye ukayperdana,hello setapak!

p/s : nak tgk klcc nye fireworks new year dari balkoni rumah.tu je la yg buat i eksaited nak pindah huhu

oh pindah

packed up

meja,katil,almari semua dah di dismantle.tidur pun kat hall 2-3hari ni.depan tv hik2.sebenarnya ni cuma 50%.kotak2 merata lagi kat rumah.ada lebih kurang 15 of them and counting.dont know whether we can finish it by tonite otherwise need to stay all nite.huhu.esok pukul 8 inshaallah lori datang.dapat rm450 untuk 3tan taktau la murah ke tak tu.tapi asalkan buat kerja bagus dan cekap,saya tak kesah.by the wayy,dapur lama sudah tutup secara rasmi malam semalam dan dapur baru masih cacat jadi mungkin paling awal akan mula beroperasi tahun depan.jadi seminggu juga la tak memasak.dam di dam dam dam 😛

banyak nak buat hujung minggu ni.rasa macam nak je cuti sampai tahun depan haih (“ala kalau tak sibuk pindah pun nak cuti jugak kan…”.shadaplah)

rasa hati

tah kenapa sejak lepas kahwin ni saya makin susah nak berdikari.semua benda nak mintak tolong.takboleh bukak botol garam pun panggil suami bukakkan.nak drive sorang pergi tempat2 biasa pun takut2.padahal masa zaman bujang dulu, semua buat sendiri.selagi boleh takkan mintak orang lain tolong.yelah,26 tahun hidup as one soul sekarang dah ada another half dia jadi mengada lain pulak
 
dah 9 bulan hidup berdua ni rasa macam dah makin manja (eh eh kenapa italic ni haha).semua nak bergantung kat suami.kecuali kalau outstation la kan.sah2 jatuh kena bangun sendiri.tapi kalau kat rumah,memang suami sentiasa ada sekali, jadi tak rasa takut,rasa secure saje sebab apa2 memang rasa dia lah savior haha over ok
 
sekarang kami bekerja pun dah masuk tahun ke4.kalau ikut nature kerja suami, kalau nak pengalaman lebih, memang kena pergi projek luar malaysia.orang puteh kata overseas.pergi dalam paling2 pun setahun.kalau nasib ‘baik’ dapatla 3 tahun.balik pun tiap 3 bulan kot
 
dulu2 saya tak rasa.tapi baru ni macam ada wakeup call mengatakan yang dah sampai masa.masa sebelum kahwin saya dah sedar benda ni akan datang.maklumla masa tu berdikari sungguh jadi macam what the heck saya boleh je survive sorang2 nak pergi lama2 i tak kesah.gitu.sekali dah kahwin jadi makin lembik,ha padan muka.bukan apa,makin meningkat tahun suami bekerja,saya rasa makin dekat dgn momen itu.sekarang dah 4 tahun dan tahun depan nak masuk ke5.rata2 kawan2 dia agak ramai yang dah melebarkan sayap ke negara lain
 
kalau takat asia saya ok lagi.airasia pun banyak je flight.kalau uk us canada finland egypt dubai i lg suka.siap ofer diri kot nak teman walaupun tak diajak.tapi masalahnya area yang best tersebut takde dalam pilihan.selalunya dapat area yang flight mas pun jarang2 ada.belum kira takde line telefon ke internet ke
 
sob
 
hati saya berbelah bahagi sebab saya NAK dia pergi sebab ini yang terbaik utk kerja dia.bekerja kat negara orang ni cabaran dia banyak.nak adapt dengan cara kerja,budaya,bahasa the list goes on.belum termasuk stress kerja itself lagi kan.sbbtu sape yang ke projek luar negara senang naik.saya juga NAK dia pergi seawal mungkin sebab biar sekarang jangan nanti masa komitmen dah banyak ie anak dah sekolah,anak dah ramai (wah).tinggal saya sorang takpe jgn tinggal anak2 ececeh.jadi biar sekarang,betul?
 
