minggu lepas buat pertama kali nya dalam hidup saya tinggal di laut.selama ni daytrip je.pernah beberapa kaliย berhajat untuk tinggal di laut tapi tiap kali mesti disuruh pulang ie cuaca buruk,tiada bilik kosong dsbg.iye,memang bagi orang lain sesyarikat kira tak heran sebab offshore adalah ofis kedua mereka ๐
mari kita lihat apa yang telah saya alami dan pelajari sepanjang berada di sana.not technically or electrically la of course kan heh
putra andika II adalah bot yang membawa saya dan team ke platform.perjalanan dari shin yang wharf di miri ke platform mengambil masa kurang lebih 3 jam.laut dan ombak sangat baik kali ini.tapi saya tetap menutupkan mata.takut2 termuntah kepeningan T_T
did i tell you that i was the only girl out of hundreds on board?sepatutnya ada lagi 2 orang dari pejabat miri.akan tetapi(pergh) mereka ada urusan lain.saya pun dah buat arrangement maka nak kensel pun tak boleh.redah saja.sorang pun sorang lah.ada 4 dorm dan setiap dorm ada lorong kecil untuk ke bilik2.malangnya bilik saya terletak di dorm yang berlainan dengan teammate lelaki saya.tapi,redah saja ye kawan2.jadi ini adalah bilik untuk saya.he he.alhamdulillah ada LOCK.ye LOCK adalah sangat penting agar bilik tidak diterjah malam2 nauzubillah.dalam tu ada katil double decker,sinki,almari,ruang kecil untuk solat dan…
ye,toilet yang dikongsi dengan orang bilik sebelah sana.ada 2 pintu lah kira.merasalah kongsi tandas dan bilik mandi dengan kaum adam ye kawan2.tiap kali saya masuk saya seboleh mungkin tidak bersuara walaupun berdehem sebab khuatir orang sebelah tau mereka berkongsi tandas dengan perempuan.bahaya.ngeh.tapi ada satu pagi tu saya baru masuk lepastu tak sempat kunci pntu sebelah bilik lelaki,orang tu dia bukak ok pintu tu.saya menggelabah dan cakap “opps..” sambil mengnolak pintu dan kunci dari dalam.tapi saya terlupa untuk membuat suara seperti lelaki T_T.tapi jangan risau.wp mereka tau saya tengah mandi mereka tak kacau saya.he he[masa tu Allah saja yang tau betapa berderau darah saya]
haaa.ini lah workover barge.namanya Ocean 6.ala2 adik kepada Ocean 11 dan Ocean 13.heh.workover barge ini adalah di bawah kontrak drilling team untuk menjalankan aktiviti fishing.sila google untuk mendapatkan maksud fishing dalam arena drilling.saya adalah takut untuk mengexplain kerana khuatir akan memberi ajaran sesat kepada kawan2 ๐ ada satu pagi cuaca buruk/hujan lebat dari jam 4pagi.saya terus terbangun dari tidur kerana bilik bergoyang2.pening oh.mandi dan solat pun kena sambil2 seimbangkan badan kerana takut terjatuh.hu hu.cuaca kembali reda jam 9pagi alhamdulillah ๐
nampak tak ala2 jambatan pastu ada gap sikit tu.haa jambatan tu dinamakan gangway.untuk cross dari barge ke platform.masa air pasang oke.sebab jambatan tu bersambung.tapi bila air surut,satu akan ada kat bawah,satu lagi kat atas.makanya,kena swing menggunakan rope.swing baby swing katanya.bawah tu pulak ada jaring kot2 masa swing tu anda tergelincir dan jatuh jadi tidaklah anda terus jatuh ke laut.cara nak menaikkan orang yang jatuh di jaring naik kembali ke barge tidak pulak saya pelajari.nauzubillah.oh dan lagi satu,kalau nak melintas,kena pakai lifejacket sebagai langkah berhati2.dah sampai platform,lifejacket itu bolehla ditanggal dan buatlah kerja seperti biasa ๐
ni pandangan dari jauh.sebelah kiri adalah workover barge.dan kanan adalah platform minyak yang inshaallah akan berhasil lepas raya.sekarang adalah kerja2 hook up sebelum minyak dapat diflow dari telaga minyak dan seterusnya di proses dan diexport dan syarikat untung dan kami pun gembira.amiiiin ๐
sekian coretan kali ini.pengalaman yang tidak dapat dilupakan,oh jangan risau kalau anda seorang perempuan.in this industry,guys dont bite(not sure of other scenario tho).malah mereka lebih hormat dan akan jaga anda.terutama kalau mereka tahu anda disana berseorangan.percayalah ๐
tulang dah empuk kot.kena sambung memasak.ha ha
selamat berbuka puasa semua!