sejak pilihanraya mac lalu, saya lebih gemar tonton berita di saluran tv singapura berbanding berita di saluran tv tempatan.termasuk untuk keputusan hari ini.di buletin utama-kata nak umum keputusan-tapi cerita pasal rusuhan sana sini di tempat pengundian.sampai ke sudah tiada pengumuman.motif tidak umum?!
jadi saya bertukar ke saluran tv singapura.lebih elok mata memandang.lebih sedap telinga mendengar.bilik berita ada menjemput prof dari universiti singapura untuk berbincang mengenai pilihanraya kecil ini.ada slot 15 minit khusus untuk keputusan pilihanraya.
saya tidak faham.saya keliru dengan media tempatan.drama politik semakin menjadi.berita sudah tidak boleh harap reliable lagi.setiap hari ada berita sensasi.media sudah seperti novel yang penuh dengan drama pelbagai watak.ada pelakon pegang byk watak.ada pelakon muncul secara tiba-tiba dan terus menjadi popular.dan byk lagi-anda faham maksud saya.
apa nak jadi ni..*sobs*
apapun,saya sentiasa mendoakan kesejahteraan malaysia.kurang seminggu kita bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-51.doa saya supaya malaysia tercinta terus AMAN, MAKMUR dan MERDEKA DARI KUASA JAHAT…amiiin
*pissed off*