hehe.entri sebegini hanya akan muncul ketika saya rasa amat rindukan mereka.kadang2 sebab baru nak transfer gambar dalam laptop.ada la terselit muka2 comel ni.buat saya hepi dan rindu secara mandadak.hehe.ayat….kalah makbapak diorang.
haaa…ni anak buah no 1.nama ‘athif tapi kat rumah diberi gelaran abg.kadang2 abglong.umur dia lagi 4 bulan nak masuk 3 tahun.uuu…cepatnyaaa..bg saya, dia ni bijak untuk kanak2 sebaya dia.walaupun dia agak lambat bertutur, tapi sekali dia mula dapat cakap, semua perkataan keluar dari mulut.hehe.
ada kawan saya tanya, “kenapa pakai beg..nak pegi mana…?”.ya, dia pakai beg galas untuk losses bag nya.dia tiada lubang buang air besar semenjak lahir dan sehingga kini losses nya akan keluar ikut lubang stoma yang dibuat di bahagian pinggang.kalau ditanya orang bagaimana keadaan athif sekarang, kami lihat athif seorang kanak2 yang gembira dan kadang2 kami lupa yang dia ada penyakit tersebut.he almost like any other kids.dan saya harap dia akan terus gembira,walau apa pun yang terjadi di masa mendatang.amiin:)
‘athif paling suka tengok tv atau layan youtube.rancangan kegemaran tak lain adalah ultraman, upin&ipin, atau wonderpets.sampaikan wan/atok/mak/bapa sedara semua pun tumpang layan dan hafal lagu.hehe.
sekarang ‘athif dah pandai cakap.semua yang dia dengar dia akan ajuk.kalau kami adik beradik panggil wan nya ‘mak’..dia pun akan ikut panggil ‘mak’ walaupun dia sepatutnya panggil wan.oh, perkataan kegemaran dia adalah ‘tak naaaak’.kadang2 dia cakap ‘tak boh’.hehe.kan ibu dia asal terengganu.sekurang2nya ada la satu loghat ganu yang tumpah kat ‘athif 🙂 contoh ayat : “tak nak adang” yang bermaksud “tak nak maklang“.haha!jgn slh fhm.dia mmg taknak dgn semua org.harapmaklum.
ok.kisah kali ini adalah kesinambungan dari ini .faqeh dah besar!dan makin berat!!umur faqeh dah masuk 7 bulan.belum ada gigi.belum boleh jalan.tapi kalau letak dia kat lantai, dia akan merangkak ke mana2 sahaja.kawasan kegemaran adalah soket2 dan plug2.oh,panjat tangga pun dah boleh.bahaya sungguh.paling kelakar kalau dia tidur telangkup, tiba2 terjaga, terus bersedia untuk merangkak.hehe.nampak gambar atas tu, kena tahan dia untuk dapatkan shot.dia taknak ambil gambar dalam keadaan duduk atas riba.memang tak boleh duduk diam.hehe.faqeh ni jugak tak takut kucing.tak macam maklang dia.oh, tapi tak sempat ambil gambar dia dengan cheetah(nama kucing kat rumah kami). tunggu entri sambungan ya..*berdebar tak?*
—————————
kesimpulannya, memang meriah dengan ada 2 budak comel ni kat rumah.kalau keluarga abang saya nak pulang kampung kakak ipar saya di dungun, pasti kami mati kutu nak buat apa kat rumah.sekurang2nya kalau mereka ada, boleh menyakat melayan budak berdua ni.hehe.semoga athif dan faqeh membesar dan jadi anak yang soleh yaa…mwah2
p/s: ok nak rileks2 tengok prison break.weehooo~