isteri mana yang takde rasa TAKNAK tu memang saya respek.tabah sungguh.tabah ke weirdo?tapi saya tak sekuat itu.mesti rasa lain bila masa dia takda tu, siapa nak bawak saya yang buta map ni pergi mana2.kenduri pergi sorang2(kalau sampai la kan).sapa nak tengokkan laptop yang kadang2 ada moodswing tu.sapa nak downloadkan tv series.sapa nak pasangkan muvie kat tv.sapa nak buangkan sampah.sapa nak jadi imam.sapa nak lead baca yasin tiap malam jumaat.sapa nak tukarkan bulb lampu.sapa nak bawak saya balik baling(besnya kg tok.tak merasa lg mandi sungai belakang rumah tu.hint2).sapa nak tenangkan saya dengan menyanyi2 ketika saya tengah stres ataupun ketika mengantuk di pagi hari sebelum ke ofis.sapa nak tolong habiskan makanan saya.kat sapa saya nak cerita gosip2 blog artis ofis terbaru.ya allah panjangnye list.huhu
 
eh eh macam perenggan TAKNAK tu lagi panjang dari perenggan NAK ye 😛
 
okelah.bebel macam takde poin
 
kadang2 terfikir mungkin ini akan jadi ujian pertama buat kami suami isteri.saya harus belajar utk terima ini semua.saya sokong walau apa pun yang dia putuskan.mungkin itu yang terbaik utk kami sekeluarga.dia mungkin akan jauh tp saya ada mak,abah dan adikberadik kat shahalam.dan ofkos,Dia sebagai tempat mengadu huhu
 
ok,i’m ready regardless
 
bring it on! (wp nada menggeletar kecuakan)

cuai lagi

cik masih aktif menggunakan kad kredit xx ke?”
“(promo sampai dekat stgh jam)”
cik cuma perlu bayar rmxxx sebulan untuk skim ini dan kami akan terus caj ke kad kredit cik.jadi di sini sebagai pengesahan bila tamat tempoh kad…..blablabla
sounds familiar?ni la namanye tele-marketing.yakni orang bank/insuran atau orang insuran yang akan cari kita sebab kita pemegang kad kredit jadi dia nak ofer itu ini skim itu skim ini..saya mula dijinak2kan oleh benda ni sejak ada kad kredit la.tahun 2006.hoho masa tahun pertama tu memang naif sangat.org call je layan.tak kisah la benda tu relevan dalam hidup ke tak.rasa macam dihargai bila org tu ckp “cik ni antara yang terpilih..”.so secara hukum alamnya kita yang lurus ni akan layan la kan.sampai pernah jugakla kerugian dekat rm1000(yg ingat la).rugi sebab in the end saya tak pakai pun membership tu.mcm tu je duit tu terbuang haih.tapi lepas dah terkena beberapa kali tu macam beringat dah.kalau dapat je panggilan macam gini, terus je “emm saya ada kerja la boleh call lepas ofis?” atau “nak tanya,ni ada kenakan bayaran apa2 ke.kalau ada saya tak berminat.maaf” sebelum orang tu sempat nak promo.hik2.dan kalau ofer kad kredit memang saya tolak awal2 lagi la sebab dari awal kerja dulu saya setia pada maybank.samada atm,visa atau master.tak pernah cari lain haha
 
so anywayyy tadi masa kat ofis tercuri dengar perbualan 2 orang rakan sekerja pasal isu tele-marketing ni.dua2 berkongsi cerita mengenai pengalaman kad kredit di caj dekat rm100 sebulan hanya disebabkan melayan panggilan seperti di atas.tapi dalam kes diorang ni,tiada pengesahan no ic ke alamat ke tup2 di caj macam tu.ni mesti kes orang sales yang nak meet target sales tiap bulan punya pasal.bila ditanya pada pihak bank berkenaan, mereka kata yang mereka ada rekod pengesahan jadi mereka tak bersalah.jadi kawan saya mintak untuk tidak lagi dicaj utk bulan mendatang tapi yang telah di caj tu kena bayar jugak.dalam kes dia, dah 2 bulan kena caj maka rmxxx tu kira hangus macam tu je.sakit hati takk.itu pun mujur diorang ni rajin cek stetmen kad kredit
 
