tidak.umur saya bukan 25…
beberapa bulan lepas saya telah ditag oleh azwa via facebook…nak try buatlah hik2
25 random things about me..
1. saya mempunyai obsesi terhadap kain batik.kalau kat rumah dulu,kain batik memang menjadi rebutan kami adik beradik perempuan termasuklah mak saya.silap2 boleh ‘ter’pakai orang punya atau ngaku kain batik tu sendiri punya.lagi rabak lagi ‘season’ kain batik tu,lagi menjadi idaman kami beradik ;p
2. saya pernah menjalani pembedahan membuang tumor pada tahun 2005
3. saya takut berjalan atas rumput di waktu malam.takut K.A.T.A.K
4. saya adalah jaguh minum air sejuk.tak kira pagi buta atau lewat malam.kalau pi restoran ais dalam cawan dah cair,saya takkan minum air tersebut sehingga saya dapat ais utk ditopup.kemudian baru saya menghabiskan minuman tersebut.oh,gelas tersebut juga mestilah ‘berpeluh’ ;p
5. saya tak suka durian tapi saya makan tempoyak,bubur durian.eskem durian a no-no jgk
6. kali terakhir saya pakai bedak adalah ketika umur saya 6 tahun kot
7. saya tak pandai bawak keta manual
8. saya merupakan seorang yang selektif.saya boleh menjadi seorang yang sangat becok dan kadang2 menjadi seorang yang sangat pendiam.bergantung pada di crowd mana saya berada
9. saya jarang bershopping secara eksesif.sekali saya membeli barang,saya akan pastikan barang tersebut tahan lama dan saya tak perlu beli lagi untuk tempoh beberapa tahun mendatang
10. saya mempunyai nama yang maskulin.seringkali orang akan memanggil saya encik atau refer saya sebagai him.pernah ketika di matrikulasi nama saya berada dalam senarai nama lelaki untuk tandatangan kedatangan.oleh itu setiap kali kelas saya perlu meminta attendance sheet daripada pelajar lelaki
11. saya takut kucing dan haiwan2 yang sewaktu dengannya
12. saya tak akan berselera untuk makan kalau tiada yang pedas
13. saya selalu menjadikan cili api sebagai ulam.sampaikan suami saya juga menjadi mangsa kerana hampir semua lauk pauk yang saya sediakan saya akan sepah2kan cili api didalamnya
14. saya takut menghidap apendix disebabkan tabiat saya di no 13.tapi saya tak dapat membendung tabiat saya yang satu ini huuuu
15. saya merupakan salah seorang thalesemic carrier
16. saya masih boleh muat baju kurung yang saya pakai ketika di tingkatan dua
17. saya sangat obses terhadap roller coaster. kalau boleh semua jenis roller coaster saya nak naik. setakat ini, yang paling mencabar dan gaban punye adrenalin rush adalah space mountain di disneyland paris.mmg superb lah!:)
18. saya sangat sukakan nombor maka saya mempunyai kegemaran mencongak yang tidak terkawal.kadang2 secara refleks, saya mendapati saya sedang membuat kira2 dan i can do this for hours.just love things with numbers
19. saya tak suka menonton kartun.lebih2 lagi yang hujung minggu tuh.konfirm tukar channel lain
20. kalau saya memasak, saya akan meletak garam mengikut instinct.kemudian saya tak akan rasa untuk konfirmkan cukup ke tak masin.sama juga kalau buat air.saya akan meletak gula dan susu secara intuisi.saya jarang mengikut sukatan yang ditetapkan
21. saya teringin nak hiking,sky-diving,bungy jumping and parachuting. the closest sports yang ala2 saya pernah buat adalah rockclimbing and abseiling di perak dan paragliding di puncak,bandung.oke lah daripada tak merasa lansung. tempoh hari di bali ada orang main parasailing tapi suami kata “lain kali ye…”.huuuu T_T
22. saya pernah menjadi presiden persatuan bahasa arab di sekolah menengah.ketika itu saya agak fasih berbahasa arab.public speaking dalam bahasa arab adalah sangat kool.tp sekarang?errr
23.saya pernah digelar ‘nerd’ oleh adik2 saya ketika di zaman sekolah menengah.nerd itu sudah berkurang ketika di zaman univ.rasanyalah
24. maklong saya berkahwin dengan seorang chinese manakala makteh saya berkahwin dengan seorang indian.jadi secara rasminya,saya mempunyai sebuah keluarga yang muhibbah ;p
25. kebanyakan poin2 di atas suami masih belum discover.he he.maka saya mentag suami lah untuk memberitahu apa 25 benda rawak tentang diri beliau yang mungkin saya sendiri belum tahu 🙂
phew.ok i think thats about it.takdalah gempak mana pun.saya masih manusia biasa seperti kamu2 juga.okelah,sesiapa yang nak buat tag ni,adalah dialu2kan.maybe we can learn from each other,no?
🙂