bulan puasa sgt sinonim dengan makanan.mari kita kaji..
bazar ramadhan
ramadhan tahun ini saya berkesempatan merasa membeli belah di bazar ramadhan taman mawar, pasir gudang.lebih kurang 10minit perjalanan dari pejabat kontraktor.juadah yang dijual pelbagai dan mengejutkan,murah-murah belaka.namun, mengikut observasi saya dan rakan, hampir kesemua gerai tidak meletakkan tanda harga bagi makanan/minuman yang dijual.jika dilapor kepada persatuan pengguna,dgn mudah kita sbg pelanggan boleh menang kes.mana taknya,tanpa meletakkan tanda harga, mereka boleh menukar2 harga mengikut suka.mungkin dgn pelanggan A mereka kata murtabak RM2/keping dan dengan pelanggan B boleh jadi dicaj RM3/keping.ehem,anda fhm maksud saya.dan lagi saya lihat kebanyakan dari mereka masih amatur dan kekok membuat kerja2 di gerai.saya kira mereka mencari duit lebih sempena ramadhan atau mereka memang tak pernah bukak gerai dan hanya nak test market.hehe.apepun, ini cuma observasi saya.mungkin di bazar2 tempat lain berbeza suasananya.
hotel/restoran
alhamdulillah.murah rezeki ramadhan tahun ni.hampir setiap hari ada saja jemputan berbuka di hotel sekitar jb dan pasir gudang.bluewave,mutiara,panpacific dan seterusnya.separuh masa pertama ramadhan bufet masih lengang dengan manusia dan saya boleh makan tanpa rasa tertekan.namun bila masuk minggu ke3 ramadhan, mana2 hotel yang saya kunjungi pasti dipenuhi orang.saya perlu berasak2 untuk mendapatkan makanan memandangkan pihak hotel akan menambah meja mengikut suka, termasuk di kawasan lalu lalang dan didepan lif!tidak cukup dengan itu,saya perlu beratur di setiap gerai utk mendapatkan makanan tertentu.akhirnya,saya kenyang hidu asap ;p pihak hotel juga tidak merefill makanan yang telah habis walaupun bilangan pelanggan yang datang lebih ramai daripada biasa. saya kira ini adalah tidak adil kerana bayaran satu kepala tetap sama.namun pihak hotel menjeopardize keselesaan dan juga kepuasan hati pelanggan.ada rakan saya berpendapat zaman sekarang ni makan di hotel bukanlah sesuatu yang dianggap mewah kerana sudah ramai yang mampu.mungkin juga itu antara sebab mengapa bufet di hotel2 sentiasa penuh.oh dan biasanya saya dan rakan akan berbuka dengan kurma/air,solat maghrib kemudian baru sambung dengan melantak makanan berat.
rumah bersama keluarga
pilihan ini masih yang terbaik.tiada tandingan.biarpun tak cukup korum,namun berbuka bersama keluarga tersayang tetap pilihan saya yang utama*wink*
walau dimana pun kita berbuka dan bagaimana kita merungut tentang juadah ataupun suasana berbuka, kita mesti ingat yang masih ramai lagi di luar sana yang mungkin berkira2 utk membeli juadah berbuka.atau mungkin hanya berbuka dengan air paip.atau berkongsi sepinggan nasi putih dan ikan masin utk 8 beranak.
ramadhan sepatutnya mengajar kita menjadi insan yang lebih bersyukur.peringatan utk diri saya.huhu.oh ya, jangan lupa bayar zakat kerana itu juga adalah sebahagian dari rukun islam yang 5 🙂
inshaallah…
p/s : minyak turun lagi 10sen..syukur..keep it down bebeh
p/p/s : ada sape2 dah jumpa lailatulqadr?huhu…harapnya belum lagi :