lepas dgr diorang nye perborakan ni tiba2 saya omg! saya baru perasan dah dekat setahun saya bayar bil kad kredit tanpa cek detail bil
 
masa awal2 dulu excited dapat bil.tiap bulan cek details sampai siap pernah ada tragedi lagi.mungkin sebab masa tu duk kat rumah mak jadi surat pun sampai tangan terus.dah pindah aritu tak tukar pulak alamat jadi stetmen semua tak tengok pun.tu lah masalah online banking ni (tetibe)
 
dan dan tu jugak saya maybank2u dan cek statement2 kad kredit saya tapi yang bulan okt punya pun saya tak boleh nak recall tiap transaksi.macam eh kenapa swipe seribu stgh ni.eh beli apa sampai ratus2 ni.selama ni duk bayar je tak cek lansung.tu belum cek yang bulan julai punye.atau januari.adeh.dah la tiap bulan bil kurang2 pun rm1k.main bayar je.bijak.tapi nak buat camane kan huhu.having said that saya baru teringat bil maxis saya pun dah lama saya tak tgk details.tiap bulan bayar membuta je.haih cuainya T_T
 
peringatan kepada diri sendiri,
1. jgn la layan orang telemarketing ni.seboleh2nya elakkan atau buat2 sibuk haha
2. semak la kad kredit nya stetmen tiap bulan walaupun tak pernah swipe.bank ni kdg2 nak untung dia caj itu la ini la
3. bil telefon pun sila cek selalu ok
4. rajin2 la curi dengar perbualan orang
 
sekian

sentimen mental

Jenama : Sony Ericsson
Model : k500i
Harga : rm500
Tarikh mula berkhidmat : nov 2005
Ciri2 : infrared,skrin berwarna(wah!),kamera 1.5mp,polifonik mp3,muvie (gigibiru tiada dlm pkhidmatan),terima panggilan,membuat panggilan,sms,mms…

kasi enterprem skett

saya sayang henfon ni sebab :

1. saya beli 4 tahun lepas,menggunakan gaji bln ke2 saya.gaji pertama habis bayar hutang disebabkn lama menganggur hik2

2. selama tempoh tersebut, hp ksygn ini dah beratus kali jatuh dgn pelbagai cara.jatuhan sisi,menegak,meniarap,menelentang mahupun gaya bebas.gaya bebas ie jatuh terburai tinggal simkad sahaja, terjadi masa jln2 kat gerai2 baju di pkns,maka saya dgn tabah mengutip satu persatu yakni bateri,kaver,badan dgn terbongkok2.sampai org yg nmpk pun tolong sekaki cari sampai celah2 gantungan baju.berharga tak berharganya kan

3. walaupun dah beratus kali terjatuh,dijatuhkan dan tak lupa juga dihisap oleh faqeeh sehingga perlu diletak di bawah dryer selama bbrp jam,namun hp ini TAK pernah rosak ie tak boleh berfungsi.pendek kata tak pernah kena hantar repair la sepanjang 4 tahun tu

4. walaupun hp ni cuma boleh menyimpan tak sampai 50 sms, tp dlm melbox ni lah ada sms2 lamaran dari suami saya (cis pakai sms je)*blush*eh no,not literally la.maksudnye yg gitu2 la *tunduk malu* alah silalah buat2 fhm*semakin tunduk malu*

5. saya sayang hp ni sampai saya akan letak hp ni atas meja ketika mesyuarat/mkn di restoran walaupun hp teman2 lain di kalangan iPhone,e71 mahupun blackberry.saya tetap bangga dgn dia (tetibe)

6. kadang2 kalau saya tertinggal dia dlm kereta atau dlm hotel atau mana2, takde org yang sampai ati nak ambil haha

7. walaupun kamera hp ni agak ketinggalan zmn yakni bila snap satu dewan boleh dengar bunyi ‘kcekek’ dia, namun hp inilah tersimpan byk gmbr2 ‘athif masa dia baby(kt hospital).mms/video gmbr die dr angah/kakngah pun byk tersimpan dlm ni

murah tak semestinya tak elok, mahal tak semestinya sempurna..betul?

apapun,nilai sentimental dan kualiti tu yang buatkan saya selalu tak sampai hati nak tukar baru.kalau dah ada yang baru pun masih terjeling2 kat yg lama..

kenapa dgn entri ini?oh,beberapa minggu lepas saya dah ditemukan dengan pengganti dia*timekaseh suami* walaupun saya membayangkan untuk menggunakan dia hingga tak boleh digunakan..mungkin penggantian ini adalah agar semua nilai2 sentimental itu kekal didalamnya dan boleh ditatap di masa tua 🙂

nak review hp baru? tunggu 4 tahun lg ye.eh eh lain mcm maksudnya tu 😛

cendol wehh

tadi otw ke rumah baru [pasal nak cuci dapur dan melayan orang nak buat langsir] maka terjadilah perbualan berikut

eh chop hari ni berapa haribulan hah
eh eh..a’ah laa…
happy monthversary sayang…
heeeee.dua2 lupa kan.elok sgt haha!

jadi elok lepas selesai urusan kat rumah, kami pun bertolak pulang ke uk perdana.elok kami nak lalu deretan kedai tempat kami beli lampu aritu, suami bersuara,

eh jom pekena cendol tu
oo yg sebelah kedai lampu tu eh.haa jom2

kat luar tu banyak lagi meja2.ramai yang amatt

mak aih ramainya orang.kami ada jugak berhajat nak pi cuba masa beli lampu aritu tapi masa tu dah dekat maghrib jadi plan kensel.so kebetulan sempena ulangbulan ke 9 maka apa lagi…coz usually we make it a point to celebrate monthly.samada mkn luar atau saya masak spesel sikit 😛 .ini juga adalah usaha untuk mengelak masing2 daripada lupa ulangtahun perkahwinan nanti.haha!

jadi ini lah minum petang kami tadi…

cendols

cendol kacang for him and cendol pulut for me 🙂

nyums

mee rebus for both of us

memang mantop!mee rebus terbaek!cendol maveles!ada banyak lagi menu spt cendol durian, cendol blended, nasi ayam,tapai aiskrim,cendol oreo (siyes tak tipu) etc etc…nak cuba?ini kedainya…kat area setapak..

the best cendol wehh

nampak tak ramai2 tu..kat seberang jalan pun ada lagi meja..full house!

promo free ni pakcik

pakcik yg kat logo tuh jaga cashier.heheh.merangkap en wahab la tu kot.hik2.kedai ni dalam kurang dari 5minit perjalanan dari rumah baru kami.maka kedai ni secara rasmi akan menjadi kedai demam* kami…haha!

to husband, love u beb!

sekian

* kedai demam : kalau saya demam atau dua2 demam maka saya takkan masak maka kena makan luar dan restoran berdekatan rumah akan jadi sasaran dan digelar kedai demam.hik2 [apekah~] sejak kawen ni ada la dekat 5x demam.kenapa tah.tak taff kan 😛

2 x 5

kenapa kalau pramugari kira penumpang dalam kapalterbang dia akan kira bilangan orang yang ada?

kenapa tak tolak sahaja bilangan kerusi kosong daripada jumlah kerusi utk dapatkan jumlah penumpang?

sama je kan

amacam bimbo tak topik diskusi